Rabu, 27 Julai 2011

11 Pelajaran Hidup

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

1. Jadikan rasa bahagia menjadi sebuah prioriti/ keutamaan.
2. Travel; bermusafirlah melihat tempat-tempat di dunia sebanyak yang boleh.
3. Belajarlah bermain alat muzik selagi tak menyalahi syariat.
4. Hidup sederhana/ tidak melebihi kemampuan kewangan anda.
5. Maafkan diri anda sendiri. Maafkan orang lain. Demi kepentingan anda sendiri.
6. Belajarlah berenang.
7. Jangan menunda keceriaan/ kebahagiaan.
8. Amanah dan bertanggung jawab terhadap hidup anda.
9. Kata Henry Ford : ”Apabila anda berfikir boleh/ anda berfikir anda tidak boleh, maka anda benar.” – maksudnya boleh dan tidak boleh semuanya ada di tangan anda sendiri.
10. Tetapkan target yang S.M.A.R.T (Specific, Measurable, Attainable, Realistic and Timely)
11. Buatlah target yang kecil untuk jangka pendek dan target yang besar untuk jangka panjang.

Persiapan Menanti Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Kedatangan Ramadhan Mulia lagi Agung yang dinanti-nantikan adalah selayaknya disambut secara besar-besaran dan gilang-gemilang.
Antara Persediaan itu adalah:

1. Banyakkan berdoa agar diberi peluang menjalani ibadah di bulan Ramadhan sama ada yang wajib/ sunat dan meraih sebanyak-banyaknya keberkatan, rahmah serta keampunanNya. 

2. Bersihkan hati, berlapang dada, maafkan segala kesalahan insan lain terhadap diri kita. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. besabda maksudnya: 
“Allah s.w.t. menjenguk sekelian makhlukNya pada malam pertengahan Sya’ban, lalu Dia mengampunkan seluruh makhlukNya kecuali musyrik (orang yang menyengutukanNya) dan musyahin (orang yang bercakaran dan bergaduh)”. Riwayat al-Albani dari Mu’az bin Jabal.
3. Jadikan Sya’ban bulan persediaan dengan membanyakkan puasa sunat.  
Diriwayatkan bahawa Usamah bin Zaid telah bertanya Rasulullah s.a.w.:
“Ya Rasulullah! Saya tidak pernah melihat anda berpuasa penuh satu bulan seperti yang anda lakukan pada bulan Sya’ban?”Baginda menjawab (maksudnya): “Bulan ini sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu bulan yang terletak antara Rajab dan Ramadhan. Ini adalah bulan yang diangkat padanya amalan kepada Allah Rabbul-‘Alamin, dan aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa”. Riwayat al-Munziri
4. Membiasakan diri dengan qiamullail/ bangun malam untuk solat tahajjud, baca al-Quran, beristighfar dan berzikir. Orang yang telah biasa bangun waktu malam untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut, akan mudahlah baginya menghayati malam-malam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan nanti.
5. Siapkan diri dengan ilmu serta hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah yang dituntut sepanjang Ramadhan sama ada yang wajib/ sunat.
6. Bersedia untuk mengaktifkan dakwah di bulan Ramadhan dengan menggunakan pelbagai wasilah/ pendekatan. Ramadhan adalah bulan orang berlumba-lumba merebut kebaikan. Jangan lepaskan peluang mendapat ganjaran menyebarkan Islam.
7. Tanamkan azam untuk menjadikan penghayatan Ramadhan tahun ini (jika usia dipanjangkan hingga ke saat itu) lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.

Isnin, 25 Julai 2011

Bahasa tubuh seorang daei

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahwa anda memiliki kata-kata, daya pikat dan suasana hati yang positif. 

Sebagai contoh :
1- jika anda sering tersenyum, anda akan merasakan lebih bahagia. 
2- Jika anda duduk dengan tegap, anda akan merasakan lebih bertenaga. 
3- Jika anda melambatkan gerakan anda (tidak terburu-buru), anda akan merasakan lebih tenang.
Secara garis besar, bahasa tubuh terdiri dari bagaimana cara anda duduk, cara anda berdiri, cara anda menggunakan kedua tangan dan kaki anda, serta apa yang anda lakukan ketika berbicara dengan seseorang.

Dibawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda perhatikan ketika berbicara dengan seseorang :
1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
~ menunjukkan sikap anda yang tertutup terhadap kawan bicara anda dan ini sukar menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.
2. Lakukan kontak mata, namun bukan menatapnya.
~ anda dapat mengeratkan hubungan pembicaraan yang lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda/ tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), kerana ini akan membuat lawan bicara anda menjadi gelisah.
~ Jika anda tidak biasa melakukan kontak mata, memang anda akan tidak biasa pada saat pertama kali. Namun lakukan secara terus-menerus dan lama kelamaan anda akan terbiasa suatu saat nanti.
3. Buatlah jarak antara kedua kaki anda.
~ Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri maupun duduk menunjukkan anda cukup berkeyakinan, percaya diri dan tenang dengan posisi anda.
4. Santaikan bahu anda.
~ Ketika anda merasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda.
~ Biasanya posisi bahu sedikit terangkat dan maju ke depan. 
~ Cubalah untuk mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan mundurkan kembali posisinya ke belakang/ duduk bersandar/ baring.
5. Mengangguk ketika kawan bicara anda sedang berbicara.
~Sebagai tanda anda memang sedang mendengarnya. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) seperti burung belatuk :) , kerana anda akan terlihat seperti buat-buat.

Ahad, 24 Julai 2011

Tips Jaga Solat Subuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

1. IKHLASkan niat hanya kerana Allah, dan cukupkanlah hak-hakNya.

2. BERTEKAD dan MUHASABAH diri setiap hari.

3. BERTAUBAT dari dosa-dosa dan berniatlah untuk tidak mengulangi kembali.

4. Perbanyaklah membaca DOA agar Allah memberi kesempatan untuk solat Subuh.

5. Carilah KAWAN yang baik untuk saling membantu mengingatkan Solat Subuh di Masjid.
6. LATIHlah untuk tidur dengan cara yang diajarkan Rasulullah. (tidur awal, berwudhu sebelum tidur, mengiring ke kanan, berdoa.)
7. SAMPAIkan/ share pada orang lain, gaya hidup Anda yang baru.

8. SEDIKIT makan sebelum tidur serta jauhilah teh dan kopi pada malam hari.

Hidup sebelum mati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Ibn Umar r.a., katanya : 
" Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : 
' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. '
Maka Ibn Umar berkata : 
"Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. 
Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. 
 Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. 
Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "

Isnin, 18 Julai 2011

Jalan Pulangku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

UNIC

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku

semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan

bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa

sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)


ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Jumaat, 8 Julai 2011

Sifat Mazmumah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah Paling mudah dikesan/ dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautan walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga,¦org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta/ rezeki kita bila ia dipakai/ digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada
9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 
Kesimpulan, yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dll tetapi ialah
MAZMUMMAH
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA
Samada bermujahadah/ biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. 
Bersama2 sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

Khamis, 7 Julai 2011

Berfikir Qurani

Oleh DR. SIDEK BABA

AL-QURAN adalah sumber ilmu dan hikmah. Daripadanya terdapat kisah-kisah untuk dijadikan ibrah/ teladan, terdapat prinsip untuk dijadikan sumber ikutan, pedoman-pedoman untuk dijadikan sumber amalan.
Ia juga terdapat anjuran ulul albab iaitu mengajak manusia berfikir tentang diri, alam, kejadian dan kehidupan. Al-Quran mengajak manusia berfikir.
1-Berfikir Qurani bermaksud bagaimana sumber-sumber al-Quran dijadikan pedoman berfikir tentang sesuatu. 
2-Jiwa tadabbur iaitu jiwa mengkaji dan menyelidik juga membawa seseorang berfikir. 
3-Berfikir menerusi jendela al-Quran adalah asas kepada berfikir Qurani.

Membaca dan menghafaz al-Quran adalah sesuatu yang amat baik. Setiap kalimah yang dibaca diberi pahala oleh Allah. Lebih dari itu al-Quran terkandung ilmu yang amat berharga untuk manusia. Ilmuan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir.

Tradisi taawil dan tafasir dalam kalangan ulama Islam menjadikan ilmu Islam berkembang. Darinya terbina ilmu tentang akidah, ibadah, akhlak, syariah dan fikah dan ia mampu membentuk peribadi manusia yang Islami. 


Al-Quran terdapat sumber ilmu tentang sains, kemasyarakatan, kekeluargaan, alam dan persekitaran, psikologi, perubatan dan pendidikan. Prinsip dan pedoman al-Quran membimbing manusia berfikir, mencari jawapan dan petunjuk tentang sesuatu.
Para remaja perlu mendekati al-Quran tidak saja untuk dibaca, dihafaz tetapi menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan sumber berfikir. 
Ayat-ayat Allah adalah sesuatu yang hidup dalam kehidupan.

Sekiranya manusia menjadi baik, pengurusan diri, keluarga dan persekitaran juga akan jadi baik. Asas inilah yang perlu ada kepada remaja supaya kehidupan dewasanya terbimbing dan terpedoman dengan nilai-nilai yang Qurani.

Kelemahan umat Islam hari ini antara sebabnya tidak menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir, sumber ilmu dan sumber pedoman.

sumber

Bulan SYA'BAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Kelebihan Bulan dan hari.

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. 

Sesungguhnya Allah swt menciptakan hari/ bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi saw mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. 

Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah saw di mana Baginda  akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.

Dalam makna yang lain Baginda Nabi saw memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. 

Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan. 

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah swt, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. 

Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu 3 syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah swt memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah/ mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan/ ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya. 
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. 
Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
1. Menenangkan hati
Ini bersesuaian dengan janji Allah swt bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Ahad, 3 Julai 2011

12 cara hidup sederhana

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

12 cara hidup sederhana yang boleh menjimatkan wang yang banyak
Kadang-kadang cara sederhana ini dapat menjimatkan wang yang paling banyak.
1. Membuat kopi/ minuman sendiri. Kos membeli minuman setiap hari sama seperti 20 hari kerja = per bulan.
2. Menghabiskan seluruh waktu cuti anda dirumah dengan ahli keluarga sehingga anda tidak perlu meninggalkan rumah dan menghabiskan wang di luar.
3. Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Petani tempatan... lebih segar DAN lebih murah dari hypermarket.
4. Membayar lebih daripada minimum pada kad kredit anda, kereta, pinjaman, dll ... sedikit sebanyak membantu dalam jangka panjang dari anda membayar bunga.

5. Gunakan perkhidmatan awam - cthnya jika saya naik bas ke bandar, harganya RM 1.00. Jika saya memandu kereta saya, kos sebanyak itu hanya untuk parking tidak termasuk tol, minyak dsb..
6. Beli penapis air dan pasang ke rumah anda. setiap bulan air ditapis percuma, lebih menjimatkan dari membeli air mineral dan di lain2 tempat.
7. Pergi ke perpustakaan. lebih menjimatkan dari membeli sebuah buku/ majalah/ hanya meminjam dari kawn2 anda.

8. Banyakkan melakukan senaman dan berjogging setiap hari, itu membuat anda lebih baik dari berjumpa dengan doktor dan dengan demikian lebih menjimatkan wang.
9. Membayar bil anda secara online ... lebih menjimatkan masa dan wang.
10. Dapatkan berita anda dari internet dan bukan surat khabar - lebih menjimatkan wang dan kertas
11. Menjual semua barang lama anda di internet .. jika anda tidak mahu, bermaksud ada orang lain mahukannya !
12. Potong perkhidmatan tv berbayar.... Kata orang.... di restoran dan kedai makan pun boleh tengok bola.

Mengapa perlu fokus

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.
Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.

Apa yang terjadi?
Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…
Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.
Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.
Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus ;)

Sabtu, 2 Julai 2011

Pelajar terbaik SPM 2008

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

Sekali lagi dibuktikan sekolah dibawah pentadbiran kerajaan Kelantan Maahad Muhammadi Perempuan mampu berjaya walaupun dalam serba kekurangan.
Apa lagi yang nak dikata walaupun tidak mempunyai meja belajar, tidak menghadiri tuisyen, tinggal dalam serba kekurangan dan perbelanjaan harian hanya RM 1, serta RM 4 untuk tambang bas. Dia telah membuktikan kesusahan tidak menghalang untuk mencapai kejayaan.

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).
Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.
Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.Image
Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.
Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.
“Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus,” katanya.
Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Pelajar Terbaik SPM 2007

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, telah mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Ini mengatasi rekod 17 1A yang dipegang oleh Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.

Azali telah meraih 20 1A dalam matapelajaran:
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Di samping itu Azali mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).

Azali yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007. Sebelum ini beliau mendapat keputusan 5 A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9 A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Sungai Petani ini berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru. Ayahnya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dan Sains Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir di Kepala Batas dan ibunya pula mengajar subjek Kemahiran Hidup dan Katering di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi.

“Sebagai seorang Islam, saya bersabar dengan setiap dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangannya,” kata Azali yang bercita-cita mahu menjadi profesor dalam bidang bioteknologi.
“Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.
“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan. Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.

Azali Azlan percaya kesabaran dan ketekunan belajar menjadi kunci kepada kejayaannya memperoleh keputusan 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan itu. Menurut anak kelahiran Butterworth itu, sikap tersebut terbukti berjaya membina kekuatan dalaman dalam dirinya bagi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan. Beliau juga belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di sekolah.
Azali memberitahu, dia tidak mempunyai jadual belajar yang lengkap seperti sesetengah pelajar lain kerana kalau ada jadual beliau akan berasa tertekan sebab perlu mengikutinya. Sebaliknya beliau belajar apabila beliau rasa ada semangat untuk belajar.
‘‘Tetapi semangat itu kita sendiri yang kena merangsangnya selalu,” kata Azali.

Melagukan Bacaan Al-quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:” Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran.”

(Muslim)

Huraian
 
Adat manusia menyukai akan seni lagu walaupun mempunyai selera dan rentak yang berbeza. Lagu dan irama biasanya dapat memberi keselesaan kepada perasaan manusia yang mendengar. Membaca Al-Quran dengan tartil atau memperelokkan bacaannya dengan lagu atau tajwid adalah sangat-sangat dituntut dalam cara membaca al-Quran, kerana tujuan utama membacanya ialah memikirkan maksud-maksudnya. 
Cara membacanya dengan tartil akan dapat menolong memahami maksud-maksudnya. Sebab itu Ummu Salamah r.a. ketika membaca al-Quran sering mencontohi bacaan Rasulullah s.a.w dan membacanya seolah-olah ia sedang mentafsirkan huruf demi huruf dari al-Quran itu. 
Oleh itu orang yang sentiasa membaca al-Quran dengan baik dan sempurna akan mempunyai hati dan jiwa yang lembut kerana ia memahami tentang ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allah yang terkandung dalam ayat yang dibacanya itu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails