Rabu, 16 Oktober 2013

Sebelum masuk tidur

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sebelum kita masuk tidur, katalah pukul 11 malam..... 

  • pastikan dapur sudah berkemas, pinggan sudah dibasuh agar mudah menyediakan sarapan keesokkan pagi.
  • Jika lebih rajin, boleh sediakan bancuhan tepung untuk cucur bawang, roti canai dll dan simpan di dalam peti sejuk. 
  • Ia sedia dimasak awal pagi besok untuk kita dan ahli keluarga yang kelaparan di waktu pagi.
  • Minta juga pertolongan ahli keluarga lain untuk menyelesaikan hal kain baju dan ruang tamu. 
  • Susun semua buku, majalah dan suratkhabar setelah selesai dibaca. 
  • Simpan kain baju yang sudah berlipat di tempat sepatutnya.

Terdapat teknik 15 minit sebelum tidur
  1. minta ahli keluarga kita bergegas mengemaskan segala ruang yang bersepah dalam masa tersebut. 
  2. Selesai tugas tersebut barulah masing2 bergerak ke ruang tidur. 
  3. Diharapkan keesokan harinya, semua orang boleh bangun tidur dengan tenang kerana rumah sudah kemas dan tidak bimbang lagi dengan hal2 mengemas yang remeh...

Rabu, 9 Oktober 2013

Rutin di pagi hari

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Kita perlu rancang apa yang hendak dimakan sebagai sarapan dan siap2 menyediakan bawang dan apa2 lagi ramuan yang diperlukan. 
contoh 1 : Mee GorengKalau esok akan menggoreng mee, ramuan2 tersebut perlu siap ditumbuk dan mi siap direndam di waktu malam, tinggal lagi kita menumis dan menggoreng di waktu pagi 
contoh 1 : CekodokBegitu juga kalau menu sarapan adalah cekodok, kita perlu membancuh tepung dan pisang atau bawang dan disimpan di dalam peti ais, tinggal lagi kita menggoreng di waktu pagi.
KEESOKAN PAGINYA

Disarankan kita bangun dan mencuci diri sebelum subuh.  Selesai sembahyang subuh, barulah bermula rutin harian kita.

  1. kita "on"kan mesin basuh dan 
  2. kemudian ke dapur menyediakan minuman dan sarapan
  3. Setelah suami dan anak2 ke sekolah, bolehlah menyidai pakaian pula dan menyapu laman atau menyiram pokok.

Anak Kecil

Jika anak kecil sudah terbangun, bolehlah kita 


  1. memandikan anak dan 
  2. menyuap mereka makan.  
  3. Setelah mereka selesa, berikan mereka aktiviti menulis, mewarna atau menonton rancangan didikan.  
  4. Kita pula perlu berkemas seperti menyapu, mengelap debu dan membasuh pinggan mangkuk.  
  5. Sekiranya mempunyai anak kecil, Sebaik2nya kita tangguhkan mengemop ke hari minggu atau sehingga ada orang lain yang boleh mengawasi si kecil.  
  6. Ada orang bergegas menyapu dan mengemop sebelum anak kecil bangun pagi.  Itu terpulang kepada perancangan dan kecekapan masing2.  
  7. Berkemas lah mengikut kemampuan diri, bimbang jika berkemas dalam keadaan tergesa2 dan terkocoh2, kita diancam bahaya seperti tergelincir lantai licin atau sebagainya.  
  8. Elok mengemas dalam keadaan tenang supaya hasil kemasan juga rapi.


Jangan lupa, lebih kurang jam 9pagi, sewajarnya kita keluarkan ikan/ayam/daging dari freezer untuk dimasak lauk tengahari. 


Jadi sementara mengemas, ikan atau daging sempat nyahbeku dan sedia dimasak sekitar jam 11 pagi.  Kalau perlu marinade, boleh juga marinate ikan atau ayam atau daging tersebut. 

Lebih kurang jam 11 pagi, anda boleh mula ke dapur, memasak nasi dan lauk pauk. 


Anda sewajarnya tamat sesi memasak sekitar jam 1 petang.

Rabu, 2 Oktober 2013

Masak express

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Pengurusan masa sangat penting dan "Mata kena selalu tengok jam!"
Ini bermaksud betapa pentingnya masa dan penekanan ini sering diberikan dalam setiap tugasan kami di rumah. Termasuklah tugasan memasak di dapur.

Think ahead and plan ahead. 


Dari segi memasak, perlu fikir dari awal menu yang akan dihidangkan. Seterusnya, boleh mula mengeluarkan ikan atau ayam untuk defrost seawal jam 9 atau 10 pagi. 

Nasi juga perlu dimasak dahulu sebelum kerja2 memasak bermula agar bila lauk siap, nasi juga sudah dimasak.
Mulakan tugasan memasak jam 11 pagi. 1 jam diperuntukkan untuk aktiviti memasak secara ekspres dan 1 jam lagi untuk mengemas dapur sehingga berkilat. 
Lauk harian yang dipilih berkisar 1 lauk daging (ikan, ayam etc) berupa sambal atau kuah, dan 1 lauk sayuran, biasanya goreng atau masak air.

Proses perlu dimulakan dengan:

  1. menyiang ikan lalu 
  2. di perap sekejap sekurang2nya dengan garam dan kunyit. 
  3. Sementara menunggu ikan diperap, kupas bawang2, ikan bilis, halia dan lain2 rencah seterusnya dihiris atau ditumbuk
  4. Rencah2 ini disediakan untuk lauk daging dan juga lauk sayuran sekaligus dan dipecahkan kepada dua mangkuk berlainan
  5. Sayur2 juga boleh dipotong dan dibasuh
  6. Gunakan beberapa besen dan mangkuk sahaja untuk proses ini. Jika bekas agak besar, boleh diletakkan bahan2 masakan dalam kumpulan berasingan
  7. Digalakkan meminimakan penggunaan bekas agar dapur tidak bersepah lalu melambatkan proses mengemas.
Untuk aktiviti di atas meja, bentang suratkhabar seluas2nya. Apabila selesai memotong dan menyiang, tinggal dibungkus sahaja dan terus dibuang. Alas meja tidak akan comot dan proses mengelap meja akan lebih mudah.

Selesai mengupas dan memotong, barulah kami bergerak ke dapur gas untuk memulakan tugas2 menumis. 


Gunakan 1 kuali sahaja untuk menjimatkan masa mengemas dan mencuci kelak. Jadi, 
  1. pertama sekali goreng sayur kerana gorengan sayur tidak begitu comot di kuali. 
  2. Sesudah masak, alihkan sayur ke dalam mangkuk. 
  3. Kuali tadi boleh dibilas sedikit dan kemudian dimasukkan minyak untuk menggoreng ikan pula. 
  4. Memandangkan ikan goreng mengambil masa yang agak lama, kami digalakkan untuk membuat kerja2 mengemas sambil menunggu ikan masak. 
  5. Tidak digalakkan duduk2 berehat semasa memasak. 
  6. Sepatutnya sambar kesempatan dan mengamalkan konsep multitasking semasa memasak agar masakan cepat siap dan dapur segera kemas. 
  7. cepat siap, cepat rehat. Jangan rehat cepat, lambat siap.
Jadi, sementara ikan sedang berperang di dalam kuali, lap meja yang sudah selesai dipakai tadi dan juga membasuh pinggan mangkuk yang sudah selesai diguna. 

Sekali sekala berhenti untuk membalikkan ikan. Siapkan aktiviti membasuh pinggan dan mengelap sebelum kesemua ikan selesai digoreng.

Apabila ikan selesai digoreng, mulakan tugasan memasak kuah ikan. 


Jadi, minyak ikan tadi dikeluarkan sebahagiannya dan bakinya gunakan untuk menumis bawang. Ini sesuai untuk masakan sambal atau kicap yang biasanya menjadi menu lazim di rumah.

Setelah segala tugasan memasak selesai. 

  1. Basuh kuali dan saki baki perkakas memasak. 
  2. Kemudian lap dapur gas dan di keliling tempat memasak yang terdapat banyak kesan percikan minyak. 
  3. Jangan lupa angkat dapur gas untuk mengelap di bahagian bawahnya. 
  4. Boleh juga diambil kaki tungku dan dibasuh dengan sabun untuk menghilangkan minyak yang terlekat.
  5. Seterusnya, lap semua kabinet (termasuk pintu2 kabinet) dan kaunter dapur dan pastikan segala kekotoran dilap. 
  6. Jangan lupa lap juga bahagian luaran peralatan dapur seperti blender, microwave dan bekas2 simpanan gula dan termasuk juga bahagian luar peti ais. 
  7. Sesudah itu, dapur perlu disapu dan tamatlah tugasan memasak di dapur. 
  8. Oh ya! Sekurang2nya seminggu sekali jangan lupa mop lantai dapur. Lebih elok jika dibuat tiap2 hari, jika masa mengizinkan. 

Selesai segalanya, jam pada waktu itu selalunya menunjukkan sekitar jam 1. Eat time

Rabu, 25 September 2013

Sultan Al-Hakam II

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sultan Al-Hakam II hidup semasa zaman keagungan kerajaan Islam Andalus di Sepanyol. 

Ayahnya ialah Sultan Abdul Rahman III merupakan zaman pemerintahan paling gemilang di Andalus. Dari kecil lagi sultan Abdul Rahman III sudah mendidik Al-Hakam II supaya mencintai ilmu dan ditugasknan seorang ulama besar Andalus untuk mendidik AlHakam II. 


Sultan Al-Hakam II adalah seorang yang sangat berilmu dan sangat kuat membaca. Di zamannya dibina gedung-gedung perpustakaan di seluruh tanah jajahan Andalus. Ramai juga ahli cerdik pandai arab yang mula berpindah dari tanah arab ke Sepanyol semasa zaman pemerintahannya. 

Istana sultan al-Hakam II dipenuhi dengan bukubuku. Dikatakan terdapat lebih kurang 40,000 buah buku yang terdapat di dinding-dinding istana dan hampir kesemuanya telah dibaca oleh sultan alHakam II. Sebahagiannya dimusnahkan dalam pemberontakan Barbar. 

Sultan al-Hakam II juga ada tukang salin yang kerjanya menyalin buku-buku yang tidak terdapat dalam koleksi perpustakaannya. Maklumlah, mesin fotostat belum dicipta pada zaman itu. 

Dia juga ada menghantar beberapa orang pekerjanya untuk merantau ke seluruh negara untuk mencari buku-buku bernilai untuk dibeli. Pernah diceritakan Sultan al-Hakam II pernah membeli sebuah buku yang tidak terdapat dalam koleksi peribadinya dengan harga 1,000 dinar.

Semasa penaklukan semula Sepanyol oleh tentera kristian dalam operasi Reconquesta (1212-1492), banyak buku-buku yang dibakar dan sebahagiannya dibawa pulang ke Eropah. 

Sebab itu hingga sekarang, masih banyak manuskrip cendikiawan Islam masih tersimpan di museum dan perpustakaan di negara-negara Eropah. 

Dalam sejarah Islam, terdapat dua kali pemusnahan buku apabila berlaku penaklukan musuh terhadap negara Islam: Penaklukan Al-Andalus (operasi Reconquesta) -buku dibakar Penaklukan Baghdad (penaklukan Monggol) – buku dicampakkan ke dalam sungai

Penakluk-penakluk ini merosakkan buku-buku ini apabila mereka berjaya menawan negara Islam kerana mereka merasakan dengan cara itu samalah dengan mereka memusnahkan hati umat Islam. 

Ini kerana umat Islam pada waktu itu sangat dikaitkan dengan buku. Buku adalah simbul kemajuan umat Islam.

Untuk menjatuhkan maruah seseorang, musnahkan apa yang dicintainya.
Kita sudah tidak mendengar berita penakluk kafir memusnahkan buku-buku di negara Islam sekarang kerana sekarang umat Islam sudah tidak dikaitkan dengan buku dan dunia sekarang sudah mula sedar akan kepentingan buku. 

Mungkin jika ingin menyakitkan hati umat Islam sekarang, bakar sahaja TV-TV yang ada di rumah mereka.

Selasa, 24 September 2013

10 Ramuan Ubat Pencuci Dosa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
1. Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk 
2. Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. 
3. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha 
4. Giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. 
5. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa 
6. Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu). 
7. Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta) 
8. Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur 
9. Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). 
10. Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat"

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran :250)

Selasa, 17 September 2013

Some take away points

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


1. Dalam perniagaan tidak boleh menipu. Kita perlu fikir keuntungan jangkamasa panjang, dan bukan jangka masa pendek. Untuk bersaing dengan pesaing, kita perlu berbeza dengan pesaing kita. Bukan menipu untuk bersaing!
2. Zaman-zaman belia muda mudi ni la minda kita paling kreatif! Oleh itu rebut peluang sementara minda kita masih dalam keadaan optimum dan dinamik.
3. 98% peratus belia-belia kita tidak mempunyai matlamat. Matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Langkah kedua? dapatkan ILMU yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut!
4. Kita perlu mempunyai “perspektif masa” yang lama. Bererti, lebih lama kita dapat gambarkan masa depan kita jauh kehadapan, lebih hebat dan mudah untuk kita mencapai kejayaan!
Bottom line…
Ilmu tu penting. Wahyu pertama juga menekankan kepentingan ILMU dan dalam Al-Quran ILMU disebut sehingga 750 dalam berbagai-bagai cara…

Isnin, 16 September 2013

jujur dengan diri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.

Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.
Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan. Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk. Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.
Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan? Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.

Sabtu, 14 September 2013

Konsep “abundant”

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Konsep “abundant” seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.
Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.

Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. 
Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis…
Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.
Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.
Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita ;)

Selasa, 10 September 2013

Innovative = Ubah 10% sahaja

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Innovative bermaksud mengubahsuai sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.
Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif, kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dahulu, keperluan kreatif ketika persaingan adalah kurang.

Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.
Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:
  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)
Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.
Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

Ahad, 8 September 2013

SIKAP atau attitude

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.
Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). 
Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.
Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.
Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

Ahad, 25 Ogos 2013

mencari ilmu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Cara-cara mencari ilmu :
1. Melalui buku-buku. Jangan lupa, tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.
2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!
3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. 
Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

sekarang masa paling gembira

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jadikan sekarang masa paling gembira.
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” 
Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. 
Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. 
Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. 
Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan.

Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini.Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Jadi Bintang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Bila menyelidik latar belakang celebrity yang terkenal, amat menakjubkan apabila mendapati…
  • Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
  • Jim Carrey pernah menjadi janitor
  • Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
  • Robbin Williams pernah menjual ais krim
  • Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah (garbage man)
  • Mariah Carrey pernah bekerja sebagai peneliti topi (cek topi rosak atau tidak sebelum dijual)
  • Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/megurus surat
  • Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai
Mudah-mudahan remaja zaman kini melihat idola-idola stars bukan sekadar mereka handsome atau cantik atau pandai berlakon, tetapi, mereka telah berusaha daripada bawah sehingga menjadi bintang yang kita kenali pada hari ini.

Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi bintang! :)

Sabtu, 17 Ogos 2013

menuntut apa sahaja ilmu manfaat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Zaman pemerintahan Umayyah, Abbasiyyah dan ketamadunan Andalus menyaksikan ramai cendikiawan yang dihasilkan pada usia belasan tahun. 

  1. Ibnu Sina (981-1037M) telah menguasai ilmu matematik, kimia, agama, falsafah dan menjadi pakar perubatan pada usia muda. 
  2. Imam Ahmad bin Hambal (780-855M) dan Imam Syafie (767-820M) di zaman pemerintahan Umayyah telah menjadi ulama dan dapat mengeluarkan fatwa pada usia belasan tahun.
Selalulah nasihatkan mereka agar jangan membuang masa dengan permainan budak-budak dan lebihkan masa untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. 

Jangan silap faham apabila saya katakan ‘menuntut ilmu’. Kebanyakkan daripada kita bila disebut menuntut ilmu, kita mesti terbayang pelajaran yang diajar di sekolah. Ini adalah pemikiran yang tidak betul. 

Yang saya maksudkan dengan menuntut ilmu ialah menuntut apa sahaja ilmu yang akan memberikan manfaat kepadanya pada masa akan datang. Saya tidak mahu menyenaraikannya bimbang saudara akan menghadkan ilmu kepada apa yang saya senaraikan sahaja tapi sesetengah orang perlukan contoh untuk lebih faham

Belajarlah:

  1. ilmu agama (aqidah, feqah, tauhid, muamalat, syariah,usul fiqh, tajwid, ulum quran, ulum hadith, mantiq, harakah, sirah dan lain-lain) 
  2. ilmu perniagaan (jualan, pemasaran, jualan langsung,perniagaan internet, perakaunan, khidmat pelanggan dan lain lain), dan lain-lain)
  3. ilmuperubatan(pertolongancemas,ilmupenyakit,punca dan rawatan, reflexologi, sport massage, ilmu merawat penyakit batin, ilmu pemakanan seimbang, ilmu kesukanan, anatomi manusia) 
  4. dan lain-lain ilmu yang difikirkan perlu.

Jika dari awal lagi kita telah mendidik anak-anak kita supaya menjadi seorang pencinta ilmu (bukan ilmu akademik), dia akan menjadi seorang pemuda atau pemudi yang matang dan lebih bermanfaat. 

Semakin ramai orang orang muda yang matang dan bermanfaat, semakin majulah golongan itu. 

Teringat kata-kata Imam Al-Ghazali “jika kamu ingin melihat masyarakat akan datang, lihatlah kepada pemuda hari ini”

"Forgive Me"

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

I’m about to lose the battle and cross the line
I’m about to make another mistake
And even though I try to stay away
Everything around me keeps dragging me in
I can’t help thinking to myself
What if my time would end today, today, today?
Can I guarantee that I will get another chance
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..


Am I out of my mind?
What did I do? Oh, I feel so bad!
And every time I try to start all over again
My shame comes back to haunt me
I’m trying hard to walk away
But temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life
Before it’s too late, too late, too late

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..


I know O Allah You’re the Most-Forgiving
And that You’ve promised to
Always be there when I call upon You
So now I’m standing here
Ashamed of all the mistakes I’ve committed
Please don’t turn me away
And hear my prayer when I ask You to...

Forgive me… My heart is so full of regret
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent..

Rabu, 17 Julai 2013

be flexible

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Tahun lepas banyak perniagaan yang mengalami kegagalan. Namun, banyak juga yang mencapai kejayaan dalam keadaan ekonomi meleset. Apa yang dilakukan oleh perniagaan yang terus berjaya adalah kebolehan mereka adaptasi pada keadaan sekeliling.

Dalam perniagaan, be flexible. Berubah dan sesuaikan perniagaan dengan keadaan. Jangan constant (sama sahaja) apabila dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Berubah untuk kebaikan ;)
Perniagaan kecil-kecilan mempunyai satu advantage yang hebat, iaitu mudah untuk berubah dan mudah untuk lebih fleksible berbanding perniagaan besar-besaran. 

Isnin, 15 Julai 2013

sindrom “tak mahu kaya”

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Percaya atau tidak sekiranya saya kata, kebanyakan kita yang tidak kaya adalah berpunca dari sebab sindrom “tak mahu  kaya”, Ok, apa maksud saya?
Maksud saya adalah, jauh di sudut minda, kita mempunyai apa yang dikatakan sebagai “penghalang kekayaan” dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. Kita tidak sedar, tetapi, ianya tetap ada.

Saya teringat ketika saya kecil satu masa dulu, makcik di kampung sering sebut,“Duit banyak pun tak boleh di bawa ke kubur”.
Ketika membesar, sering menoton TV cerita-cerita superhero seperti Superman dan Spiderman, di mana watak jahat pastinya orang yang kaya raya, tamak, sombong dan bongkak. 
Di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah pula, kawan-kawan (dan saya juga- pengakuan!) sering mengejek “˜anak orang-orang kaya”.  “Eleh, tengok anak orang kaya tu! macam bagus!”
Tak membantu juga, apabila dewasa membaca akhbar, sering kisah jenayah kolar putih terpapar meibatkan wang berjuta dicuri akibat ketamakan wang.
Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. 
Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.
Keadaan ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan. 
Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik “˜wang” sebagai seuatu yang pantang disebut!

30 orang pertama dalam Islam...3

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : 

Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

Sabtu, 13 Julai 2013

5 makanan berserat tinggi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Makanan berserat memiliki fungsi yang sangat penting dalam tubuh kita. Beberapa fungsi makanan berserat tersebut yaitu untuk 
  • menjaga sistem pencernaan agar tetap sehat, 
  • dapat membantu menurunkan berat badan, 
  • dapat menjaga tubuh anda tetap ideal, 
  • dapat mencegah penyakit jantung, diabetes serta kanker usus juga. 
Tubuh kita memerlukan 25-40 gram serat perhari. Jenis makanan yang berserat tersebut di dominasi oleh buah dan sayuran yang kita makan. 

5 makanan berserat tinggi untuk tubuh anda :
  1. Alpukat. Buah alpukat mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi bagi tubuh. Dalam setiap setengah potong buah alpukat mengandung 6 gram serat. Oleh itulah, buah alpukat sangat dianjurkan bagi mencukupkan serat yang diperlukan oleh tubuh anda.
  2. Kekacang. Walnut dan almond merupakan jenis kacang yang memiliki kandungan serat yang cukup tinggi untuk tubuh anda.
  3. Gandum. Perbagai makanan gandum seperti tepung gandum serta roti gandum memiliki kandungan serat yang cukup tinggi pula untuk tubuh.
  4. Aneka buah-buahan yang biasa kita makan seperti buah pisang, jeruk, apel dan lainnya  merupakan jenis buah-buahan yang memiliki kandungan serat yang cukup tinggi.
  5. Aneka sayur-sayuran. Bunga kol, bayam, kentang,  serta labu merupakan aneka jenis sayuran-sayuran yang memiliki kandungan serat yang cukup tinggi.

"I Love You So"

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you

O Allah, You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so (I love You so)

[Chorus:]
Now I know how it’s like
To have a precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong


O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds

You are the one who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so (I love You so)


[Chorus]

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You [x2]
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for You


[Chorus]

Sabtu, 6 Julai 2013

tip bagi anda yang dah lama tak update blog

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Berikut beberapa tip bagi anda yang dah lama tak update blog
  1. Tentukan hari menulis blog. Seperti saya sendiri, memilih Isnin, Rabu & Jumaat sebagai “Hari mesti menulis”. Walaupun sesuatu idea saya dapat hari Selasa, saya tetap tulis hari Rabu. Kalau ada sesuatu nak dikongsikan hari Khamis, saya tulis juga hari Jumaat. Dengan cara ini, kita dapat disiplinkan diri untuk menulis secara konsisten.
  2. Buka fikiran dengan perasaan “ingin berkongsi”. Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?” Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.
  3. Bawa buku 555 ke mana sahaja. Ok… ok… saya tak lah bawak buku 555 yang kutip hutang tu. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam ipod atau handphone saya. Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entry. Tunggu hari-hari yang ditetapkan (Point 1), baru tulis seluruh entry di blog.
  4. Of course, ni sebenarnya tak perlu saya sebut. Bina blog yang membawa topik kegemaran anda. Tip Satu Minit ini lebih kepada tip-tip perniagaan & motivasi… yang menjadi minat saya dari dulu lagi. Update blog ini menjadi hobby yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan.So, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog! Saya dah menulis di Tip Satu Minit ni sejak tahun 2006. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.
Mudah-mudahan dengan tip-tip di atas, kurang sikit kita bersama mengalami blues tak update blog :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails