Khamis, 30 Oktober 2014

Isnin dan khamis

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Hurairah r.a., bahwasannya Rasulullah saw telah bersabda, 

“pintu – pintu surga dibuka pada hari senin dan hari kamis, maka diampunilah setiap hamba yang tidak mensekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali seorang laki-laki yang diantaranya dan saudaranya bermusuhan, maka dikatakan kepadanya, tundalah hingga keduanya berdamai, tundalah hingga keduanya berdamai, tundalah hingga keduanya berdamai ”. 

(hadits diriwayatkan oleh Imam Muslim, begitu juga oleh Imam Malik dan Abu Dawud.)

Selasa, 14 Oktober 2014

Hijab and dad

Alhamdulillah.... pakai tudung sewaktu kecil hinggalah dewasa....

Terima kasih ibu dan ayah kerana menjadi contoh pada kami dan mengajar kami tentang aurat...

Lebih terjaga dan terpelihara...

I love u mom and dad...

Dobi Indahria dan akaun semasa

Alhamdulillah...
10 oct 14 lepas Dobi Indahria dah berjaya buka akaun semasa syarikat...

Saya sharekan dibawah kepentingan dan cara apply akaun semasa syarikat:

Antara sebab mengapa akaun semasa penting adalah:

1. Akaun semasa menunjukkan komitmen sebenar untuk berniaga.

2. Akaun semasa datang dengan kemudahan buku cek untuk kemudahan transaksi perniagaan.

3. Pada setiap bulan, kita akan menerima penyata bank (bank statement)yang dihantar oleh bank melalui pos bagi tujuan rujukan perniagaan. Penyata ini akan merekodkan semua kemasukan dan pengeluaran wang yang kita telah lakukan bagi tujuan rujukan.

4. Supaya akaun peribadi tidak di “suspend” kerana terdapat banyak sangat transaksi.
Tahukah anda?Akaun peribadi anda akan di “suspend: oleh bank jika terdapat banyak sangat transaksi.Perkara ini biasa terjadi kepada kawan saya yang berniaga online.:)

5. Akaun semasa juga datang dengan kemudahan overdraf – iaitu satu kemudahan yang ditawarkan bank untuk anda mengeluarkan duit meskipun baki akaun semasa anda tidak mencukupi (Secara analoginya, bank membenarkan anda berhutang dengan bank secara sementara supaya transaksi perniagaan anda tidak terganggu).
Institusi-institusi kewangan yang memberikan pinjaman  kewangan  lebih mempercayai perniagaan yang mempunyai akaun semasa. Apabila mereka meyakini kredibiliti perniagaan anda, anda lebih senang memberikan jumlah pinjaman yang lebih besar.

Next....
Berikut merupakan jumlah deposit yang diperlukan untuk membuka akaun semasa. Jangan risau, kita boleh mengeluarkan semula duit tersebut sejurus selepas akaun sudah dibuka.

Maybank RM2,000

CIMB Bank RM1,000

AmBank RM500

Antara dokumen/perkara yang perlu anda bawa untuk membuka akaun semasa(current account) ialah:

1.Cop Syarikat

2.IC/Kad Pengenalan+Salinan IC/Kad Pengenalan

3.SSM +Salinan SSM

4.Duit selalunya diminta bila akaun semasa sudah siap diproses. Masa yang di ambil bergantung kepada bank-bank yang terlibat.

**Maybank perlu introducer.

Apa itu introducer?

Introducer ialah syarikat yang sudah ada akaun semasa di Maybank. Sekurang-kurangnya sudah setahun dan tidak di black list (pernah ada kes cek tendang).

SELAMAT MEMBUKA AKAUN SEMASA SYARIKAT UNTUK MASA DEPAN PERNIAGAAN YANG TERBILANG :)

Ehsan dari sini http://www.shahrirbahar.com/kepentingan-akaun-semasacurrent-account/

Jumaat, 10 Oktober 2014

Sunat yang menyempurnakan Fardhu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah , 

“Sesungguhnya perkara/amal seorang hamba yang dihisab pertama kali adalah shalatnya. Seandainya (shalatnya) baik, maka benar-benar paling beruntung dan paling sukses, dan seandainya (sholatnya) buruk, maka dia benar-benar akan kecewa dan merugi, dan seandainya kurang sempurna shalat fardlunya, Allah ‘azza wa jalla berfirman, 

‘lihatlah apakah bagi hambaku ini (ada amal) sholat sunnah (mempunyai sholat sunnah) yang bisa menyempurnakan sholat fardlunya,’ kemudian begitu juga terhadap amal-amal yang lainnya juga diperlakukan demikian ” 

(Hadits diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dan begitu juga oleh Abu Dawud dan Imam An-Nasai dan Ibn Majah serta Imam Ahmad.)

Basuh dan lipat baju bertambun

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. selesai membasuh baju yang bertambun...
Menggosok baju2...

Siap berlipat kemas untuk di packing elok2 dalam plastik sebab esok client nak datang ambil...

InsyaAllah ... kerja akan lebih mudah untuk setle jika kita suka dan minat serta mahir dengan kerja yang kita ingin lakukan...
Dan paling penting ialah jangan berhenti mengalah sebelum mencuba sesuatu....

Sentiasa membaca dan mencari idea2 baru untuk perbaiki keadaan dan kedudukan ekonomi insyaAllah...

Moga Allah murahkan rezeki kita dan saudara2 muslim kita yang lain juga insyaAllah.

Rabu, 8 Oktober 2014

Basuh dan Gosok di Dobi Indahria memang Berbaloi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Setelah 2 minggu Dobi Indahria beroperasi bermula 22/9/2014 hingga hari ini.. alhamdulillah... perniagaan ini mula sedikit demi sedikit mendapat pelanggan tetap dari penduduk pangsapuri Indahria ini...

Alhamdulillah... duduk di kedai dobi ni (saya tiada pekerja) bersama anak saya dan suami. Sama2 bekerjasama untuk menyiapkan dengan baik cucian dan barangan yang diterima...

Semoga Allah swt melimpahruahkan lagi sales Dobi milik Irmy Ehsan Enterprise ni lagi.. amin... amin.. amin...

Baiklah.. jom dobi...

Rasanya sangat berbaloi jika kita balik rumah dengan semua pakaian telah bersih, wangi, fluffy (towel) dan sudah kering (dan berlipat).

Ye.. dengan dobi.. ia membantu saya dan kita semua untuk jimat masa dan tenaga yang telah bersusah-payah kerja di siang hari...

Dobi Indahria faham kalau kat rumah, tak boleh basuh banyak-banyak serentak dalam satu washer dan satu lagi terhad tempat menyidai pakaian (maklumlah dok kondo, apartment, flat dan sebagainya...huhu)

Dan untuk yang bekerja terpaksa menyidai di dalam rumah supaya tak kena hujan.... hu2

Pastu kat rumah pun tiada dryer yang mampu mengeringkan baju sebagai pengganti cahaya matahari di siang hari....

Jadi. Percayalah pergi basuh baju di Dobi Indahria ini Suuuungguuuuh menguuuuuntuuuungkannn.....

Ni contoh basuhan baju dan telah siap bergosok...
Baju kemeja dan baju melayu....
Terima kasih puan Eja dan suami Hafiz yamg telah menjadi pelanggan setia kami....

Jommm dooobiii...

Grand Pemasaran Dobi Indahria

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong kerja dan mengawal perniagaan.

Mahir dalam merancang:

--- insyaAllah surat tender akan diedarkan di station minyak, surau dan masjid... sekurang- kurangnya
10 surau/ masjid dan 10 pam minyak
Tarikh penghantaran surat ialah 8, 9 dan 10 oktober 2014....

--- pacak 5 banner di kawasan luar pangsapuri indahria
Tarikh pacak 5 banner ialah 9 oktober 2014

--- buat promosi cucian untuk toto/ comforter bermula 13 oktober sehingga 31 oktober 2014... dengan harga RM 8 sahaja daripada harga asal RM 10.
Masuk dalam pamplete, lekat poster depan lif dan fb pages

--- buat 100 pamplete bersaiz separuh a4 dengan masukkan maklumat promosi, company dan harga produk.
8 dan 9 oktober 2014- siapkan 100 pamplete dan edarkan..
Edaran-sisip di kereta dan hantar rumah jika perlu...
Buat 100 dulu sebab takut membazir pulak...

--- menuntut ilmu dobi... dengan melawat dan buat analisis dobi yang telah berjaya dengan cemerlang...
25 dan 26 oktober 2014...

Allahhumma yassir wala tu assir
Ya Allah mudahkanlah dalam kebaikan....

Rabu, 1 Oktober 2014

Aurat wanita itu hanya untuk....

Assalamualaikum semua...
Soalan saya...
Aurat kita ni untuk siapa tengok?
He2...

Sebenarnya tutup aurat ni tersangatlah mudah malah sangat cantik dan manis untuk dilihat... sejuk mata-mata yang memandang...

Memang nampak susah... payah... lambat... panaslah... macam-macam...
Itulah namanya pengorbanan... dalam mentaati perintah Allah swt... Allah suka dan sayang akan hambanya yang selalu berkorban demi mentaatiNya..
Suka tak kalau Allah swt sayang???
Ye.. tentunya sangat suka... kasih sayangNya lah yang hakiki...

Nak tutup aurat cuma perlu sedikit disiplin untuk tutup aurat sedikit demi sedikit...

Dari yang jarang kepada yang tak jarang
Dari yang ketat kepada yang longgar
Dari yang terdedah kepada yang tertutup
Sikit-sikit lama-lama diri akan terbiasalah dengan latihan ini... niat nak tutup aurat kerana Allah swt...

Mana-mana baju yang tak tutup aurat tu boleh pakai dirumah sahaja atau dengan jalan lain buang atau masuk tong kitar semula...

Mudahkan tutup aurat...
Jaga diri.. jaga aurat...
Dari pandangan orang lain yang bukan mahram kita sebab yang boleh lihat aurat kita hanya suami, ibubpa, adik beradik dan semua mahram kita....

Moga wanita-wanita solehah diluar sana semuanya terpelihara dari azab Allah swt .. atas dosa-dosa buka aurat dan cepat-cepat sedar dan bertaubat pada Allah swt.

Sungguh Allah swt sangat baik sebab Dia Maha Pengampun akan dosa-dosa kita semua.

Sweetnye Allah swt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails