Sabtu, 27 April 2013

5 tips sihat depan laptop

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Berikut 5 tips sihat ketika berada di depan laptop/ komputer :
  1. Untuk menghindari dari kram pada tangan, lehar dan kaki anda, sesekali pusingkan leher ikut arah @ lawan arah jam dan renggangkan jemari kaki dan tangan jika agak lama di depan laptop/ komputer.
  2. Luangkan masa pagi/ petang untuk berjalan/ berolahraga untuk kembali meregangkan otot-otot dan sendi tubuh anda.
  3. Duduk dengan posisi yang betul iaitu jaga jarak  mata anda dengan laptop, bahu tetap relaxs dan posisi punggung yang tegak dan jangan membongkok serta rehatkan jari tangan anda.
  4. Terlalu lama di depan komputer/ laptop menyebabkan pertambahan berat badan secara drastik. Jadi usahakan berolahraga dan menjaga pola makanan serta mengamalkan makan makanan yang sihat untuk melancarkan metabolisme tubuh anda.
  5. Kedipkan mata anda  di depan komputer/ laptop secara kerap. Ini berguna agar mata anda tidak penat & menghindari penyakit mata.

Khamis, 25 April 2013

10 klik = iklan 1000 kali

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Internet dulu dan Internet kini sudah jauh berbeza. Perniagaan Internet kini sudah semakin banyak. Oleh sebab itu juga, iklan di Internet bertambah banyak.
Sekitar tahun 1994, ratio orang klik pada iklan adalah 10%. Ertinya, bagi setiap 100 kali orang terlihat iklan kita, 10 kali iklan akan di-klik. 

Zaman kini, dengan persaingan yang tinggi, ratio menjadi semakin rendah sehingga 0.01%. bererti, untuk mendapat 10 orang klik iklan kita, kita perlu memaparkan iklan tu sehingga 1000 kali!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails