Isnin, 11 April 2011

Make it Better

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
The opportunity to make it better is everywhere if we choose to act. 
Better is seeing a void and filling it. 
Hearing a call for help and answering it. 
Taking a wrong and making it right. 
It is as small as preparing worksheets and guiding the young or
as big as changing the world. 
Better is giving employees paid time to serve. 
Building a house. Painting a school. Empowering our youth. 
Feeding the hungry. Or revitalizing our community. 
Better is a call for action.
A rallying cry. Fearless. Determined. Passionate. And connected. 
It is searching within. Reaching out. Heading into the eye of the storm. 
Adventuring out to the middle of nowhere. And doing so with purpose. 
So when the sun sets and we think about what tomorrow will bring, we understand better is not what we do. 
It is who we are.  

Selasa, 5 April 2011

Lakukan segala-galanya dengan pantas

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi 
Pantas! Itulah kuncinya…
Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas.
Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Jawapannya adalah amat mudah.
Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire  British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi.
Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. 
“Ke garisan… sedia… MULA!” 
kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru!
Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. 
Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunuh pembunuh ini. 
Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Innovative = Ubah 10% sahaja


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru.
Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.
Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif oleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.
Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.
Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:
  • Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
  • Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
  • Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)
Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. 

Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.

Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!

Konspirasi Yahudi: Perang & Penaklukan


Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-366-053-7
Tarikh Terbit: 30 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 144

Sinopsis

Buku ini membongkar, mengupas dan mengemukakan bukti sulit dan kurang diketahui umum strategi Yahudi mencipta dan mengatur peristiwa demi peristiwa dalam tempoh 100 tahun lepas. Penulis juga membongkar percubaan mereka bagi merealisasikan penubuhan sebuah kerajaan agung dunia atau world super government. Semua bukti ini dapat dijadikan sumber alternatif kepada pengkajian peristiwa penting yang berlaku selama satu abad terakhir daripada perspektif yang berbeza.

Pembentangan maklumat ini dikumpul daripada pelbagai sumber dan pembacaan seperti Corporatism: The Secret Government of the New World Order oleh Jeffrey Grupp, ensiklopedia Perang Dunia Kedua World War II: War Crimes & Espionage, terbitan Abbeydel Press, The Battle for God, tulisan Karen Armstrong dan The Secrets of the Freemasonry: Revealing the Surpressed Tradition oleh Jonathan Lomas. Dengan pembentangan maklumat ini, kita dapat mengetahui secara mendalam tentang siapa, bagaimana, bila dan mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi. Melihat sejarah dengan mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang timbul daripada pelbagai sudut, membantu kita mengenal siapa kawan dan lawan. Dengan cara itu, masalah-masalah yang timbul daripada hal-hal itu dapat diselesaikan.

Sebaik-baik Orang Yang Berhijrah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT.”
(al-Bukhari) 
 
Huraian
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. 


Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna.  
Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan “penghulu para pelaku kejahatan”, namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu’ dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. 
Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

Bila Ujian Datang Melanda

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Telah datang padaku seorang wanita yang solehah, hidupnya dari remaja sehingga sudah bergelar ibu, masih lagi dalam menuntut ilmu, cinta pada ibadah. Namun dia diuji dgn suami dan anak-anaknya, yang menggoncangkan perasaannya.
"Tuan, apakah salah saya, adakah saya terlalu banyak dosa sehingga Allah memberi musibah yang begitu berat pada saya?", begitu luahan hatinya.
Pelbagai ikhtiar dilakukan dalam membentuk anak-anaknya. Suaminya mengambil sikap melepaskan tangan, segala dibeban diletak pada dirinya. Hidupnya berendam airmata.

Saya bertanya kepadanya, apakah salah Siti Maryam sehingga dirinya disuruh mengandung anak tanpa ayah (Nabi Isa a.s)? 
Qada' Allah itu membawa dirinya dalam kancah fitnah yang hebat sehingga ia dihalau dari kampungnya, melahirkan anak seorang diri, sedangkan ia adalah kekasih Allah. 
Namun Siti Maryam tiada mengeluh dan tiada membantah apabila Malaikat memberitahu bahawa ia akan memgandung seorang anak lelaki tanpa bapa. 
Ia pasrah pada Allah, sebagai hamba tiada ia mengetahui kehendak Allah, sedangkan pada zahirnya takdir itu membawa kehidupan yang dipuji kepada kehidupan yang dihina.

Siti Maryam tiada bertanya apakah dosanya, tetapi menerima kehendak Allah dengan penuh cinta dan syukur. Sungguh, ia adalah kekasih Allah yang lulus ujian dari Sang Kekasih.

Wahai puan, kita jangan terlalu mengharap hidup ini sempurna. 
Kesempurnaan kadangkala membawa pada kemusnahan jiwa, kesusahan kadangkala membawa kepada kebaikan jiwa. 
Kita perlukan mata hati untuk syuhud pada Allah dalam segala perbuatanNya agar meyakini bahawa tiada Ia menzalimi kita, malah sentiasa dalam kecintaanNya dalam segala takdirNya.
Berserah, bersyukur, sentiasa berdoa dan berbaik sangkalah padaNya, dan tetaplah dalam ketauhidan.
Allah berfirman : 
 "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan 
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails