Selasa, 18 September 2012

Mendirikan Sistem Kepimpinan yang Soleh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Matlamat Utama Islam Ialah Mendirikan Sistem Kepimpinan yang Soleh

Perkara pertama yang dituntut oleh Islam ke atas manusia ialah meletakkan sepenuh ubudiah kepada Allah.

Perkara seterusnya ialah akur dan tunduk kepada
peraturan yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya.

Kemudian Islam mewajibkan umatnya supaya menghapuskan kefasadan di atas mukabumi sehingga
ke akar umbinya.

Semua ini hanya akan tercapai melalui kepimpinan yang baik.

Kewajipan seseorang yang beriman itu tidak hanya terbatas sekadar berusaha semampunya untuk hidup secara Islam, bahkan menuntutnya untuk mencurahkan
segenap usaha dan tenaganya untuk merampas tampuk kepimpinan daripada golongan kafir lagi zalim.

Kalaulah usaha ini tidak mampu dicapai kecuali secara berjamaah, maka wujudnya jamaah yang berjuang ke arah itu adalah satu kewajipan.

Demi Allah, kalaulah di atas muka bumi ini hanya ada seorang sahaja yang beriman, maka tidak harus baginya untuk tunduk dengan kebatilan walau dengan apa sahaja cara sekalipun.

Tiada pilihan melainkan menyeru semua manusia
kepada manhaj yang diredhaiNya.

Jika ada yang menyahut seruannya itu, dia hendaklah menyusun mereka sehingga menjadi satu ketumbukan yang bukan sahaja mantap malah sanggup mencurahkan segenap tenaga secara kolektif untuk mencapai matlamat reformasi kepimpinan.

Jika tiada yang menyahut seruannya, tiada pilihan melainkan terus istiqamah di jalan Allah dan terus menyeru manusia sehingga maut datang mengundang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails