Rabu, 16 Oktober 2013

Sebelum masuk tidur

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sebelum kita masuk tidur, katalah pukul 11 malam..... 

  • pastikan dapur sudah berkemas, pinggan sudah dibasuh agar mudah menyediakan sarapan keesokkan pagi.
  • Jika lebih rajin, boleh sediakan bancuhan tepung untuk cucur bawang, roti canai dll dan simpan di dalam peti sejuk. 
  • Ia sedia dimasak awal pagi besok untuk kita dan ahli keluarga yang kelaparan di waktu pagi.
  • Minta juga pertolongan ahli keluarga lain untuk menyelesaikan hal kain baju dan ruang tamu. 
  • Susun semua buku, majalah dan suratkhabar setelah selesai dibaca. 
  • Simpan kain baju yang sudah berlipat di tempat sepatutnya.

Terdapat teknik 15 minit sebelum tidur
  1. minta ahli keluarga kita bergegas mengemaskan segala ruang yang bersepah dalam masa tersebut. 
  2. Selesai tugas tersebut barulah masing2 bergerak ke ruang tidur. 
  3. Diharapkan keesokan harinya, semua orang boleh bangun tidur dengan tenang kerana rumah sudah kemas dan tidak bimbang lagi dengan hal2 mengemas yang remeh...

Rabu, 9 Oktober 2013

Rutin di pagi hari

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Kita perlu rancang apa yang hendak dimakan sebagai sarapan dan siap2 menyediakan bawang dan apa2 lagi ramuan yang diperlukan. 
contoh 1 : Mee GorengKalau esok akan menggoreng mee, ramuan2 tersebut perlu siap ditumbuk dan mi siap direndam di waktu malam, tinggal lagi kita menumis dan menggoreng di waktu pagi 
contoh 1 : CekodokBegitu juga kalau menu sarapan adalah cekodok, kita perlu membancuh tepung dan pisang atau bawang dan disimpan di dalam peti ais, tinggal lagi kita menggoreng di waktu pagi.
KEESOKAN PAGINYA

Disarankan kita bangun dan mencuci diri sebelum subuh.  Selesai sembahyang subuh, barulah bermula rutin harian kita.

  1. kita "on"kan mesin basuh dan 
  2. kemudian ke dapur menyediakan minuman dan sarapan
  3. Setelah suami dan anak2 ke sekolah, bolehlah menyidai pakaian pula dan menyapu laman atau menyiram pokok.

Anak Kecil

Jika anak kecil sudah terbangun, bolehlah kita 


  1. memandikan anak dan 
  2. menyuap mereka makan.  
  3. Setelah mereka selesa, berikan mereka aktiviti menulis, mewarna atau menonton rancangan didikan.  
  4. Kita pula perlu berkemas seperti menyapu, mengelap debu dan membasuh pinggan mangkuk.  
  5. Sekiranya mempunyai anak kecil, Sebaik2nya kita tangguhkan mengemop ke hari minggu atau sehingga ada orang lain yang boleh mengawasi si kecil.  
  6. Ada orang bergegas menyapu dan mengemop sebelum anak kecil bangun pagi.  Itu terpulang kepada perancangan dan kecekapan masing2.  
  7. Berkemas lah mengikut kemampuan diri, bimbang jika berkemas dalam keadaan tergesa2 dan terkocoh2, kita diancam bahaya seperti tergelincir lantai licin atau sebagainya.  
  8. Elok mengemas dalam keadaan tenang supaya hasil kemasan juga rapi.


Jangan lupa, lebih kurang jam 9pagi, sewajarnya kita keluarkan ikan/ayam/daging dari freezer untuk dimasak lauk tengahari. 


Jadi sementara mengemas, ikan atau daging sempat nyahbeku dan sedia dimasak sekitar jam 11 pagi.  Kalau perlu marinade, boleh juga marinate ikan atau ayam atau daging tersebut. 

Lebih kurang jam 11 pagi, anda boleh mula ke dapur, memasak nasi dan lauk pauk. 


Anda sewajarnya tamat sesi memasak sekitar jam 1 petang.

Rabu, 2 Oktober 2013

Masak express

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Pengurusan masa sangat penting dan "Mata kena selalu tengok jam!"
Ini bermaksud betapa pentingnya masa dan penekanan ini sering diberikan dalam setiap tugasan kami di rumah. Termasuklah tugasan memasak di dapur.

Think ahead and plan ahead. 


Dari segi memasak, perlu fikir dari awal menu yang akan dihidangkan. Seterusnya, boleh mula mengeluarkan ikan atau ayam untuk defrost seawal jam 9 atau 10 pagi. 

Nasi juga perlu dimasak dahulu sebelum kerja2 memasak bermula agar bila lauk siap, nasi juga sudah dimasak.
Mulakan tugasan memasak jam 11 pagi. 1 jam diperuntukkan untuk aktiviti memasak secara ekspres dan 1 jam lagi untuk mengemas dapur sehingga berkilat. 
Lauk harian yang dipilih berkisar 1 lauk daging (ikan, ayam etc) berupa sambal atau kuah, dan 1 lauk sayuran, biasanya goreng atau masak air.

Proses perlu dimulakan dengan:

  1. menyiang ikan lalu 
  2. di perap sekejap sekurang2nya dengan garam dan kunyit. 
  3. Sementara menunggu ikan diperap, kupas bawang2, ikan bilis, halia dan lain2 rencah seterusnya dihiris atau ditumbuk
  4. Rencah2 ini disediakan untuk lauk daging dan juga lauk sayuran sekaligus dan dipecahkan kepada dua mangkuk berlainan
  5. Sayur2 juga boleh dipotong dan dibasuh
  6. Gunakan beberapa besen dan mangkuk sahaja untuk proses ini. Jika bekas agak besar, boleh diletakkan bahan2 masakan dalam kumpulan berasingan
  7. Digalakkan meminimakan penggunaan bekas agar dapur tidak bersepah lalu melambatkan proses mengemas.
Untuk aktiviti di atas meja, bentang suratkhabar seluas2nya. Apabila selesai memotong dan menyiang, tinggal dibungkus sahaja dan terus dibuang. Alas meja tidak akan comot dan proses mengelap meja akan lebih mudah.

Selesai mengupas dan memotong, barulah kami bergerak ke dapur gas untuk memulakan tugas2 menumis. 


Gunakan 1 kuali sahaja untuk menjimatkan masa mengemas dan mencuci kelak. Jadi, 
  1. pertama sekali goreng sayur kerana gorengan sayur tidak begitu comot di kuali. 
  2. Sesudah masak, alihkan sayur ke dalam mangkuk. 
  3. Kuali tadi boleh dibilas sedikit dan kemudian dimasukkan minyak untuk menggoreng ikan pula. 
  4. Memandangkan ikan goreng mengambil masa yang agak lama, kami digalakkan untuk membuat kerja2 mengemas sambil menunggu ikan masak. 
  5. Tidak digalakkan duduk2 berehat semasa memasak. 
  6. Sepatutnya sambar kesempatan dan mengamalkan konsep multitasking semasa memasak agar masakan cepat siap dan dapur segera kemas. 
  7. cepat siap, cepat rehat. Jangan rehat cepat, lambat siap.
Jadi, sementara ikan sedang berperang di dalam kuali, lap meja yang sudah selesai dipakai tadi dan juga membasuh pinggan mangkuk yang sudah selesai diguna. 

Sekali sekala berhenti untuk membalikkan ikan. Siapkan aktiviti membasuh pinggan dan mengelap sebelum kesemua ikan selesai digoreng.

Apabila ikan selesai digoreng, mulakan tugasan memasak kuah ikan. 


Jadi, minyak ikan tadi dikeluarkan sebahagiannya dan bakinya gunakan untuk menumis bawang. Ini sesuai untuk masakan sambal atau kicap yang biasanya menjadi menu lazim di rumah.

Setelah segala tugasan memasak selesai. 

  1. Basuh kuali dan saki baki perkakas memasak. 
  2. Kemudian lap dapur gas dan di keliling tempat memasak yang terdapat banyak kesan percikan minyak. 
  3. Jangan lupa angkat dapur gas untuk mengelap di bahagian bawahnya. 
  4. Boleh juga diambil kaki tungku dan dibasuh dengan sabun untuk menghilangkan minyak yang terlekat.
  5. Seterusnya, lap semua kabinet (termasuk pintu2 kabinet) dan kaunter dapur dan pastikan segala kekotoran dilap. 
  6. Jangan lupa lap juga bahagian luaran peralatan dapur seperti blender, microwave dan bekas2 simpanan gula dan termasuk juga bahagian luar peti ais. 
  7. Sesudah itu, dapur perlu disapu dan tamatlah tugasan memasak di dapur. 
  8. Oh ya! Sekurang2nya seminggu sekali jangan lupa mop lantai dapur. Lebih elok jika dibuat tiap2 hari, jika masa mengizinkan. 

Selesai segalanya, jam pada waktu itu selalunya menunjukkan sekitar jam 1. Eat time

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails