Selasa, 2 Disember 2014

Dobi indahria semakin dikenali.

Alhamdulillah.. syukur sangat... sebab
Dobi indahria semakin dikenali....
Sales meningkat... insyaAllah walau pun tak banyak tapi ada peningkatan setelah 2 bulan berlalu....

Banyak pelajaran dan pengalaman baru yang saya dan suami belajar.. ilmu2 dobi pun alhamdulillah bertambah..
Bukan itu sahaja ilmu2 jemput rezeki pun semakin digali...

Betul.. nak jadi usahawan bukan mudah.. balik lewat.. kerja lebih masa.. berhempas pulas setiap hari... untuk berikan perkhidmatan dobi yang terbaik yang termampu.. insyaAllah....

Strategik pemasaran juga perlu berjalan... apa yang saya buat adalah buat banting yang simple kemudian paku kat dinding luar kedai... bukan pe.. kadang2 orang malu nak bertanya.. jadi letak siap2 harga.. mudah orang nak budjet....

Hasilnya adalah peningkatan sales.. ini hanya dalam kawasan pangsapuri sahaja sebab buat masa ni dobi indahria tidak dikenali di luar kawasan pangsapuri indahria lagi... jadilerr kan....

Semoga DAPAT SALES YANG BANYAK LAGI. AMIN... DOAKAN....

Khamis, 30 Oktober 2014

Isnin dan khamis

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Hurairah r.a., bahwasannya Rasulullah saw telah bersabda, 

“pintu – pintu surga dibuka pada hari senin dan hari kamis, maka diampunilah setiap hamba yang tidak mensekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali seorang laki-laki yang diantaranya dan saudaranya bermusuhan, maka dikatakan kepadanya, tundalah hingga keduanya berdamai, tundalah hingga keduanya berdamai, tundalah hingga keduanya berdamai ”. 

(hadits diriwayatkan oleh Imam Muslim, begitu juga oleh Imam Malik dan Abu Dawud.)

Selasa, 14 Oktober 2014

Hijab and dad

Alhamdulillah.... pakai tudung sewaktu kecil hinggalah dewasa....

Terima kasih ibu dan ayah kerana menjadi contoh pada kami dan mengajar kami tentang aurat...

Lebih terjaga dan terpelihara...

I love u mom and dad...

Dobi Indahria dan akaun semasa

Alhamdulillah...
10 oct 14 lepas Dobi Indahria dah berjaya buka akaun semasa syarikat...

Saya sharekan dibawah kepentingan dan cara apply akaun semasa syarikat:

Antara sebab mengapa akaun semasa penting adalah:

1. Akaun semasa menunjukkan komitmen sebenar untuk berniaga.

2. Akaun semasa datang dengan kemudahan buku cek untuk kemudahan transaksi perniagaan.

3. Pada setiap bulan, kita akan menerima penyata bank (bank statement)yang dihantar oleh bank melalui pos bagi tujuan rujukan perniagaan. Penyata ini akan merekodkan semua kemasukan dan pengeluaran wang yang kita telah lakukan bagi tujuan rujukan.

4. Supaya akaun peribadi tidak di “suspend” kerana terdapat banyak sangat transaksi.
Tahukah anda?Akaun peribadi anda akan di “suspend: oleh bank jika terdapat banyak sangat transaksi.Perkara ini biasa terjadi kepada kawan saya yang berniaga online.:)

5. Akaun semasa juga datang dengan kemudahan overdraf – iaitu satu kemudahan yang ditawarkan bank untuk anda mengeluarkan duit meskipun baki akaun semasa anda tidak mencukupi (Secara analoginya, bank membenarkan anda berhutang dengan bank secara sementara supaya transaksi perniagaan anda tidak terganggu).
Institusi-institusi kewangan yang memberikan pinjaman  kewangan  lebih mempercayai perniagaan yang mempunyai akaun semasa. Apabila mereka meyakini kredibiliti perniagaan anda, anda lebih senang memberikan jumlah pinjaman yang lebih besar.

Next....
Berikut merupakan jumlah deposit yang diperlukan untuk membuka akaun semasa. Jangan risau, kita boleh mengeluarkan semula duit tersebut sejurus selepas akaun sudah dibuka.

Maybank RM2,000

CIMB Bank RM1,000

AmBank RM500

Antara dokumen/perkara yang perlu anda bawa untuk membuka akaun semasa(current account) ialah:

1.Cop Syarikat

2.IC/Kad Pengenalan+Salinan IC/Kad Pengenalan

3.SSM +Salinan SSM

4.Duit selalunya diminta bila akaun semasa sudah siap diproses. Masa yang di ambil bergantung kepada bank-bank yang terlibat.

**Maybank perlu introducer.

Apa itu introducer?

Introducer ialah syarikat yang sudah ada akaun semasa di Maybank. Sekurang-kurangnya sudah setahun dan tidak di black list (pernah ada kes cek tendang).

SELAMAT MEMBUKA AKAUN SEMASA SYARIKAT UNTUK MASA DEPAN PERNIAGAAN YANG TERBILANG :)

Ehsan dari sini http://www.shahrirbahar.com/kepentingan-akaun-semasacurrent-account/

Jumaat, 10 Oktober 2014

Sunat yang menyempurnakan Fardhu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah , 

“Sesungguhnya perkara/amal seorang hamba yang dihisab pertama kali adalah shalatnya. Seandainya (shalatnya) baik, maka benar-benar paling beruntung dan paling sukses, dan seandainya (sholatnya) buruk, maka dia benar-benar akan kecewa dan merugi, dan seandainya kurang sempurna shalat fardlunya, Allah ‘azza wa jalla berfirman, 

‘lihatlah apakah bagi hambaku ini (ada amal) sholat sunnah (mempunyai sholat sunnah) yang bisa menyempurnakan sholat fardlunya,’ kemudian begitu juga terhadap amal-amal yang lainnya juga diperlakukan demikian ” 

(Hadits diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dan begitu juga oleh Abu Dawud dan Imam An-Nasai dan Ibn Majah serta Imam Ahmad.)

Basuh dan lipat baju bertambun

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. selesai membasuh baju yang bertambun...
Menggosok baju2...

Siap berlipat kemas untuk di packing elok2 dalam plastik sebab esok client nak datang ambil...

InsyaAllah ... kerja akan lebih mudah untuk setle jika kita suka dan minat serta mahir dengan kerja yang kita ingin lakukan...
Dan paling penting ialah jangan berhenti mengalah sebelum mencuba sesuatu....

Sentiasa membaca dan mencari idea2 baru untuk perbaiki keadaan dan kedudukan ekonomi insyaAllah...

Moga Allah murahkan rezeki kita dan saudara2 muslim kita yang lain juga insyaAllah.

Rabu, 8 Oktober 2014

Basuh dan Gosok di Dobi Indahria memang Berbaloi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Setelah 2 minggu Dobi Indahria beroperasi bermula 22/9/2014 hingga hari ini.. alhamdulillah... perniagaan ini mula sedikit demi sedikit mendapat pelanggan tetap dari penduduk pangsapuri Indahria ini...

Alhamdulillah... duduk di kedai dobi ni (saya tiada pekerja) bersama anak saya dan suami. Sama2 bekerjasama untuk menyiapkan dengan baik cucian dan barangan yang diterima...

Semoga Allah swt melimpahruahkan lagi sales Dobi milik Irmy Ehsan Enterprise ni lagi.. amin... amin.. amin...

Baiklah.. jom dobi...

Rasanya sangat berbaloi jika kita balik rumah dengan semua pakaian telah bersih, wangi, fluffy (towel) dan sudah kering (dan berlipat).

Ye.. dengan dobi.. ia membantu saya dan kita semua untuk jimat masa dan tenaga yang telah bersusah-payah kerja di siang hari...

Dobi Indahria faham kalau kat rumah, tak boleh basuh banyak-banyak serentak dalam satu washer dan satu lagi terhad tempat menyidai pakaian (maklumlah dok kondo, apartment, flat dan sebagainya...huhu)

Dan untuk yang bekerja terpaksa menyidai di dalam rumah supaya tak kena hujan.... hu2

Pastu kat rumah pun tiada dryer yang mampu mengeringkan baju sebagai pengganti cahaya matahari di siang hari....

Jadi. Percayalah pergi basuh baju di Dobi Indahria ini Suuuungguuuuh menguuuuuntuuuungkannn.....

Ni contoh basuhan baju dan telah siap bergosok...
Baju kemeja dan baju melayu....
Terima kasih puan Eja dan suami Hafiz yamg telah menjadi pelanggan setia kami....

Jommm dooobiii...

Grand Pemasaran Dobi Indahria

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong kerja dan mengawal perniagaan.

Mahir dalam merancang:

--- insyaAllah surat tender akan diedarkan di station minyak, surau dan masjid... sekurang- kurangnya
10 surau/ masjid dan 10 pam minyak
Tarikh penghantaran surat ialah 8, 9 dan 10 oktober 2014....

--- pacak 5 banner di kawasan luar pangsapuri indahria
Tarikh pacak 5 banner ialah 9 oktober 2014

--- buat promosi cucian untuk toto/ comforter bermula 13 oktober sehingga 31 oktober 2014... dengan harga RM 8 sahaja daripada harga asal RM 10.
Masuk dalam pamplete, lekat poster depan lif dan fb pages

--- buat 100 pamplete bersaiz separuh a4 dengan masukkan maklumat promosi, company dan harga produk.
8 dan 9 oktober 2014- siapkan 100 pamplete dan edarkan..
Edaran-sisip di kereta dan hantar rumah jika perlu...
Buat 100 dulu sebab takut membazir pulak...

--- menuntut ilmu dobi... dengan melawat dan buat analisis dobi yang telah berjaya dengan cemerlang...
25 dan 26 oktober 2014...

Allahhumma yassir wala tu assir
Ya Allah mudahkanlah dalam kebaikan....

Rabu, 1 Oktober 2014

Aurat wanita itu hanya untuk....

Assalamualaikum semua...
Soalan saya...
Aurat kita ni untuk siapa tengok?
He2...

Sebenarnya tutup aurat ni tersangatlah mudah malah sangat cantik dan manis untuk dilihat... sejuk mata-mata yang memandang...

Memang nampak susah... payah... lambat... panaslah... macam-macam...
Itulah namanya pengorbanan... dalam mentaati perintah Allah swt... Allah suka dan sayang akan hambanya yang selalu berkorban demi mentaatiNya..
Suka tak kalau Allah swt sayang???
Ye.. tentunya sangat suka... kasih sayangNya lah yang hakiki...

Nak tutup aurat cuma perlu sedikit disiplin untuk tutup aurat sedikit demi sedikit...

Dari yang jarang kepada yang tak jarang
Dari yang ketat kepada yang longgar
Dari yang terdedah kepada yang tertutup
Sikit-sikit lama-lama diri akan terbiasalah dengan latihan ini... niat nak tutup aurat kerana Allah swt...

Mana-mana baju yang tak tutup aurat tu boleh pakai dirumah sahaja atau dengan jalan lain buang atau masuk tong kitar semula...

Mudahkan tutup aurat...
Jaga diri.. jaga aurat...
Dari pandangan orang lain yang bukan mahram kita sebab yang boleh lihat aurat kita hanya suami, ibubpa, adik beradik dan semua mahram kita....

Moga wanita-wanita solehah diluar sana semuanya terpelihara dari azab Allah swt .. atas dosa-dosa buka aurat dan cepat-cepat sedar dan bertaubat pada Allah swt.

Sungguh Allah swt sangat baik sebab Dia Maha Pengampun akan dosa-dosa kita semua.

Sweetnye Allah swt...

Rabu, 24 September 2014

Selamat datang dan terima kasih

Awal-awal pembukaan dobi ni memang lengang je sebab tak ramai lagi yang kenal dan biasa, jadi sesiapa yang hantar baju time ni bolehlah siap awal dan cepat. He2. Seronok tak?

Untuk pengetahuan semua setiap dobi ada 3 mesin yang sangat penting untuk beroperasi:

1) mesin basuh biasa

2) mesin pengering. maksudnya lepas masuk pengering ni baju terus boleh pakai. Tak perlu jemur di luar bawah cahaya matahari lagi. Sebab mesin pengering dicipta dengan fungsi seakan cahaya matahari yang mengeringkan dengan mengambil masa kurang dari 40 minit.

3) mesin  dryclean. Ni mesin untuk membasuh baju yang sensitif dan mahal2 seperti berlabuci, bermanik dan lain2 lagi

Dobi Indahria hanya ada mesin biasa dan mesin pengering. Dry clean sub kat Dobi alam idaman. Mesin ke 3 iaitu dry clean mahal sangat harga lebih 10k.

Kesimpulannya. Mai2 cepat hantar baju2, selimut, cadar, langsir, karpet, kusyen, dan toto yang tak dan nak basuh2 tu.

Mai singgah dobi indahria. Tak pun. Dobi Indahria boleh mai collect dan delivery bila siap. Senang kan....

Doakan semoga SALES meningkat dari hari ke hari. Amin.

Selasa, 23 September 2014

1stday & 2nday pembukaan Dobi Indahria


Alhamdulillah selamat sudah buka dobi untuk hari yang ke dua. Dobi Indahria masih belum dikenali ramai lagi setakat ni.
Sasaran market Dobi Indahria buat masa ini adalah kepada semua penghuni pangsapuri Indahria.

Antara cara-caranya ialah dengan buat signboard di kedai dan tampal poster depan lif supaya semua tahu yang Dobi Indahria KINI DIBUKA bermula 22/9/2014.

Harini cop Dobi Indahria siap. Cop stamp pad rm 20, cop bulat dan cop penuh Dobi Ibdahria.

Dobi Indahria masih baru. Banyak lagi kekurangan dan banyak lagi perlu belajar. Terasa banyak kekurangan apabila jumpa customer.

Semoga Allah swt tambahkan lagi ilmu pada kami, ilmu dunia dan akhirat. Supaya kami berjaya di dunia dan akhirat.

Khamis, 18 September 2014

Dobi Indahria akan dibuka pada 22/9/2014

Assalamualaikum dan hai kepada semua warga shah alam

Tarikh yang ditunggu-tunggu oleh saya, suami dan penggemar dobi terutamanya kawasan Pangsapuri Indahria.

Insyaallah. Moga Allah mudahkan segala urusan dalam perniagaan Dobi ini dari awal hingga akhirnya dalam kebaikan dan keberkatan selalu jua...

Minggu hadapan hari Isnin insyaalah Dobi Indahria dah mula beroperasi.

Dobi Indahria beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.
Waktu rehat adalah waktu solat, makan dan khidmat diri di sana.

Sekiranya anda tiada masa untuk membasuh, mengosok dan melipat pakaian. Dobi Indahria sedia membantu.

Dobi Indahria juga ada menyediakan servis pengambilan dan penghantaran basuhan pakaian dan barangan anda.

Caj pengambilan dan penghantaran yang dikenakan pun adalah berbaloi dan berpatutuan.

Perkhidmatan yang disediakan:-
@cucian biasa (siap lipat) RM2.50/ kg
@premium wash (siap lipat) RM4.00/ kg
@cucian tangan, RM3-5/helai
@mengosok RM1.50/helai
@hanger RM0.50/ pc sahaja

Hubungi Dobi Indahria
| G-05, Sek. 22, Bt 3, Shah Alam | irmyjuliza.blogspot.com
| SA0307852-M Irmy Ehsan Enterprise
| 019-6347991 | 019-3404207
Sekitar Shah alam sahaja. Terima kasih

Jumaat, 12 September 2014

Tolong menolong menyelamatkan dari azab Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abu Mas’ud al-Anshari r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah , saw 

“Ada seorang lelaki sebelum kalian yang dihisab, dan tidak ditemukan satupun kebaikan ada padanya kecuali bahwa dia adalah orang yang banyak bergaul dengan manusia, dan dia orang yang lapang(berkecukupan), serta dia memerintahkan kepada pegawai-pegawainya untuk membebaskan orang-orang yang kesulitan (dari membayar hutang), kemudian Rasulullah bersabda, Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman,’Kami *(Allah) lebih berhak untuk berbuat itu daripada dia, (oleh karena itu) bebaskan dia’ ” 

(Hadits riwayat Muslim, begitu juga oleh al-Bukhari dan an-Nasai.)

Khamis, 11 September 2014

Sabar wahai hati

Anak kecil, mindanya dan hatinya sangat perlu difahami oleh kita orang dewasa, supaya dapat mengelak pergaduhan yang tak perlu. Pergaduhan dan kemarahan yang mungkin meninggalkan efek negatif pada hati anak untuk jangka masa panjang.

Anak saya sedang belajar tentang dunia ini. Tentang rutin hidup. Tentang komunikasi. Hati dan jiwa mentah mereka perlukan input yang banyak dari saya, saya perlu bercakap dengan jelas, lemah lembut, bersabar dengan pengulangan, menahan marah, menahan jeritan, menahan dari menyakiti anak dengan tangan..

Menjadi ibu bapa  yang adil dan berhikmah sangat sukar. Saya sangat perlu pertolongan Allah dan petunjuk Nya. Hanya Allah yang berkuasa ke atas diri kita dan anak kita. Dekat lah pada Allah wahai umi, minta Allah perbaiki akhlakmu, menambah kesabaran mu dan kebijaksanaanmu Mengendali kerenah anak yang kadang sangat menguji hati.

Minta Allah bantu kita Didik anak jadi anak soleh, mendidik anak beerti mendidik diri sendiri menjadi lebih baik setiap hari.

Mohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat :')

Rabu, 10 September 2014

Mudah dalam kebaikan

Amalkan doa ini sebelum melakukan sebarang kerja, di pagi hari.
dan mulakan kerja anda dengan Bismillah.

Dari Umar bin Khattab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika kamu tawakal kepada Allah dengan ketawakalan yang sungguh-sungguh, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu seperti Allah memberikan rezeki kepada burung, pergi pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

semoga dipermudahkan segala urusan

Balasan Baik

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Kita adalah makhluk Allah, memang tidak sempurna. Tapi saya sering kali berpesan pada diri tentang ini...
Buat baik, balasan baik....

Semoga saya dapat perbaiki peribadi saya menjadi bertambah baik kerana saya tahu saya dikelilingi oleh orang-orang yang memang baik malah lebih baik dari saya.. alhamdulillah..

Moga Allah membimbing saya dan keluarga saya ke jalan kebaikan selalu, mohon Allah tunjuki jalan2 kebaikan selalu... amin

Kerja-kerja pemasangan paip dobi indahria bt3

Kerja-kerja pemasangan paip ni saya dan suami buat sendiri
Pasang paip dan drain paip air keluar
1st time buat sendiri memang berbaloi
Ianya mudah je sebenarnya main lekat2 paip je. Ha2
Yang payah nak beli barang2 kat kedai kena tahu saiz diamete, panjang, lebarnya.... dan itu yg lambat

Barang2 seperti mesin gerudi tu kena ada.
Alhamdulillah dah selesai tapi dobi takleh buka lagi sebab belum pasang partition..

Selasa, 2 September 2014

Dobi IndahRia akan dibuka

Assalamualaikum wrbt...
Alhamdulillah dah hampir selesai proses ambil alih pengurusan dobi yang lama kepada yang baru di bawah syarikat berdaftar kami yang baru..Irmy Ehsan Enterprise ( SA0307852-M)

Dobi IndahRia DOBI INDAHRIA merupakan salah satu syarikat mencuci pakaian yang bakal beroperasi pada hujung september 2014 tahun ini.

Kedai dobi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti mencuci, mengering dan menggosok pakaian. Selain itu, perkhidmatan mengambil dan menghantar barangan cucian juga ada disediakan.
Dobi IndahRia ini terletak di bahagiaan lobby Pangsapuri IndahRia, seksyen 22, Batu 3, yang bersebelahan komuter batu tiga shah alam (depan kilang gula CSR).
InsyaAllah semoga kehadiran dobi ini akan diketahui ramai kelak...


Doakan Dobi ini sentiasa untung dan maju dalam kebaikan juga keberkatan. InsyaAllah.. Amin...

Silalah like facebook page kami klik ni 
di https://www.facebook.com/pages/Dobi-IndahRia/1452397745043523

Selasa, 26 Ogos 2014

kita boleh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Utk menamatkan 1 perlumbaan, anda mesti memecut garisan mula hingga penamat.

Ramai yg gagal krn tidak mahu bermula/ tidak menamatkan/ kedua2nya.


Utk bjaya perlukan ksabarn, ktabahn & keazamn spy anda berjaya tiba ke garisan penamat.

Jumaat, 22 Ogos 2014

give back to get more

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

* Berikan sesuatu yang bernilai tinggi dengan ikhlas kepada orang lain dengan melahirkan sesuatu yang positif secara langsung/ tidak langsung.

* Cara yang paling baik untuk belajar/ kaya adalah dengan memberikan sesuatu yang bermanfaat/ baik kepada orang lain. Lihatlah nanti! berapa ramai orang yang akan suka pada anda.


* Anda akan menjadi manusia yang banyak bermanfaat pada manusia & alam, bitulah jg suruhan sebagai Khalifah.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Azan dengan khauf

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Uqbah bin Amir r.a., beliau berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tuhanmu bangga terhadap seorang pengembala kambing, yang berada di atas gunung/bukit, dia mengumandangkan adzan untuk sholat dan mengerjakan sholat, kemudian Allah ‘azza wa jalla (Yang Maha Perkasa dan Maha Luhur) berfirman, 

‘Lihatlah hambaku ini, dia mengumandangkan adzan dan menegakkan sholat (iqomat) karena takut kepada-Ku, maka sesungguhnya Aku telah mengampuni hambaku ini, dan Aku akan memasukkannya kedalam surga’ 

(Diriwayatkan oleh an – Nasai dengan sanad yang shahih.)

Selasa, 5 Ogos 2014

Jangan alpa dengan nikmat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

NIKMAT ITU UMPAMA BINATANG BUAS, HENDAKLAH DIIKAT DENGAN TALI SYUKUR

Lawan Syukur Adalah Kufur


Wahai anak... Setiap apa yang kau lihat dgn wajah yang elok dan kamu mencintainya, maka itu adalah cinta yang kurang. Kamu disiksa atasnya.. 


Cinta yang benar & tidak berubah adalah cinta pada Allah azza wajalla.
 Dialah yang kamu lihat dengan kedua matahatimu. Dialah kecintaan orang Shidiqqin Ruhaniyyin...


Sheikh Abdul Qoder al-Jailani Qutubh Rabbani.

Khamis, 24 Julai 2014

kun faya kun

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Allah swt telah menjadikan kita dan Allah swt jua yang menjadikan apa yang kita lakukan.
Maka adakah kita ini hamba yang pandai membalas segala jasanya? Beringat bahawa dunia ini bersifat amat sementara,umpama masuk pintu depan rumah keluar pintu belakang, umpama pagi hingga petang.

Bila2 masa Allah swt akan tarik segala apa yang Allah swt kehendaki termasuk nyawa, nikmat dsb (tertakluk pada Qudrat dan iradat Allah swt). Beringat sebelum terlambat. Syukur dan syukurlah..

Jumaat, 18 Julai 2014

Allah, Pemilik waktu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Allah Telah Berfirman,’Anak – anak adam (umat manusia) mengecam waktu; dan aku adalah (Pemilik) Waktu; dalam kekuasaanku malam dan siang’ ” 

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan begitu juga Muslim.)

Jumaat, 27 Jun 2014

Ganjaran Puasa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., dari Nabi saw, beliau bersabda, ”Allah Azza wa Jalla berfirman, 

‘Puasa itu untukku, dan Aku yang akan memberikan ganjarannya, disebabkan seseorang menahan syahwatnya dan makannya serta minumnya karena-Ku, dan puasa itu adalah perisai, dan bagi orang yang berpuasa dua kebahagiaan, yaitu kebahagian saat berbuka, dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah, daripada bau minya misk/kesturi’ ”

(Hadits riwayat al-Bukhari, dan begitu juga oleh imam Muslim, dan Imam Malik, dan Tirmidzi dan an-Nasai serta Ibnu Majah.) 

Sabtu, 21 Jun 2014

Doa di kesempitan hidup

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. 


Nasihat dr Ustazah Norhafizah Musa 

Andai susah hati, rezeki terasa sempit, kehidupan tidak terurus dan sebagainya..jangan NANTI lagi..bacalah doa di bawah ini, jadikan zikir harian ya. Sama-sama kita saling mendoakan.

Maksud ayat:
“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan AllahPengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Jumaat, 20 Jun 2014

Rahmat Allah mengalahi murkaNya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, dia berkata; telah bersabda Rasulullah saw “Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk, Dia menuliskan dalam kitab-Nya ketetapan untuk diri-Nya sendiri: Sesungguhnya rahmat-Ku (kasih sayangku) mengalahkan murka-Ku” 

(diriwayatkan oleh Muslim begitu juga oleh al-Bukhari, an-Nasa-i dan Ibnu Majah)

Isnin, 16 Jun 2014

Jangan sombong...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, 

‘Kesombongan adalah seledangku, dan keagungan adalah kain(sarung)ku, barangsiapa bersaing (turut memiliki) dalam salah satu dari kedua hal tersebut, maka benar-benar akan aku lemparkan dia di dalam neraka’ ” 

(Hadist diriwayatkan oleh Abu Dawud, begitu juga oleh Ibn Majah dan Imam Ahmad, dengan sanad yang shahih.)

Khamis, 22 Mei 2014

List road tax myvi

InsyaAllah
I just wanna share the road tax for my car that I bought in years about 2008 ago. ..

I think the payment was increasing till this year. ...

I bought my car 26th august 2009...
That day I dream just a simple car that will fit me and my friend with saving cost of petrol used. ..

The car is myvi wsy 2994 and every month I have to pay my car loan at about rm 583 per month. .. that time basic myvi cost me rm 47000...

Ok this is the price list of the road tax that I have pay last few years ago. ..

2010 rm 1150
2011 rm  835
2012 rm  788
2013 rm  850

And also I have bought motorcycle around 8th September 2009.. Yamaha lagenda.. blue color. . And it's cost me rm 6163.00...

I bought all my vehicle in year's 2009...

Today I do some checking of my spending money. ..

Selasa, 20 Mei 2014

Delivery Ainul Mardhiah

Alhamdulillah this is the time I'm with my husband went to ..
I would like to share the first time in my life i would be a mother. .. haha

That was in 29th of march 2013 last year at about 12.59pm on Friday.

The weight count for my little girl is at about 3.09 kg and she born at hospital Kuala Lumpur.

We gave her name Ainul Mardhiah binti Noorehsan... nama ketua bidadari syurga yang menunggu pejuang syahid...

I would like to share her picture....

This picture is when I'm on my way return ro my husband hometown at kampung gajah, Teluk intan...



For the 1st time

Assalamualaikum....

From now on. Insyaallah I will continue activities in my blog
Yes.. write it by myself and no copy paste anymore... hehe...

I wish this time I would share everything that's useful and beneficial for me and others. .. everything in my life...

The picture and all my experience that I will get from now on...

Because now I'm 28 years old woman with one little cute daughter. ..

I wish this will become my diaries as a the housewife world's. ..

Insyaallah enjoy my life with my family, friends and neighbours. ...

Jumaat, 16 Mei 2014

Infaq Allah pada mereka yang berInfaq

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Allah Subhanahuwa ta’ala berfirman, berinfaklah wahai anak adam, (jika kamu berbuat demikian) Aku memberi infak kepada kalian”.

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan begitu juga oleh Imam Muslim)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails