Ahad, 25 Ogos 2013

mencari ilmu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Cara-cara mencari ilmu :
1. Melalui buku-buku. Jangan lupa, tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.
2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!
3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. 
Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

sekarang masa paling gembira

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jadikan sekarang masa paling gembira.
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” 
Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. 
Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. 
Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. 
Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan.

Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini.Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Jadi Bintang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Bila menyelidik latar belakang celebrity yang terkenal, amat menakjubkan apabila mendapati…
  • Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
  • Jim Carrey pernah menjadi janitor
  • Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
  • Robbin Williams pernah menjual ais krim
  • Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah (garbage man)
  • Mariah Carrey pernah bekerja sebagai peneliti topi (cek topi rosak atau tidak sebelum dijual)
  • Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/megurus surat
  • Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai
Mudah-mudahan remaja zaman kini melihat idola-idola stars bukan sekadar mereka handsome atau cantik atau pandai berlakon, tetapi, mereka telah berusaha daripada bawah sehingga menjadi bintang yang kita kenali pada hari ini.

Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi bintang! :)

Sabtu, 17 Ogos 2013

menuntut apa sahaja ilmu manfaat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Zaman pemerintahan Umayyah, Abbasiyyah dan ketamadunan Andalus menyaksikan ramai cendikiawan yang dihasilkan pada usia belasan tahun. 

  1. Ibnu Sina (981-1037M) telah menguasai ilmu matematik, kimia, agama, falsafah dan menjadi pakar perubatan pada usia muda. 
  2. Imam Ahmad bin Hambal (780-855M) dan Imam Syafie (767-820M) di zaman pemerintahan Umayyah telah menjadi ulama dan dapat mengeluarkan fatwa pada usia belasan tahun.
Selalulah nasihatkan mereka agar jangan membuang masa dengan permainan budak-budak dan lebihkan masa untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. 

Jangan silap faham apabila saya katakan ‘menuntut ilmu’. Kebanyakkan daripada kita bila disebut menuntut ilmu, kita mesti terbayang pelajaran yang diajar di sekolah. Ini adalah pemikiran yang tidak betul. 

Yang saya maksudkan dengan menuntut ilmu ialah menuntut apa sahaja ilmu yang akan memberikan manfaat kepadanya pada masa akan datang. Saya tidak mahu menyenaraikannya bimbang saudara akan menghadkan ilmu kepada apa yang saya senaraikan sahaja tapi sesetengah orang perlukan contoh untuk lebih faham

Belajarlah:

  1. ilmu agama (aqidah, feqah, tauhid, muamalat, syariah,usul fiqh, tajwid, ulum quran, ulum hadith, mantiq, harakah, sirah dan lain-lain) 
  2. ilmu perniagaan (jualan, pemasaran, jualan langsung,perniagaan internet, perakaunan, khidmat pelanggan dan lain lain), dan lain-lain)
  3. ilmuperubatan(pertolongancemas,ilmupenyakit,punca dan rawatan, reflexologi, sport massage, ilmu merawat penyakit batin, ilmu pemakanan seimbang, ilmu kesukanan, anatomi manusia) 
  4. dan lain-lain ilmu yang difikirkan perlu.

Jika dari awal lagi kita telah mendidik anak-anak kita supaya menjadi seorang pencinta ilmu (bukan ilmu akademik), dia akan menjadi seorang pemuda atau pemudi yang matang dan lebih bermanfaat. 

Semakin ramai orang orang muda yang matang dan bermanfaat, semakin majulah golongan itu. 

Teringat kata-kata Imam Al-Ghazali “jika kamu ingin melihat masyarakat akan datang, lihatlah kepada pemuda hari ini”

"Forgive Me"

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..


Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..


I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to...

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails