Rabu, 24 September 2014

Selamat datang dan terima kasih

Awal-awal pembukaan dobi ni memang lengang je sebab tak ramai lagi yang kenal dan biasa, jadi sesiapa yang hantar baju time ni bolehlah siap awal dan cepat. He2. Seronok tak?

Untuk pengetahuan semua setiap dobi ada 3 mesin yang sangat penting untuk beroperasi:

1) mesin basuh biasa

2) mesin pengering. maksudnya lepas masuk pengering ni baju terus boleh pakai. Tak perlu jemur di luar bawah cahaya matahari lagi. Sebab mesin pengering dicipta dengan fungsi seakan cahaya matahari yang mengeringkan dengan mengambil masa kurang dari 40 minit.

3) mesin  dryclean. Ni mesin untuk membasuh baju yang sensitif dan mahal2 seperti berlabuci, bermanik dan lain2 lagi

Dobi Indahria hanya ada mesin biasa dan mesin pengering. Dry clean sub kat Dobi alam idaman. Mesin ke 3 iaitu dry clean mahal sangat harga lebih 10k.

Kesimpulannya. Mai2 cepat hantar baju2, selimut, cadar, langsir, karpet, kusyen, dan toto yang tak dan nak basuh2 tu.

Mai singgah dobi indahria. Tak pun. Dobi Indahria boleh mai collect dan delivery bila siap. Senang kan....

Doakan semoga SALES meningkat dari hari ke hari. Amin.

Selasa, 23 September 2014

1stday & 2nday pembukaan Dobi Indahria


Alhamdulillah selamat sudah buka dobi untuk hari yang ke dua. Dobi Indahria masih belum dikenali ramai lagi setakat ni.
Sasaran market Dobi Indahria buat masa ini adalah kepada semua penghuni pangsapuri Indahria.

Antara cara-caranya ialah dengan buat signboard di kedai dan tampal poster depan lif supaya semua tahu yang Dobi Indahria KINI DIBUKA bermula 22/9/2014.

Harini cop Dobi Indahria siap. Cop stamp pad rm 20, cop bulat dan cop penuh Dobi Ibdahria.

Dobi Indahria masih baru. Banyak lagi kekurangan dan banyak lagi perlu belajar. Terasa banyak kekurangan apabila jumpa customer.

Semoga Allah swt tambahkan lagi ilmu pada kami, ilmu dunia dan akhirat. Supaya kami berjaya di dunia dan akhirat.

Khamis, 18 September 2014

Dobi Indahria akan dibuka pada 22/9/2014

Assalamualaikum dan hai kepada semua warga shah alam

Tarikh yang ditunggu-tunggu oleh saya, suami dan penggemar dobi terutamanya kawasan Pangsapuri Indahria.

Insyaallah. Moga Allah mudahkan segala urusan dalam perniagaan Dobi ini dari awal hingga akhirnya dalam kebaikan dan keberkatan selalu jua...

Minggu hadapan hari Isnin insyaalah Dobi Indahria dah mula beroperasi.

Dobi Indahria beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.
Waktu rehat adalah waktu solat, makan dan khidmat diri di sana.

Sekiranya anda tiada masa untuk membasuh, mengosok dan melipat pakaian. Dobi Indahria sedia membantu.

Dobi Indahria juga ada menyediakan servis pengambilan dan penghantaran basuhan pakaian dan barangan anda.

Caj pengambilan dan penghantaran yang dikenakan pun adalah berbaloi dan berpatutuan.

Perkhidmatan yang disediakan:-
@cucian biasa (siap lipat) RM2.50/ kg
@premium wash (siap lipat) RM4.00/ kg
@cucian tangan, RM3-5/helai
@mengosok RM1.50/helai
@hanger RM0.50/ pc sahaja

Hubungi Dobi Indahria
| G-05, Sek. 22, Bt 3, Shah Alam | irmyjuliza.blogspot.com
| SA0307852-M Irmy Ehsan Enterprise
| 019-6347991 | 019-3404207
Sekitar Shah alam sahaja. Terima kasih

Jumaat, 12 September 2014

Tolong menolong menyelamatkan dari azab Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abu Mas’ud al-Anshari r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah , saw 

“Ada seorang lelaki sebelum kalian yang dihisab, dan tidak ditemukan satupun kebaikan ada padanya kecuali bahwa dia adalah orang yang banyak bergaul dengan manusia, dan dia orang yang lapang(berkecukupan), serta dia memerintahkan kepada pegawai-pegawainya untuk membebaskan orang-orang yang kesulitan (dari membayar hutang), kemudian Rasulullah bersabda, Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman,’Kami *(Allah) lebih berhak untuk berbuat itu daripada dia, (oleh karena itu) bebaskan dia’ ” 

(Hadits riwayat Muslim, begitu juga oleh al-Bukhari dan an-Nasai.)

Khamis, 11 September 2014

Sabar wahai hati

Anak kecil, mindanya dan hatinya sangat perlu difahami oleh kita orang dewasa, supaya dapat mengelak pergaduhan yang tak perlu. Pergaduhan dan kemarahan yang mungkin meninggalkan efek negatif pada hati anak untuk jangka masa panjang.

Anak saya sedang belajar tentang dunia ini. Tentang rutin hidup. Tentang komunikasi. Hati dan jiwa mentah mereka perlukan input yang banyak dari saya, saya perlu bercakap dengan jelas, lemah lembut, bersabar dengan pengulangan, menahan marah, menahan jeritan, menahan dari menyakiti anak dengan tangan..

Menjadi ibu bapa  yang adil dan berhikmah sangat sukar. Saya sangat perlu pertolongan Allah dan petunjuk Nya. Hanya Allah yang berkuasa ke atas diri kita dan anak kita. Dekat lah pada Allah wahai umi, minta Allah perbaiki akhlakmu, menambah kesabaran mu dan kebijaksanaanmu Mengendali kerenah anak yang kadang sangat menguji hati.

Minta Allah bantu kita Didik anak jadi anak soleh, mendidik anak beerti mendidik diri sendiri menjadi lebih baik setiap hari.

Mohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat :')

Rabu, 10 September 2014

Mudah dalam kebaikan

Amalkan doa ini sebelum melakukan sebarang kerja, di pagi hari.
dan mulakan kerja anda dengan Bismillah.

Dari Umar bin Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika kamu tawakal kepada Allah dengan ketawakalan yang sungguh-sungguh, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu seperti Allah memberikan rezeki kepada burung, pergi pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

semoga dipermudahkan segala urusan

Balasan Baik

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Kita adalah makhluk Allah, memang tidak sempurna. Tapi saya sering kali berpesan pada diri tentang ini...
Buat baik, balasan baik....

Semoga saya dapat perbaiki peribadi saya menjadi bertambah baik kerana saya tahu saya dikelilingi oleh orang-orang yang memang baik malah lebih baik dari saya.. alhamdulillah..

Moga Allah membimbing saya dan keluarga saya ke jalan kebaikan selalu, mohon Allah tunjuki jalan2 kebaikan selalu... amin

Kerja-kerja pemasangan paip dobi indahria bt3

Kerja-kerja pemasangan paip ni saya dan suami buat sendiri
Pasang paip dan drain paip air keluar
1st time buat sendiri memang berbaloi
Ianya mudah je sebenarnya main lekat2 paip je. Ha2
Yang payah nak beli barang2 kat kedai kena tahu saiz diamete, panjang, lebarnya.... dan itu yg lambat

Barang2 seperti mesin gerudi tu kena ada.
Alhamdulillah dah selesai tapi dobi takleh buka lagi sebab belum pasang partition..

Selasa, 2 September 2014

Dobi IndahRia akan dibuka

Assalamualaikum wrbt...
Alhamdulillah dah hampir selesai proses ambil alih pengurusan dobi yang lama kepada yang baru di bawah syarikat berdaftar kami yang baru..Irmy Ehsan Enterprise ( SA0307852-M)

Dobi IndahRia DOBI INDAHRIA merupakan salah satu syarikat mencuci pakaian yang bakal beroperasi pada hujung september 2014 tahun ini.

Kedai dobi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti mencuci, mengering dan menggosok pakaian. Selain itu, perkhidmatan mengambil dan menghantar barangan cucian juga ada disediakan.
Dobi IndahRia ini terletak di bahagiaan lobby Pangsapuri IndahRia, seksyen 22, Batu 3, yang bersebelahan komuter batu tiga shah alam (depan kilang gula CSR).
InsyaAllah semoga kehadiran dobi ini akan diketahui ramai kelak...


Doakan Dobi ini sentiasa untung dan maju dalam kebaikan juga keberkatan. InsyaAllah.. Amin...

Silalah like facebook page kami klik ni 
di https://www.facebook.com/pages/Dobi-IndahRia/1452397745043523

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails