Jumaat, 4 Mei 2012

Beratnya tanggungjawab kita

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Cantik. Cukup cantik kehidupan yang Allah ciptakan berserta sistem yang mengatur kehidupan ini dengan baik. Tanpa sistem yang sempurna ini, maka kita akan berada dalam kehancuran.

Cantiknya Islam yang Allah turunkan pada ummat ini, ia meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Seperti yang pernah disebutkan seorang tokoh mujadid kontemperori Islam masa kini, Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.
Beliau telah menyebut bahawa Islam adalah; 
1. Negara dan tanah air atau kerajaan dan umat 
2. Akhlaq dan kekuatan atau rahmah dan keadilan 
3. Kebudayaan dan undang-undang atau 'ilmu dan kehakiman 
4. Material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan 
5. Jihad dan da'wah atau tentera dan fikrah 
6. sepertimana ia adalah 'Aqidah yang sejahtera dan 'Ibadah yang sahih, sama sahaja tanpa ada perbezaan.

Kalau dilihat daripada mata kasar, sudah tentu kita akan mengerti bahawa tanggungjawab bagi seorang Muslim itu bukan sekadar tanggungjawab ritual semata. Tapi ia meliputi aspek yang lebih luas dan besar daripada itu.

Sudah tentu ia menggambarkan bahawa seorang individu Muslim bukan sekadar perlu rapat hubungannya dengan tuhan semata, tapi mereka perlu menjaga tanggungjawab sosial dengan ummat manusia daripada politiknya hingga kepada ekonominya.
Bila perkara ini boleh difahami oleh setiap individu Muslim, kita akan mengerti yang tanggungjawab ini bukan tanggunjawab yang mudah dan ringan tetapi hakikatnya ia adalah tanggungjawab yang cukup berat. Sebab itu tiada makhluk Allah di langit mahupun bumi yang sanggup memikul risalah ini kecuali manusia.
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." [Al-Ahzab : 72]
  1. Nah, tidakkah ini menggambarkan betapa beratnya risalah ini? 
  2. Tidakkah ini menggambarkan begitu sukar untuk laksanakan Islam dengan sempurna? 
  3. Apakah wajar, kiranya Islam itu hanya diperkenalkan sekerat-sekerat sahaja kemudian yang selebihnya ditinggalkan?
  4. Justeru, bagaimana caranya untuk kita tampung beban yang begitu berat ini?

  • Sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, Iman lah yang bisa menampung semua itu.
  • Imanlah yang boleh mendorong seorang hamba untuk memikul risalah yang berat ini dengan penuh keazaman dan tawakal kepada rabbnya.
  • Imanlah yang akan memandu jiwa dan jasad kita ke arah Allah SWT.
  • Supaya di akhir nanti, kita bertemu semula dengan Allah SWT dalam keadaan yang benar-benar diredhai-Nya.

Iman Yang Mendalam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Sumber sebuah buku: Muhammad Abduh, Bertajuk: Memperbaharui komitmen dakwah.


Salah satu sifat yang seharusnya dimiliki oleh orang yang bergabung ke dalam sesuatu jamaah ialah IMAN YANG MENDALAM.

             Rabbaniyah (berorientasikan kepada Allah) adalah suatu pendorong utama kepada aktivis dakwah & semua mukmin. Ia perlulah ditanam dalam hati-hati para aktivis dakwah kerana tanpanya sebuah gerakan dakwah itu tidak ada nilainya dan tidak ada kebaikan padanya. Dakwah seharusnya berlandaskan rabbaniyah dan mencari keredhaan Allah sebagaimana Allah ghayatuna (Allah tujuan kami).

            Tanpa iman yang mendalam akan ada kelemahan dalam sesebuah dakwah itu. Perjalanan dakwah akan mulai kendur, displin pun mulai luntur.


           Keimanan yang mendalam akan mampu meningkatkan produktiviti dakwah. Hal ini kerana rabbaniyah dan kedekatan seseorang kepada Allah adalah motivasi kepadanya untuk bekerja dan berinovasi serta ikhlas semata-mata kerna Allah.
           Mustafa Masyhur (mursyidul am Ikhwanul Muslim ke-5) berkata, "Diantara prinsip dasar yang sangat diperhatikan oleh Imam Hasan al-Banna dan kita wajib memeliharanya adalah perhatiannya terhadap sisi ruhiyah, kerana sisi ini ibarat ruh yang ada dalam tubuh baik sebagai individu mahupun jamaah.


           Imam Hasan al-Banna sangat meyakini bahawa seorang peribadi muslim yang komitmen dengan sifat-sifat orang Mukmin merupakan tiang dalam pergerakan dan pembentukan serta dalam rangka merealisasikan tujuan. Ia mampu mengawal tegaknya rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan daulah islamiyah, apabila ia lurus dan kukuh, maka akan semakin memperkukuh tegaknya bangunan dakwah dalam semua tahap.

            Kita semua ketahui bahawa perhatian yang besar terhadap masalah pembinaan akan dapat membantu melahirkan ikhwah yang memiliki tingkat tanggungjawab yang tinggi, dan ikut menanggung amanah di lapangan dakwah yang selalu bertambah. Mereka juga mampu bekerjasama dengan baik, saling memahami, tanpa ada perselisihan sedikit pun.

            Hal ini menunjukkan bahawa iman yang mendalam mampu menentukan sesuatu pergerakan dakwah itu bergerak lancar mahupun tidak. 

          Oleh itu, ayuh ikhwah dan akhwat agar kita sentiasa berusaha untuk berada dalam keimanan yang tinggi terhadap Allah. 


            Hassan al-Banna berkata " Mereka telah mendengar panggilan iman, lalu mereka pun beriman. Kita berharap Allah berkenan menanamkan rasa cinta kepada iman ini dan menjadikannya sebagai hiasan si hati kita, sebagaimana Ia telah menganugerahkan hal yang sama kepada para pendahulu kita."
            Oleh itu, perbaharuilah iman , tentukan sasaran dan tujuan kita. Sesungguhnya kekuatan pertama adalah iman. Buah dari iman adalah kesatuan. dan kesatuan adalah kemenangan yang gemilang. Kerana itu, berimanlah kalian, eratkanlah ukhuwah, bekerjalah dan tunggulah datangnya kemenangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails