Ahad, 21 Ogos 2011

Kenapa Perlu Solat?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Apakah erti solat?
Pada segi bahasa ia bererti doa atau hubungan. 
Maka apabila seseorang bersolat bererti dia sedang berdoa dan menghubungkan dirinya kepada Penciptanya yakni Allah swt. seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja bererti dia telah menjauhkan diri daripada rahmat Allah swt, dia akan dibala di dunia, di dalam kubur dan di akhirat.

5 seksaan di dunia:
1. Dicabut keberkatan umurnya.
2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Dicabut berkat pada rezekinya.
4. Doanya tidak diterima. 
5. Tidak mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

3 seksaan ketika mati:
1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan lapar.
3. Mati dalam keadaan dahaga. Jika diberi minum tujuh lautan, tidak akan hilang hausnya.

3 seksaan di dalam kubur:
1. Kubur akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuk.
2. Digelapkan kuburnya.
3. Seekor ular besar bernama Syujaul-Akro’ mematuknya.
3 seksaan ketika bertemu Allah:
1. Datang malaikat membawa rantai yang panjangnya 70 hasta. Kemudian diikat tengkuknya dan dimasukkan kemulutnya dan dikeluarkan melalui ponggongnya.
2. Allah tidak memandangnya dengan pandangan rahmat.
3. Tidak mendapat keampunan Allah.

Erti solat pada syarak:

Ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratulihram dan disudahi dengan salam dengan beberapa syarat-syarat yang tertentu.
 
Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang mestilah mengetahui terlebih dahulu rukun, syarat sah dan perkara yang membatalkan sembahyang serta sunat-sunatnya.

Jikalau tidak sembahyang yang didirikan ibarat seperti menghadiahkan dayang yang cacat anggota kepada seorang raja. 

Tentulah sang raja akan murka dan menyiksa orang tersebut.

Isnin, 15 Ogos 2011

Perumpamaan Puasa Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

1) Hak Pemilikan Tuhan Yang Maha Besar

Salah-satu daripada misal bagi hikmah berpuasa daripada sudut memandang Hak Pemilikan Tuhan Yang Maha Besar ialah seperti berikut:

Allah Yang Maha Besar telah mencipta permukaan bumi ini dalam bentuk sebuah meja yang dipenuhi pelbagai macam hadiah pemberian dan telah disusun di atas meja tersebut segala macam nikmat pemberian itu dalam bentuk:
مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ
Surah At-Talak - ayat 65
Ertinya: Daripada sekira-kira tempat yang dia tidak sangka.
Melalui cara ini (yakni tidak disangka-sangka) Dia telah menyatakan kesempurnaan hak pemilikanNya. Manusia tidak mampu untuk melihat dengan jelas realiti (hakikat) keadaan ini ketika masih tinggal di dalam alam asbab dan musabab, tambahan lagi duduk di bawah hijab kelalaian, maka akibatnya mereka terkadang-kadang terlupa akan hakikat ini.
Walau bagaimanapun dalam bulan Ramadan manusia-manusia yang beriman tiba-tiba menjadi seolah-olah sepasukan tentera yang tersusun rapi.

Ketika matahari mula terbenam, mereka akan menonjolkan sikap beribadah seolah-olah mereka telah dijemput ke majlis upacara makan malam bersama “Sang Raja Yang Tiada Permulaan”.
Mereka semua sedang menunggu arahan “Silakanlah makan dan layanlah diri masing-masing”. Mereka memberi respon (menanggapi) terhadap kasih sayang serta saat yang diraikan dan kasihan belas yang menyeluruh (daripada Tuhan) dengan ibadah yang lengkap serta penuh penghormatan dan ketertiban.

Adakah anda berpendapat mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam ibadah yang sangat terbilang dan pemberian nikmat yang agung ini layak di panggil manusia?.

2) Kesyukuran terhadap pemberian nikmat daripada Tuhan

Salah satu misal memahamkan hikmah berpuasa pada bulan Ramadan yang diberkati yakni pada sudut bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan adalah seperti berikut:

Harga perlu dibayar untuk makanan yang dibawa oleh seorang pelayan yang membawa makanan daripada dapur di-Raja. tetapi memberi tip (saguhati) kepada pelayan tersebut serta menganggap nikmat pemberian yang tak terhingga nilainya itu sebagai tidak bernilai serta tidak kenal siapakah sebenarnya yang memberi nikmat tersebut adalah kebodohan yang sangat besar.

Tuhan Yang Maha Besar telah menaburkan sekian banyak jenis nikmat di atas permukaan bumi ini untuk manusia, sebagai balasan Dia mahukan kita bersyukur sebagai bayaran harga nikmat pemberian tersebut.
Sebab-sebab yang zahir (luaran semata-mata hakikatnya bukan) dan seolah-olah pemilik itu samalah seperti pelayan pembawa makanan tersebut.
Kita bayar harga tertentu kepada pelayan dan berasa terhutang kepada mereka padahal mereka tidak layak atau patut untuk menerimanya, 
Pelayan itu telah menerima penghormatan dan terima kasih yang berlebihan padahal Pemberi nikmat yang sebenarnya adalah tidak terhitung lagi lebih layak menerima terima kasih tersebut berbanding sebab-sebab luaran yang hakikatnya hanyalah wasilah (jalan) mendapatkan nikmat tersebut. 
Untuk berterima kasih kepadaNya adalah dengan melihat nikmat pemberian itu datang langsung daripada Dia (Pencipta) serta menghargai nilainya dan memahami keperluan seseorang terhadap pemberian tersebut.
Berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah kunci kepada kebenaran, keikhlasan dan kesyukuran yang meliputi segala sesuatu. Ini disebabkan pada waktu-waktu yang lain sepanjang tahun, mereka yang tidak hidup di dalam keadaan yang susah tidak menyedari nilai kebanyakan nikmat-nikmat pemberian Tuhan disebabkan mereka tidak merasai pengalaman lapar yang sebenar.
Mereka yang perutnya sentiasa penuh, lebih-lebih lagi mereka yang kaya tidak akan memahami nilai nikmat yang ada di dalam sekeping roti kering. Akan tetapi apabila sampai waktu berbuka puasa, deria rasa membuktikan bahawa roti kering tersebut merupakan nikmat pemberian Tuhan yang sangat bernilai.

Disepanjang Ramadhan, tiap-tiap manusia daripada Raja hinggalah mereka yang tiada mempunyai wang ataupun jalan untuk menyara kehidupan mereka akan menzahirkan suatu bentuk kesyukuran melalui kefahaman terhadap nilai nikmat-nikmat pemberian Tuhan tersebut.

Tambahan pula memandangkan makan adalah dilarang sepanjang hari, mereka akan mula berkata:
“Nikmat-nikmat ini sebenarnya bukanlah kepunyaanku. Aku tidak bebas memakannya kerana ianya adalah hak dan pemberian orang lain, maka aku sabar menunggu perintahNya”.

Mereka mula melihat nikmat pemberian sebagai pemberian dan hasilnya mereka akan mula bersyukur.
Kesimpulan:
Berpuasa dengan cara ini, dalam banyak aspek adalah merupakan kunci kepada mensyukuri nikmat, sedangkan kesyukuran adalah tugas asasi manusia.

Makam tokoh Wanita Salaf

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Quantcast

Makam Saidatina Aishah r.h


Makam Saidatina Khadijah r.h
(Isteri Rasullah saw)


Makam Ummu Habibah r.h
(Isteri Nabi s.a.w)


Makam Saidatina Sofiyyah r.h


Makam Saidatina Siti Ruqayah r.h


Makam Sariyah Al-Jabal r.a


Makam Ummi Kalsum r.h


Makam Saiyyidah A’tiqah
(Mak saudara Nabi sebelah bapa)


Makam Saidatina Zainab r.h
(Puteri Rasullah saw)


Makam Saidatina Fatimah r.h


Makam Saidatina Fatimah Al-Zahra r.h


Makam Halimatul Sya’diah


Makam Fatimah binti Asad (Ibu Saidina Ali)


Makam Saidah Nafisah r.h
(Cucu Rasulullah s.a.w)


Makam Saidah Zainab r.h
(Cucu Rasulullah s.a.w)


Makam Rabiatul Adawiyyah

Tempat khalwah Saidatina Nafisah r.h

Qada' Solat Fardhu yang Lepas

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

HUKUM MENGQADHA SEMBAHYANG


Hukum mengqadha sembahyang fardhu yang luput dengan sengaja/tidak sengaja adalah WAJIB atas tiap-tiap mukallaf (baligh & berakal) dengan berdalilkan:
1- Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:

عن جابر رضى اللهُ عنه ان عمر بن الخطاب جاء يوم الخندقِ
بعد ما غربت الشمس فجعل يسب كفار قريش
قال يا رسول الله ما كنت اصلى العصر حتى كَادت الشمس تغرب
قَال النبي صلى اللهُ عليه وسلم :
والله ما صليتها فقمنا الى بطحاناَ فتوضأ للصلاة وتوضأنا لها
فصلى العصر بعد ما غربت الشمس ثم صلى بعدها المغرب

Ertinya: Dari Jabir bin Abdillah, beliau berkata:
Bahawasa Saidina Omar r.a datang kepada Rasulullah s.a.w pada ketika peperangan Khandak sesudah terbenam matahari sambil memaki hamun kafir Quraisy dan berkata kepada Rasulullah s.a.w,
“Wahai Rasulullah!!, saya tidak sembahyang asar sehingga hampir terbenam matahari”. Maka Nabi menjawab, “Demi Allah saya juga belum sembahyang asar”. (Berkata Jabir), “Maka kami semuanya berangkat ke Bathan, maka berwudhuklah Nabi dan kami berwudhuk pula. Lalu Nabi sembahyang asar sesudah terbenam matahari dan sesudah itu barulah Nabi sembahyang maghrib”.
Ulasan:
Jelas di fahamkan daripada hadis ini,
  • Nabi mengqadha sembahyangnya kerana sibuk berperang, bukan kerana lupa atau tertidur yakni Nabi dan para sahabat meninggalkan sembahyang bukan dengan tidak sengaja.
  • Sembahyang qadha boleh dilakukan secara berjemaah.
  • Sembahyang qadha yang ditinggalkan dengan sengaja wajib disegerakan dan harus didahulukan daripada sembahyang tunai.
Peristiwa ini berlaku sebelum disyariatkan sembahyang shiddatul-khauf, maka ketika itu walaupun sembahyang ditinggalkan dengan sengaja (sebab peperangan) tetapi tidak dihukumkan berdosa .

2- Qiyas kepada hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:
من نام عن صلاة او نسيها فيصل اذا ذكرها
Ertinya: Barangsiapa tertidur atau terlupa untuk sembahyang fardhu, maka hendaklah sembahyang apabila teringat akannya.
Ulasan:
Difahamkan daripada hadis ini,
  • Sembahyang yang tidak sengaja ditinggalkan kerana tertidur atau terlupa, hendaklah diqadha apatah lagi sembahyang yang sengaja ditinggalkan.
  • Sunat menyegerakan qadha sembahyang yang ditinggalkan dengan tidak sengaja.
3- Ijma' keempat-empat mazhab yang muktabar iaitu Mazhab Maliki, Syafie,
Hanafi dan Hambali atas menghukumkan wajib qadha sembahyang yang ditinggalkan.


Kesimpulan:

Berdasarkan hadis, qiyas dan ijmak di atas jelas dan patutlah kita mengambil berat membayar hutang-hutang sembahyang sebelum kita mati dan dihisab oleh Allah s.w.t sepertimana tercatat di dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:
فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ بِالْقَضَاءِ
Ertinya: Bermula hutang Allah Taala itu terlebih berhak ditunaikan.

Sembahyang fardhu yang ditinggalkan adalah sebesar-besar hak Allah Taala yang wajib kita tunaikan, dibandingkan hutang-hutang kita yang lain. Mengapakah kita masih lalai dalam membayar hutang-hutang tersebut. Ingatlah kepada hadis Nabi s.a.w:
اَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِياَمَةِ الصَّلاَةُ .
فَاِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ .
وَاِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ .
Ertinya: Bermula perkara pertama yang dihisab seorang hamba pada hari kiamat itu ialah sembahyang. Maka jika baik sembahyangnya baiklah segala amalnya dan jika binasa sembahyangnya binasalah segala amalnya.
 Rujuk

Kelebihan Majlis Ilmu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati/menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":
 1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2-Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.
4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahamt ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails