Khamis, 29 September 2011

Kahwin lambat Kerana duit

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Punca masalah:
Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.
Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan fenomena masyarakat melayu dan sedikit perkongsian:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana. 
Motif kahwin nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan. Jadi, makanan sahaja yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin. Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau 
dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan/ ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, 
tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Perkara yang perlu difokuskan adalah 
kehidupan selepas berkahwin, 
bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

Kenapa Suami Kahwin lain?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Bila dah lama kahwin, akan berlaku sesuatu dalam rumahtangga yang mana menjadi alasan/ sebab buat lelaki pasang satu lagiAntaranya;
1. Setiap lelaki tak kira tua/ muda, suka dimanjakan, bunyi mcm gatal tapi itulah hakikatnya, jadi suami suka melihat
a) isterinya tersenyum bila bersembang/bercakap dgnnya.b) isterinya mudah senyum di mana-mana dgnnya.c)isterinya pandai bergurau-manja, kenapa? mungkin ditempat kerjanya ada yang berbuat begitu.....d) isterinya pandai buat kejutan-kejutan manja....
2. Bila bersembang dgnnya, suami suka kalau isteri pandang ke wajahnya bukan ke tempat lain/sambil SMS/sambil tengok komputer/ketika dgn anak-anak. Kena fokus padanya.....
3. Isterinya perlu berterus-terang kalau ada masalah,jangan simpan. Si Suami bukan dukun/bomoh yang mempunyai kelebihan untuk baca isi hati isterinya.....
4. Ada isteri bila suami tidak mengikuti akan kehendaknya, si isteri akan bermasam muka/cakap acuh tak acuh sahaja. Si suami punya hak utk buat keputusan kerana si suami adalah ketua keluarga. Kalau keputusannya tidak dipatuhi maka terasa hatinya seolah-olah dia bukan lagi ketua keluarga. Perlu ada komunikasi sama-sama saling menjaga hati masing-masing.
5. Ada isteri lebih mengutamakan kerjaya lebih daripada suaminya, tak kiralah kerjaya bekerja atau kerjaya berniaga. Si suami akan terasa terpinggir/ditinggalkan/dilupai. Ini yang kekadang bila ada permata muda yang datang, kalau si suami tak kuat iman/rohani, mulalah melayan sebagai mengisi ruang yang kosong itu.
6. Begitu juga cabaran si isteri bila punya anak, kekadang tanpa disedari, si isteri mengutamakan anak yang sedang membesar daripada si suami di depan matanya. Lebih -lebih lagi kalau si suami ni jenis yang rajin buat kerja rumah/menggosok baju sendiri maka pada waktu itu "perkataan terabai" menjadi kenyataan hidup.
7. Si Suami sebenarnya pantang bila nak tidur, melihatkan si isteri sms/chatting bukan jelous tapi mengganggu situasi nak tidurnya. Ada isteri berkata "amboi seriusnya" tapi itulah tabiat majoriti lelaki, nak wat camner
8. Si isteri tentulah berkata, susahnya nak jaga suami, sensitif sangat. Jawapannya Ya, sebab itu Allah janjikan syurga buat si isteri yang hebat itu.
9. Si isteri adalah insan yang akan memberikan keharmonian pada suami, peneguh bila si suami keseorangan tapi biasanya si isteri akan berkata, "eleh!"/"boleh percaya ke abang ni"/"alah!...."Sesiapa sahaja perempuan yang datang kepada si suami dan memberikan peneguhan tatkala peneguhan diperlukan/datang kepada si suami lalu memberikan perhatian/pendengar yang setia, senyum manis bila bersembang dengannya, melayan ceritanya akan hati manusia akan terbuka kepada nya (any perempuanlah)

Maka yang terbaik perempuan yang berbuat demikian ialah perempuan yang bernama "Si Isteri yang sah kepada si suaminya"

Sibuknya saya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun masanya untuk beribadah kepada Allah tetap istiqamah sehingga bengkak kedua kakinya walaupun jelas baginda dijamin syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat.
Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat 
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Facebook, Youtube
  • Dan lain-lain..

Kata-kata Al-Imam Ghazali

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Renungkan kata-kata ini pula :
  • Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
  • Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
  • Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t. 
  • Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong.  
  • Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong. 
  • Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong.  
  • Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong.  
  • Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong
 Al-Imam Ghazali

Isnin, 19 September 2011

Kenapa jodohku lambat?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:


1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, 
‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, 
‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ 
Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.
3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. 
Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.
“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. 
Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: 
“Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? 
Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, 
‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. 
Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.
Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
* Semoga anda cepat bertemu jodoh yang soleh dan solehah. Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails