Jumaat, 13 Januari 2012

Berdamping dengan orang positif

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Siapa kita 5 tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca - Tegas orang bijaksana.  
Dengan siapa kita meluangkan masa sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. 
Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari segala suka duka dalam kehidupan. 
Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… 
Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?
Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? 
Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya.  
Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. 
Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! 
Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

Khamis, 12 Januari 2012

Fokus tanggungjawab bukan menuntut hak

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangan diri untuk mendapatkan hak. 
Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” 
Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? 
Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.
Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan pada diri orang lain. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. 
Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan!
Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami/ isteri/ sahabat/ ibu/ bapa/ teman kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan segala tanggung jawab yang diamanahkan.
Tunaikan hak orang lain itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. 
Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsaJawabnya, tidak. 
Kita akan lebih tenang, percayalah. 
Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? 
Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan dengan manusia itu yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… 
Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.
Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan.  
Acap kali orang itu terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? 
Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. 
Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.
Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. 
Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. 
Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia lakukan.
Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita.
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. 
Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

Khamis, 5 Januari 2012

Bahagia itu relatif?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. 
Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain.  
Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. 
Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.  
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak wujud dalam realiti dan kenyataan.
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. 
Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. 
Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. 
Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.

Selasa, 3 Januari 2012

Lebih 28 Erti Kasih Sayang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Kasih sayang sebenar merangkumi perkara berikut:

  1. Ikhlas
  2. Kerahmatan
  3. Kemesraan
  4. Kesefahaman
  5. Kekufuan (taraf)
  6. Kesungguhan
  7. Ketegasan
  8. Keberanian
  9. Kepekaan
  10. Ketenangan
  11. Percaya
  12. Taat
  13. Keinsafan
  14. Keselamatan
  15. Pengorbanan
  16. Perkongsian
  17. Perjuangan
  18. Tanggungjawab
  19. Mengenal
  20. Belaian
  21. Persaudaraan
  22. Menghormati
  23. Menghargai
  24. Pemesyuaratan
  25. Perhatian
  26. Penyayang
  27. Ujian
  28. Tolak Ansur
  29. dan banyak lagi

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.
Kecantikan tidak penting?
Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder
Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya.
Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. 
Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak.  
Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.Cantik juga relatif mengikut keadaan. 
Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus.
Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.
Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, 
“Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Berdamailah dengan takdir

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. 
Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. 
Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. 
Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. 
Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. 
Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… 
namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. 
Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. 
Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

Isnin, 2 Januari 2012

He is there

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



He Is There Lyrics: Sami Yusuf



Some might say this world today shows
God’s left us to our mistakes oh
He has never been
So far away
Some might say
How could any father standSee his children across many landsSuffer so and give no helping handNo helping hand

Somewhere tonight
Far away and out of sight
There’s a child that’s too weak to cry
Hmmm
Deep in those eyes
Can’t you see him in disguise
Reaching out to the heart that’s in you
And I
In every tear
That is where
He is there
He’s the hand that wipes that browHe’s the tear that trickles downUpon the face that cries without a soundWe need you now
What a simple choice to make
Between what you give and what you take
When what you give
Such precious life could save, life could save

Somewhere insideThere’s a part of you that asks whyWould he leave so many so far behindAnd deep in those eyesCan’t you see Him in disguiseReaching out to the heart that’s in youAnd I…

Keyakinan diri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Petua bagi membina keyakinan diri :

1) Kenali diri anda seadanya. 
Perhatikan kekuatan anda dan juga kelemahan anda. Buang sikap negatif dan kembangkan kekuatan diri dari masa ke semasa. Jangan terlalu fokuskan kelemahan diri sehingga kita merasakan kita amat lemah.

2)Terima diri seadanya tanpa syarat. 



Jangan kita nmembandingkan diri kita dengan orang lain. Terima diri kita seadanya. 
Mana yang tidak boleh diubah misalnya ketinggian/ rupa paras maka kita redha dan bersyukur. 
Hanya ubah dari aspek penampilan diri misalnya dalam berpakaian, cara komunikasi yang meyakinkan, kegemukan badan dan cara kita bersosial. 
Setiap orang tidak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan hanya memandang diri sendiri dari perspektif yang negatif.

3) Sentiasa bersyukur atas limpah kurnia Allah yang tidak terhitung banyaknya.
Katakan selalu "Aku mesti melakukan! Aku mampu! 
Ingat keyakinan akan datang secara beransur-ansur. Kita perlu berhadapan dengan pelbagai peristiwa dan dari masa ke semasa keyakinan pasti meningkat. 
Katakan "Aku ada keupayaan dan kemampuan dan aku pasti boleh lakukan. Aku akan terus belajar dan buat hingga berjaya. Orang lain boleh lakukan, aku juga pasti boleh lakukan."

4) Banyak bergaul dengan rakan2 yang berjaya dan hindarkan diri dari orang yang boleh menghancurkan dan meracun minda anda. 



Belajar bagaimana rakan anda boleh berjaya dari aspek perancangan, azam. kegigihan, cara dia bergaul dan apa sahaja yang boleh anda jadikan panduan membina keyakinan diri.

5) Iktiraf ,akui dan hargai setiap kejayaan yang telah anda cipta walau sekecil mana pun ia.
Hadiahkan diri anda bila capai kejayaan misalnya pernyataan syukur pada Allah, puji pada diri sendiri seadanya, belanja makan pada diri,beli hadiah walaupun kecil pada diri sendiri. 
Raikan kejayaan anda bersama ahli keluarga dan rakan taulan.

6) Imbas kembali semua kejayaan anda. 



Dalam keadaan tenang dan santai cuba ingat kembali sebarang kejayaan yang telah anda cipta. 
Gunakan kekuatan penglihatan dalaman, pendengaran dan masukkan pengalaman manis emosi sewaktu berjaya. 
Dan tambahkan dengan gambaran mental kejayaan yang anda inginkan pada masa hadapan dengan merasakan seolah-olah anda telah pun mengalaminya. 


Rasakan kegembiraan dan keseronokkan tersebut dalam mengiktirafkan kemampuan dan kebolehan anda. 
Ulang dan ulang sekerap mungkin supaya ianya akan tersimpan dalam minda bawah sedar untuk dibina satu kepercaayan dan tanggapan yang positif bagi diri anda untuk sentiasa berada di puncak. (Saya suka melakukan amalan ini dengar mendengan muzik yang santai dan relax)

7) Elakkan diri daripada hanya mementingkan kesempurnaan. 
Ingat keyakinan tumbuh secara beransuru-ansur. Anda lakukan perkara yang anda ingin lakukan. 
Dalam proses tersebut memang ada kekurangan. Ingat selagi anda terus lakukan dan menilai semula amalan anda dan terus lakukan anda akan capai pada kesempurnaan yang anda harapkan. Ianya seperti menanam sebatang pohon sebelum memetik buahnya.

8)Perbaiki kemahiran komunikasi anda . 

Belajar dan amalkan komunikasi secara efektif dan amalkan selalu. 
Jadi pendengar yang baik dan bila ada peluang keluarkan pendapat anda. Dalam mesyuarat, majlis atau berucap di depan orang ramai , cubalah kebolehan komunikasi anda.


9)Bertindaklah dengan keyakinan. 
Senyum dan bertentang mata dengan orang yang ingin kita berkomunikasi
10) Belajarlah kemahiran yang berkaitan dengan 


cita-cita dan matlamat anda. 
Setiap perkara berkaitan memerlukan ILMU untuk dilakukan secara yakin. Ilmu dan amalan secara istiqmah perkara berkenaan akan dapat membina keyakinan diri anda.

11) Jangan sesekali memandang rendah akan 
kebolehan anda. 
Pada masa anda gagal dan kurang berkemampuan bukanlah sebagai tanda anda lemah. 
Anda sebenarnya banyak memerlukan latihan dan maklum balas supaya anda boleh bangkit semula . Ingat lagi proses anda baru belajar berjalan? Berapa kali anda jatuh dan tersungkur?

12) Tetapkan matlamat dan cita-cita dengan jelas. 



Matlamat hendaklah spesifik, realistik dan ada batasan masa untuk anda mencapainya. Dengan adanya matlamat anda dapat menguji dan membina keyakinan diri anda.

13) Tabahkan diri kerana anda telah balajar 
untuk tidak gagal lagi. 
Sepertimana kata Thomas Edison yang mencuba beribu-ribu kali bahawa katanya saya tidak gagal tetapi saya telah menemui hasil cara-cara yang salah untuk menyalakan mentol.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails