Rabu, 15 Mei 2013

30 orang pertama dalam Islam...1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.  
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.  
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS. 
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. 
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS. 
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : 
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW. 
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA. 
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA. 
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA. 

zikrul maut

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ada beberapa cara yg Rasullullah s.a.w. ajarkan untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini:
  1. Perintah memperbanyak mengingati mati :
    "Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)."
    ( Riwayat At-Turmudzi )
  2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
    "Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." (Riwayat Ibnu Abiddunya )
  3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
    "Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." (Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )
  4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
    "Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Ahad, 12 Mei 2013

Survival to the strongest

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


satu quote berbunyi…
Survival is not necessarily to the strongest and intelegent, but to the species that can adapt and adjust to changing circumstances
Lebih kurang, maksudnya, untuk sesuatu spesis tu terus hidup, tak semestinya ia paling kuat, hebat dan pandai… tetapi, pada kebolehannya berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang bertukar.
Sebenarnya, istilah ini juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan dan motivasi. 
cam.jpg
Chameleon adalah haiwan yang boleh mengubahkan warna kulitnya mengikut keadaan;)
Tak semestinya sesuatu perniagaan tu hebat, besar, dan kuat akan berjaya dalam apa jua keadaan. Kalau ekonomi jatuh, perniagaan sebegini pun boleh jatuh juga. 
Tetapi, perniagaan yang lebih fleksibel, dan boleh bertukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi, adalah perniagaan yang akan survive!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails