Isnin, 24 Oktober 2011

10 Kisah Penghijrahan Artis Bertudung

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jika kita lihat, semakin ramai artis wanita di Malaysia yang mula bertudung. Alhamdulillah, perubahan mereka ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut bertudung... So Jom kita selongkar Kisah2 Artis dan penghijrahan bertudung mereka..!! 

1* Wardina Safiyyah
Syukur sekarang Wardina dah tak lalu zaman tue dan terus bertudung. Padahal kalau ingat balik rambut Wardina memang lawa mengalahkan artis-artis yang ada sekarang. Yang tambah kagum, populariti Wardina tetap maintain. So tak ada reason untuk artis lain cakap bertudung nie membuatkan saham diorang jatuh.

Kami masih teringat lagi masa Wardina jadi mangsa majalah playboy Malaysia (Mangga). Masa tue Wardina ngan Sarimah memang tengah top.

"Orang akan menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita ini menzahirkan siapa kita. Saya mahu dikenali sebagai seorang wanita muslim" 
Wardina,2011 

Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu. Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau. "Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Lagi ttg Catriona

3* Irma Hasmie
Biarpun mulanya dia kelihatan sukar memberikan komen pasal perkara ini, namun akhirnya Irma Hasmie akur kerana pasti suatu hari nanti umum tetap jua akan mengetahui perubahan yang dilakukan dan kini dia mengesahkan akan kekal bertudung biarpun masih berada dalam dunia glamor.

"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
"Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma. 

4* Farah AF
Ceritanya bermula di malam israk mikraj "Farah selalu terfikir apabila melakukan perkara yang disuruh Allah S.W.T, ia masih tidak sempurna jika Farah tidak bertudung. Masalah itu sering membelenggu jiwa Farah selama ini, terutamanya sebelum tidur," katanya bersungguh-sungguh." 

Siapa sangka di sebalik suka-suka sekadar memenuhi tuntutan program Rasa Halal Orient untuk bertudung, dalam diam ia mencambah peralihan yang sangat berharga. Seiring peningkatan usia, Farah yang semakin dewasa sedar di mana landasannya kini sebagai wanita Muslim.

“Sedikit sebanyak pembabitan saya mengacarakan program Rasa Halal Orient di Astro Oasis memberi dimensi indah untuk saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Alhamdulillah, saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang terbentang di depan mata kita ini.
“Keluarga banyak menyokong. Ia terjadi secara semula jadi tanpa sebarang paksaan. Kenangan selepas menunaikan solat Isyak pada malam jatuhnya hari Israk Mikraj itu cukup bermakna hingga mencuit hati saya untuk bertudung,” katanya yang mula minat mengumpul tudung pelbagai corak.

5* Liza Hanim
Apa yang pasti, keputusan yang dibuat oleh ibu kepada dua anak perempuan iaitu Marsya Qistina, 7, dan Marissa Qaireen yang berusia setahun lebih itu mendapat keizinan daripada suaminya.

"Tiada paksaan untuk saya bertudung. Saya ikhlas mengenakannya dan Insya-Allah ia akan berterusan," ringkas jawapan yang diberikan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu.

Bertudung sejak dua bulan lalu, kata Liza, dia sebenarnya telah lama merancang untuk membawa perubahan dari segi penampilan diri seiring peningkatan usia yang kini telah mencecah 31 tahun.
Dua tahun lamanya dia menanam azam namun, baru dua bulan lalu hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan.

"Pada April lalu fikiran saya kuat ingin bertudung dan tiba-tiba suatu hari apabila bangun daripada tidur terus hati saya berkata ingin memakai tudung.
"Untuk itu, saya terus berjumpa suami dan meminta keizinan daripadanya. Alhamdulillah, suami saya menyokong dan menyuruh agar saya tetapkan hati untuk terus bertudung selepas ini.

6* Norkhiriah
Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat. Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini.

Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik. Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit

7* Raja Farah
Sudah dua bulan saya memakai tudung dan ini telefilem pertama saya dengan imej baru. Ia adalah penghijrahan kekal saya sebagai isteri orang. Saya beralih arah memakai tudung atas kehendak sendiri dan sudah tiba masanya untuk saya berubah demi kebaikan. 

Syukur suami juga memberikan sokongan dengan hasrat saya untuk berubah penampilan. 

Apapun, saya memang sudah menyimpan hasrat hendak memakai tudung sejak belum berkahwin lagi. Malah, saya mulakan dengan berselendang dulu.

8* Siti Nurdiana
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelas Siti Nordiana.

Menurut Siti Nordiana lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.

Sementara itu, Siti Nordiana ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.

9* Anne Hot FM
Kata Anne, tiada sebab khusus mengapa dia mengambil langkah untuk bertudung. Cuma gerak hatinya berasakan sudah tiba masanya dia menutup aurat. Ikutkan sudah lama nalurinya ingin tampil begitu, sejak sebelum dia berkahwin lagi. Akhirnya yang diimpikan benar-benar menjadi kenyataan.

“Saya rasa selesa bertudung kerana sebelum ini pun sedikit sebanyak saya sudah mula membiasakan diri mengenakan tudung di rumah bersama anak saudara yang lain. Saya jenis manusia yang tidak suka membuat perubahan secara drastik dan terburu-buru.

“Tak kiralah dalam soal bertudung atau hal apa-apapun, saya mahu betul-betul bersedia sebelum merealisasikannya. Alhamdulillah, keluarga termasuk suami merestui apa yang saya lakukan ini. Secara kebetulan, saya juga mempunyai emak saudara yang berhijrah seperti saya beberapa bulan lalu.lalu.

10* Diana Amir
 Semuanya bermula apabila pada hari raya ketiga, Diana berkesempatan berjumpa dengan temannya yang terlebih dulu sudah memakai hijab. Berkongsi perjalanan hidupnya, pada malam itu Diana menilai dirinya dan merenung masa akhiratnya. “Kenapa mesti berdegil sedangkan dalam al-Quran sendiri sudah menjelaskan mengenai perihal bertudung. “Jadi, tidak ada alasan lagi kenapa saya menangguhkan perkara yang baik. 

“Apabila sudah menutup aurat, semuanya terjaga. Dari segi percakapan, perlakuan, pergaulan dan pemakaian, semua perlu dilakukan seimbang dengan imej bertudung kerana saya tidak mahu dikatakan bertudung hanya kerana terikut-ikut,” katanya. 
Diana lebih selesa dengan penampilan terbarunya kerana merasakan dirinya lebih terjaga daripada pandangan umum. 

1 ulasan:

  1. thanks for info.. tolong update kisah abby, yatt, dan lain2 ye.. :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails