Sabtu, 25 Jun 2011

Balasan Meninggalkan Solat Asar

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”
(al-Bukhari)
Huraian
Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.

SoHo (Small Office Home Office)…

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
 Posted by Irfan Khairi

Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaan Internet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan bagi yang terlepas :)
Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…
1-Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari perniagaan, elok-elok dikira sebagai “untung perniagaan” bukan masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan perlu ibaratkan mengambil “gaji tetap” dari perniagaan tersebut. Bukan untung extra, belanja extra…
Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan… jangan dicuri!
Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…
2-Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti bekerja 9-5. Perlu mempunyai disiplin. Bila kerja dari rumah, memang katil dekat, TV dekat, DVD dekat, dapur dekat… semuanya dekat sampai mengujakan kita untuk relax. 
Nasihat saya… perlu mempunyai jadual seperti jadual di sekolah dulu. Waktu sekian-sekian… untuk melakukan sekian kerja… :)
Kalau menjalankan perniagaan SoHo…
3-Perlu mempunyai fokus. Jangan lakukan banyak perkara serentak. Sememangnya kerja dari rumah memberi kita masa & fleksibiliti. Ini pun akan menguja kita untuk mencuba berbagai-bagai perkara… berbagai bagai bisnes serentak.
Fokus kepada perniagaan kita yang satu supaya dapat membina kredibiliti dan kepakaran dalam satu bidang itu. 
Mat Salleh kata, "don’t be jack of all  trades and master of none"
Fokus-fokus & fokus. Tumpukan usaha, tenaga dan juga modal kita pada satu perniagaan sehingga berjaya.

Isnin, 20 Jun 2011

Rahsia Fokus - efficiency curve

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Irfan Khairi
Apa yang saya maksudkan dengan efficiency curve?
efcu.gif
Efficiency curve berlaku apabila, sebagai SoHo, kita hanya fokus pada satu jenis perniagaan sahaja. Jangan dikembangkan kepada banyak perniagaan- berlainan dengan perniagaan besar yang sering “diversify”, perniagaan SoHo, kita perlu remain small.

Apabila kecil, disitu terjadinya efficience curve. Dalam efficiency curve, ia mengatakan:
Lebih banyak masa anda luangkan dalam sesuatu perkara, lebih banyak skill anda akan kumpul dalam satu perkara tersebut. Apabila ini terjadi, apabila diberi masa, lebih cepat anda dapat siapkan perkara itu.
Contoh:
Sekiranya SoHo anda adalah membuat tempahan jahit cushion/bantal lah, katakan. Anda hanya fokus pada cushion sahaja. Jahitan baju kurung ke, langsir ke, anda tak buat. 
Makin lama, anda akan makin handal membuat jahitan cushion. Pada mulanya, mungkin anda boleh siapkan 2 cushion sehari. Tetapi, menurut efficiency Curve, mungkin selepas beberapa bulan, anda menjadi semakin efficient (cekap) dan boleh menyiapkan sehingga 6 cushion sehari.
Ini bermakna, pendapatan anda juga bertambah 3 kali ganda.
When you focus, the efficiency curve kicks ini. Makin efficient anda, makin tinggi pendapatan anda ;)

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti 2 orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

 
(al-Bukhari)
Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. 


Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” 

Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Hari-hari dalam Rejabku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)



Puasa pada Bulan Rejab:
1 hari : mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
2 hari : dilipatgandakan pahalanya. 
3 hari : dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan) 
4 hari : diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
5 hari : aman daripada azab kubur. 
6 hari : keluar kubur bercahaya muka. 
7 hari : ditutup daripada tujuh pintu neraka. 
8 hari : dibuka baginya lapan pintu syurga. 
9 hari : keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. 
10 hari : Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 
16 hari : dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
19 hari : dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 
20 hari : diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). 
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.


Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.


Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.


Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Sabtu, 18 Jun 2011

Girls are like apples

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



19 Keistimewaan Wanita
1. Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka  keatas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.


6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh  rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya  adalah surga.


7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."


8. Surga  itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu  maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan rekannya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).


12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu  surga mana saja yang dia kehendaki


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )


15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.


16. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT


17. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan


18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan


19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Nota Adania

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-5406-30-0
Tarikh Terbit: 25 Feb 2011
Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Sinopsis

Kisah seorang remaja bernama Tengku Adania yang menjadi anak tunggal kepada Tengku Muiz dan Puan Najla. Dia dibesarkan dengan kemewahan tapi sayangnya tidak dibesarkan dalam lingkungan didikan agama. Kerana kesibukan ibu bapanya sebagai usahawan yang berjaya, dia dibiar mencorakkan kehidupannya sendiri. Tengku Adania sangat berbangga dengan kemewahan dan darjat yang dimiliki sehinggalah pada suatu hari Tengku Muiz telah membuat keputusan untuk menukarkan Tengku Adania ke sebuah sekolah harian kerajaan.

Di situ, dengan perangai Tengku Adania yang sombong, pelbagai peristiwa telah berlaku. Dia dimusuhi oleh seseorang sehingga sanggup mencederakannya. Perkenalannya dengan Khairul Lutfi dan Nenek Maryam mengubah cara pemikirannya. Dari situ perlahan-lahan dia cuba mengenali erti Islam yang sebenar. Selepas kematian Khairul Lutfi dalam satu kemalangan jalan raya, Tengku Adania bertekad untuk mengubah dirinya.

Perniagaan Yang Berkat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dari Hakim bin Hizam r.a dari nabi s.a.w sabdanya: 
”Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. 
Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; 
tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.”

(Muslim)

Khamis, 16 Jun 2011

Pekerja untuk perniagaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Dalam mencari pekerja untuk perniagaan anda, anda tak tahu apa yang anda akan dapat. 
Bak kata Forrest Gump:  
“Life is like a box of chocolate. You’ll never know what you’re gonna get”. 
Samalah dengan mencari pekerja mengendalikan perniagan anda.
Bila menemubual, ada yang datang berpakaian smart habis, segak, berkeyakinan bila bercakap, tetapi, bila sudah menjadi pekerja later on kita find out dia tidak boleh diharap.
Ada juga yang datang untuk temubual, datang selekeh, tak pandai bercakap, gaya tidak berkeyakinan… tetapi, later on kita dapati dia seorang yang pintar untuk perniagaan!
Just think about it. Dalam temubual, pastinya semua orang sudah bersedia untuk memberi tanggapan pertama yang menarik dan terbaik. Sama ada dia seorang yang jujur, atau pun tidak. Pastinya ia tidak dapat dilihat ketika temubual. Mempunyai pekerja boleh menjadi satu risiko untuk sesuatu perniagaan.
Jadi perlu buat apa?
Nasihat terbaik saya dapati dari Donald Trump. Katanya:
Hire the best people, and don’t trust them! (Buku Think Big, ms 154)
Donald Trump menceritakan pengalaman dirinya dan juga kenalan ahli perniagaannya yang melakukan kesilapan mendapatkan peguam terbaik, accountant terbaik, pekerja terbaik dan mempercayai mereka. 

Apa yang terjadi adalah, mereka menikam dari belakang.
So, next time anda mencari pekerja… ataupun dengan pekerja anda yang sedia ada, pastikan anda tahu segala-galanya yang dilakukan terutamanya yang melibatkan wang. 

Kerana “You’ll never know what you’re gonna get”! :)

Ambil kesempatan atas anda

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya anda seorang yang baik hati, dan lemah lembut, dan suka kesian kan orang… sesetengah orang yang tidak bertanggung jawab akan take advantage of you.  
That’s a fact.
Donald Trump pernah menulis
In business, don’t trust anyone! -Donald J Trump
Walaupun saya jarang menulis perkara negatif di Blog, sebab I’m a positive person, tetapi, kali ini tergerak juga saya nak beri pesanan mengenai perkara ini.
Why? Sebab baru-baru ini ianya terjadi kepada saya juga.
If you are nice, *some* people will take advantage of you. Tak semua akan take advantage, tetapi, beberapa orang akan. 

Bagi saya juga, ianya bukan kali pertama. Beberapa kali juga orang mengambil kesempatan keatas diri saya.  

Dan sering kali ia dilakukan oleh mereka yang hampir dengan kita yang kita menganggap “kawan”. Dan setiap kali kita akan rasa down, frustrated, marah pun ada.
So, apakah penyelesaiannya? Adakah kita berhenti jadi baik, dan terus jadi seorang yang kasar, berfikir negatif, dan sombong? Just be a “not so nice” person?
TIDAK!
Itu bukan jawapan dan penyelesaiannya.
Jawapannya adalah bersabar dan redha atas apa yang terjadi.  
Saya yakin Allah SWT sayang sangat-sangat-sangat-sangat pada hambanya yang bersabar dan redha.
Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah 1 hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!
So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa! :)
Tetapi, sekiranya anda tak bersabar… tak redha… menjadi marah… dan sebagainya dan nafsu syaitan mula memenuhi diri, di situlah akan terjadi keadaan dimana lebih banyak perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi.  
Umpama sudah jatuh ditimpa tangga pula.
So, my advise for today- always-always-always be nice, tak kira segelintir yang take advantage of you. Pulangan yang lebih lumayan pasti akan diberi oleh Allah! ;)

Dakwah dgn Kasih, Bijaksana

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

4 strategi sebar Islam dalam masyarakat majmuk
1- Ada sifat kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi terhadap orang yang hendak di dakwah. Berdakwah dengan memberikan label dan sindiran boleh menyebabkan sasaran lari dan tidak tertarik dengan cara diambil.
Kita harus menginsafi tidak semua orang memiliki latar pendidikan dan binaan keluarga yang baik. Sesetengah yang ingin didakwah adalah orang yang cicir dalam keluarga, mengalami kelompangan hati serta kekeliruan minda. Orang seperti ini mudah terdedah kepada kemungkaran kerana tidak memiliki kesedaran rohaniah.
2- apabila melihat kemungkaran/ perkara tidak baik dilakukan seseorang, perbuatan itu tidak kita sertai. Namun, jauh dalam lubuk hati kita terpancar rasa belas kasihan terhadap apa yang berlaku. Lalu datang gerak hati untuk mendekatinya dengan bijaksana.
Jika pendekatan itu dilakukan bagi mengajaknya kembali ke jalan yang benar, kemungkinan ia akan kembali kepada fitrah hidup semula. Jika kejayaan ini ada, bermakna ia tidak lagi terus melakukan kemungkaran, sebaliknya sudah bersama dengan kita hidup dalam makruf.
3- berdakwah perlu ada persiapan. Faham akan sasaran, tingkat pemikiran, rasa kesabaran dan kebijaksanaan seperti teladan diri yang baik dan tidak mudah berputus asa. Harus ada sikap setiap yang ingin didakwah ada potensi untuk berubah.
4- kuasai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang khususnya ilmu Islam kerana cabaran yang menghadapi masyarakat kini tidak saja rohaniah sifatnya, malah perkembangan ilmu yang menjangkau ke daerah sains dan teknologi.
Ilmu ini harus diolah dengan bijaksana bermula dengan mengukuhkan akidah dan iman, ibadat dan syariah supaya terhasil akhlak yang baik.

Pendakwah dan pendidik harus sentiasa memiliki sikap berlapang dada menerima kritik serta teguran. Jangan mengambil pendekatan radikal yang tidak serasi dengan resam budaya masyarakat dan boleh menyebabkan gerak kerja dakwah menjadi fitnah.

Al-Quran memberikan asas yang mantap mengenai jenis manusia yang ingin kita suburkan. Firman Allah bermaksud: 

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Surah al-Imran, ayat 110)
Ada 3 asas penting dalam ayat ini memberikan pedoman dakwah iaitu 
1- harus diwujudkan kebaikan dalam hidup ini ibarat pohon yang tumbuh dalam kehijauan daun dan kelebatan buah supaya manfaatnya dirasakan yang lain.
Makruf tidak hanya terpancar dalam pekerti diri yang memiliki teladan boleh dicontohi, tetapi mampu tegak dengan kekuatan ilmu yang dapat mengaturkan sistem. Memiliki ilmu muamalah didukung prinsip syariah bakal menjauhkan umat terbabit riba. Ia menuntut tekad politik dan keusahawanan yang tinggi supaya umat terus berada dalam keadaan makruf.
2- tentangan terhadap makruf dilakukan dengan menyuburkan perkara makruf sebanyak mungkin. Jika generasi muda kini ketagih dengan budaya popular Barat, tekad yang tinggi dan kreatif di kalangan ulama, ilmuwan, seniman dan karyawan Islam memberikan alternatif, kemungkinan kecenderungan terhadap kemungkaran dapat dikurangkan.
Bagaimana genre pantun, syair, nazam, qitah, gurindam dan seloka dengan bijaksana dan kreatif disuburkan dan menjadi minat generasi muda membawa mesej mengembalikan mereka ke arah yang lebih fitrah.
3- maksud beriman kepada Allah tidak hanya membina rasa percaya tetapi keyakinan dan kepercayaan yang didukung oleh ilmu. Tidak dinamakan seseorang itu beriman jika asas percaya yang menyebabkan niat dan perbuatannya menyimpang daripada yang diniatkan.
Syahadahnya lain tetapi pancaran syahadah tidak membayangkan ia percaya mengenai kewujudan dan keperkasaan Allah. Lebih-lebih lagi jika menganut Islam dengan sentimen atau emosi semata-mata.
Orang beriman bukan saja percaya tetapi asas kepercayaan kepada Allah mendorongnya untuk berfikir dan memerhati, mengkaji dan mengakui bahawa Maha Besar dan Perkasa Allah menjadikan alam ini dengan limpahan rahmat dan nikmat.
Dalam keadaan kini amat penting kefahaman pendakwah digilap dan kecerdasan strategi dilakukan supaya umat Islam sentiasa bertindak balas kepada keunggulan tamadun silam dan futuristik terhadap kemajuan serta perubahan yang berlangsung.

Ia bukan perjuangan mudah kerana kehebatan Islam tidak saja dilihat pada ajarannya, malah diukur daripada kecemerlangan diri dan gerak kerja penganutnya yang sentiasa mempamerkan teladan tinggi dan mampu menjadi sumber ikutan terhadap yang lain.

Inilah sebenar risalah nubuwwah supaya Islam mampu dicernakan sebagai agama mendukung maksud rahmat untuk sekalian alam. 


Rujukan

Ditimpa Bencana

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a bahawa keduanya telah masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" 
 
Ia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." 
 
Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "
Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat".
 
Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a

Rabu, 15 Jun 2011

Rejab 1432

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti  
ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. 

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. 
 Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali/ 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,  engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya

Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.

SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.

SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.

SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Tips Makan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Semalam borak2 dengan my personal trainer sambil buat cardio.Dia cerita cara pemakanan untuk lose weight.

Sarapan pagi.
-wajib ambil.
-makan cereal, oats, nestum atau roti wholemeal.
-minum susu low fat milk
-boleh makan 2 biji telur separuh masak (2 putih telur, 1 kuning telur..lagi satu kuning telur kena remove)
-jangan sapu butter.sapu jem/ peanut butter without sugar sahaja

Makan tengahari
-wajib ambil nasi.tapi satu cup sahaja.
-ambil banyak sayur
-jangan ambil lauk bergoreng
-lauk stim, bersup, rebus

Makan malam
-salad
-buah2an
-biskut grain
Hehehe..Harap membantu..Kena minta sorang RM1 ni utk tips ni..exclusively dari personal trainer saya..hahaha..saja je.joking....

gud luck!~

Rujukan

Positif Dan Negatif Malu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”

(al-Bukhari)
Huraian
Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. 


Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. 

Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. 

Maka sifat maka itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. 

Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. 

Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. 

Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.

Tuhan Baru Dunia Moden

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Oleh : al faqir Walid asy-Syathari
Penyunting: Irmy Juliza Abdul Rahman 

Selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wassalam yang dicipta dengan kalimah cinta, maka dengan cinta tersebut maka diciptaNya alam ini.

Berfirman Allah dalam hadis Qudsi :
“Aku (Allah) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu.” (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard. halaman 10)
Maka wujud kita dan semua dihadapan kita adalah kerana cinta Allah pada kekasihNya Rasulullah SAW

Justeru itu jangan kita sombong atau angkuh dengan kewujudan kita kerana tanpa Rasulullah saw, siapalah kita di sisi Allah. 
Kita tidak boleh mencapai cinta Allah tanpa cinta Rasul, kita tidak akan mencapai cinta Rasul melainkan memiliki akhlak yang mulia kerana salah satu sebab Rasulullah saw dilahirkan adalah untuk membaiki akhlak. 
Bahkan mereka yang paling hampir dengan Rasulullah saw di akhirat ialah mereka yang memiliki akhlak yang mulia.

Wahai saudaraku,

Umat Islam hari ini hidup dalam jurang kebinasaan akidah, justeru itu mereka amat lemah dan menjadi pemuja kepada sistem dan idealogi kuffar.  
Mereka menganut ajaran penyembahan berhala “DINAR” (wang), berhala “AKAL” (Mind Power), berhala NAFSU dan berhala TEKNOLOGI yang dibawa oleh ajaran Barat
Aspek- aspek tersebut adalah tuhan baru dalam dunia moden ini yang dianggap boleh membawa kehormatan, kekuasaan, sanjungan, keselamatan, kebahagiaan serta menjadi penjamin, penolong dan pergantungan hidup mereka.

Apabila ajaran ketuhanan baru ini meresap dalam masyarakat, maka akan hancurlah aspek kemuliaan manusia dan akhirnya alam ini akan hancur dari tangan manusia sendiri.

Firman Allah :
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Ar-Rum: 41)

Kerosakan virus ketuhanan yang sesat kini sudah menjalar ke seluruh alam sehingga menghancurkan aspek agama dan budaya sesuatu kaum.

Dalam masyarakat Islam kini khususnya di Malaysia, sudah wujud golongan yang mementingkan diri dalam menuju kekayaan, kekuasaan tanpa memperdulikan batas agama dan budaya.

Ikatan masyarakat antarabangsa, ikatan kenegaraan, kemasyarakatan dan kekeluargaan yang mulia juga menuju kehancuran.

Peperangan, pembunuhan, perompakan, penipuan, rasuah, rogol, penindasan, kezaliman, pergaduhan, dendam, dengki, fitnah, sihir dan lain-lain lagi adalah buah-buah yang keluar daripada benih jiwa yang tiada bertuhankan ALLAH yang mencipta insan dan alam.

Keruntuhan ini telah diubati oleh setiap Rasul pada setiap zaman sehingga Rasulullah saw sebagai penutup para Nabi dan Rasul a.s. 
Tiada ubat yang dibawa oleh para Nabi a.s pada umat mereka walaupun berbeza zaman melainkan mengajak pada satu kalimah penawar iaitu “Laa ilaaha illaLlah...”. 
Inilah kalimah yang akan membawa manusia kepada benih yang suci sehingga mewujudkan buah yang indah dalam kehidupan bermasyarakat di alam ini dan pada kehidupan yang abadi di akhirat nanti. 

sambungan disini

Selasa, 14 Jun 2011

Indahnya Kematian


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-967-0142-20-3
Tarikh Terbit: 25 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 224


Sinopsis

Mati mesti mati.
Kita semua akan mengalami kematian. Tiada yang menghairankan dengan pernyataan itu. Namun begitu, kita masih takut akankematian. Apabila mendengar perkataan 'mati', hati berdebar kencang. Peluh mula menitik di wajah. Mati selamanya menggerunkan.

Mengapa jadi begitu? Bukankah kita sedar disebalik kematian itu, ada kebaikan?
Indahnya kematian mengajak kita sama-sama berani mati. Ini kerana di balik kematian itu ada pelbagai keindahan. Di balik kematian itu ada ketenangan.

Indahnya kematian tidak hanya menjadi pedoman menyambut ajal dengan senyuman. Dengan buku ini, kita diajak bersama-sama menyelami hakikat menjadi manusia, lengkap dengan pengetahuan perihal hidup dan mati.

Hasad dengki Iri hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
"Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagaimana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"3 sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:
  • Buruk sangka
  • Hasad dengki
  • Takut sial kerana sesuatu
Lalu ditanya: 
"Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" 

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:
"Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." 
Yakni 
Jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selagi hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah/ perbuatan. 

Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. 
 
Jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung/ lain-lain yang menimbulkan was-was/ takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik/ harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: 

"Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." 

Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.
                    
Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: 

"Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." 
"Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." 

Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.
                        
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
"Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."
Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: 
"Hai anak, hati-hatilah dari hasud dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata:

"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu: 
  • Risau hati yang tak putus-putus
  • Bala yang tidak berpahala
  • Tercela yang tidak baik
  • Dimurka Allah s.w.t.
  • Tertutup padanya pintu taufiq
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." 

Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?"

Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."
            

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails