Rabu, 25 September 2013

Sultan Al-Hakam II

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sultan Al-Hakam II hidup semasa zaman keagungan kerajaan Islam Andalus di Sepanyol. 

Ayahnya ialah Sultan Abdul Rahman III merupakan zaman pemerintahan paling gemilang di Andalus. Dari kecil lagi sultan Abdul Rahman III sudah mendidik Al-Hakam II supaya mencintai ilmu dan ditugasknan seorang ulama besar Andalus untuk mendidik AlHakam II. 


Sultan Al-Hakam II adalah seorang yang sangat berilmu dan sangat kuat membaca. Di zamannya dibina gedung-gedung perpustakaan di seluruh tanah jajahan Andalus. Ramai juga ahli cerdik pandai arab yang mula berpindah dari tanah arab ke Sepanyol semasa zaman pemerintahannya. 

Istana sultan al-Hakam II dipenuhi dengan bukubuku. Dikatakan terdapat lebih kurang 40,000 buah buku yang terdapat di dinding-dinding istana dan hampir kesemuanya telah dibaca oleh sultan alHakam II. Sebahagiannya dimusnahkan dalam pemberontakan Barbar. 

Sultan al-Hakam II juga ada tukang salin yang kerjanya menyalin buku-buku yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaannya. Maklumlah, mesin fotostat belum dicipta pada zaman itu. 

Dia juga ada menghantar beberapa orang pekerjanya untuk merantau ke seluruh negara untuk mencari buku-buku bernilai untuk dibeli. Pernah diceritakan Sultan al-Hakam II pernah membeli sebuah buku yang tidak terdapat dalam koleksi peribadinya dengan harga 1,000 dinar.

Semasa penaklukan semula Sepanyol oleh tentera kristian dalam operasi Reconquesta (1212-1492), banyak buku-buku yang dibakar dan sebahagiannya dibawa pulang ke Eropah. 

Sebab itu hingga sekarang, masih banyak manuskrip cendikiawan Islam masih tersimpan di museum dan perpustakaan di negara-negara Eropah. 

Dalam sejarah Islam, terdapat dua kali pemusnahan buku apabila berlaku penaklukan musuh terhadap negara Islam: Penaklukan Al-Andalus (operasi Reconquesta) -buku dibakar Penaklukan Baghdad (penaklukan Monggol) – buku dicampakkan ke dalam sungai

Penakluk-penakluk ini merosakkan buku-buku ini apabila mereka berjaya menawan negara Islam kerana mereka merasakan dengan cara itu samalah dengan mereka memusnahkan hati umat Islam. 

Ini kerana umat Islam pada waktu itu sangat dikaitkan dengan buku. Buku adalah simbul kemajuan umat Islam.

Untuk menjatuhkan maruah seseorang, musnahkan apa yang dicintainya.
Kita sudah tidak mendengar berita penakluk kafir memusnahkan buku-buku di negara Islam sekarang kerana sekarang umat Islam sudah tidak dikaitkan dengan buku dan dunia sekarang sudah mula sedar akan kepentingan buku. 

Mungkin jika ingin menyakitkan hati umat Islam sekarang, bakar sahaja TV-TV yang ada di rumah mereka.

Selasa, 24 September 2013

10 Ramuan Ubat Pencuci Dosa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk 
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. 
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha 
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. 
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa 
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu). 
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta) 
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur 
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). 
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat"

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :250)

Selasa, 17 September 2013

Some take away points

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


1. Dalam perniagaan tidak boleh menipu. Kita perlu fikir keuntungan jangkamasa panjang, dan bukan jangka masa pendek. Untuk bersaing dengan pesaing, kita perlu berbeza dengan pesaing kita. Bukan menipu untuk bersaing!
2. Zaman-zaman belia muda mudi ni la minda kita paling kreatif! Oleh itu rebut peluang sementara minda kita masih dalam keadaan optimum dan dinamik.
3. 98% peratus belia-belia kita tidak mempunyai matlamat. Matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Langkah kedua? dapatkan ILMU yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut!
4. Kita perlu mempunyai “perspektif masa” yang lama. Bererti, lebih lama kita dapat gambarkan masa depan kita jauh kehadapan, lebih hebat dan mudah untuk kita mencapai kejayaan!
Bottom line…
Ilmu tu penting. Wahyu pertama juga menekankan kepentingan ILMU dan dalam Al-Quran ILMU disebut sehingga 750 dalam berbagai-bagai cara…

Isnin, 16 September 2013

jujur dengan diri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.

Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.
Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan. Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk. Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.
Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan? Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.

Sabtu, 14 September 2013

Konsep “abundant”

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Konsep “abundant” seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.
Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.

Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. 
Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis…
Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.
Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.
Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita ;)

Selasa, 10 September 2013

Innovative = Ubah 10% sahaja

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Innovative bermaksud mengubahsuai sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.
Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif, kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dahulu, keperluan kreatif ketika persaingan adalah kurang.

Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.
Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:
  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)
Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.
Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

Ahad, 8 September 2013

SIKAP atau attitude

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.
Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). 
Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.
Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.
Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails