Sabtu, 26 Januari 2013

Orang Yang Sesal DiDunia?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Dari Kitab Alamat Kiamat muka surat 87-88 juzuk 1:


Berkata Ibrahim bin Utbah
Orang yang di dunia segera binasa ialah orang yang membuat makruf(baik) kepada orang yang tidak syukur (tidak menghargainya), seperti murid yang tidak syukur ia kepada gurunya yang mengajarnya ilmu pengetahuan dalam beberapa masa. 
Maka apabila murid itu mendapat ilmu maka tiada ia ingat dan kenal akan gurunya. Maka inilah alamat kiamat yang pertengahan yang berlaku kepada murid yang hanya kenal gurunya pada waktu mengaji sahaja. 
Maka apabila murid itu berhenti mengaji, ia tidak kenal akan gurunya. Inilah Alim Ulamak zaman sekarang ini yang tidak berkat ilmunya kerana hati berasa marah pada muridnya.

Gurunya tidak dapat mengajarkan ilmunya kerana murid2 tidak suka mengaji kepadanya oleh sebab ketiadaan berkat kerana terasa hati kepadanya oleh gurunya .

Seperti berkata guru hamba yang masyhur masyhur " Adapun yang menyesal pada waktu matinya ialah Alim ulamak yang Taqshir pada dirinya sebab tiada beramal dengan ilmu pengetahuannya dan segan mengajar akan Kaumnya dengan ilmu maka menyesalnya pada waktu matinya 


Apabila ia melihat akan kelebihan beramal dengan ilmu pengetahuan dan akan tinggi pangkatnya diakhirat kelak dan nampak lah kehinaanya sebab tidak beramal dengan ilmu pengetahuan yang menyampaikan kepada pangkat ketinggian bagi Alim Ulamak disisi Allah taala.
Maka menyesal lah ia yang berkepanjangan sesalnya. Sebagaimana orangyang berpangkat tinggi pada raja dunia , apabila ia jatuh pangkatnya dengan sebab tiada betul khidmatnya , maka menyesal dan malulah ia berkepanjangan.

Selasa, 22 Januari 2013

Ringkasan Sejarah Nabi Nuh AS

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Biografi Nabi Nuh a.s.
  • Nuh bin Lamik bin Mutuisyalkh dari keturunan Idris, lalu keturunan Nabi Syits bin Adam
  • Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM
  • Diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM

Tempat tinggal
  • Beliau tinggal di wilayah yang kini disebut sebagai Iraq. 
  • Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahwa beliau wafat di Mekkah
  • memiliki 4 anak laki-laki
  • Nama Nuh disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Qu’ran.

Nabi Nuh as mendapat Gelaran ulul ’azmi kerana 
  • Kesabarannya yang tinggi. Nuh as adalah rasul pertama yang diutus Allah untuk meluruskan akidah dan akhlak umat yang telah menyimpang jauh dari ajaran yang benar. 
  • Kesabarannya dalam berdakwah dan mendapat hinaan dari kaumnya. Nabi Nuh tanpa menyerah terus menerus mendakwahi keluarga, kerabat dan masyarakat umum, untuk kembali ke jalan yang lurus
  • Usianya hampir 1000 tahun dan jumlah umat yang mengikutinya tidak lebih dari 200 orang. 
  • Bahkan istri dan anaknya yang bernama Kan’an tidak mempercayai ajaran yang dibawanya dan menjadi musuhnya
  • Atas kehendak Allah, umat nabi Nuh as yang membangkang ditenggelamkan dengan tsunami yang dahsyat dan semuanya mati, kecuali nabi Nuh as dan pengikutnya yang beriman.

Selasa, 1 Januari 2013

Beri sesuatu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Beri sesuatu yang tidak disangka kepada pelanggan anda
Surprise-kan mereka! Ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada pelanggan anda dan pastinya anda akan diletakkan jauh lebih tinggi daripada pesaing-pesaing anda dengan satu aksi mudah ini.
Bayangkan kita membeli sesuatu, tiba-tiba penjual tu memberi sesuatu extra tanpa di beritahu sebelum belian (free gift yang tidak diumumkan). Pastinya kita akan terkejut, dan pada waktu yang sama rasa diri kita dihargai oleh peniaga tersebut!
Pepatah mat salleh berbunyi:
People will forget what you do. People will forget what you say. But people will not forget how you make them feel!
Beri sesuatu ‘surprise’ dan pastinya anda akan membuat pelanggan anda merasa gembira dan mereka tidak akan lupakan anda!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails