Rabu, 2 Mac 2011

Dari Titik Peluh Sendiri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”
(al-Bukhari)
Huraian
Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. 


Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.

Bangkit Sebagai Pelajar Hebat


oleh Halim Muda
Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-5564-35-7
Tarikh Terbit: 25 Oct 2010

Pelajar pasti mengejar kejayaan dalam pelajaran...
Usahawan pasti mengejar kekayaan dalam perniagaan...
Pekerja pasti mengejar impian dalam kerjaya...

Kesimpulannya, semua mengejar kejayaan dalam kehidupan. Namun anda perlu ingat, adakah semuanya boleh tercapai ataupun pasti tercapai? Buku Bangkit Sebagai pelajar Hebat memberi jawapannya!
Kandungannya memberi tunjuk ajar, perangsang dan hasil yang positif kepada anda kerana:
  • Bertindak menerobos sempadan diri anda
  • Memaparkan tip bagi berjaya di alam pembelajaran mahupun di alam pekerjaan
  • Membuka minda bagi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat
  • Memberi informasi mengenai kehebatan kuasa minda dan kaitannya dalam pembelajaran
  • Mencetuskan semangat juang dan berani demi mencapai kejayaan yang hebat
Tip dan informasi di dalam buku ini sesuai dipraktikkan oleh semua golongan pelajar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails