Sabtu, 19 Februari 2011

Demi CINTA, Biar Mereka kata Kamu GILA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



“Kamu akan bersama dengan siapa yang kamu cintai di akhirat nanti..!” (H.R Bukhari), 
begitulah jawapan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam kepada seorang Badwi yang menyatakan bahawa ia tiada memiliki apa-apa untuk menghadapi hari Qiamat melainkan sekeping hati yang amat mencintai Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam…
Orang yang bercinta adalah gila! Mereka dilihat gila/ menunjuk-nunjuk padahal kemabukan  cinta dalam hati mereka yang menyebabkan mereka dilihat bagaikan tiada akal. Para fuqaha bergantung pada akal dan dalil naqli secara zahir, tapi para pencinta bergantung pada hati dan dalil secara batin.
Para penentang mengatakan bahawa bagaimana kita melakukan amalan yang tiada Rasul melakukannya dengan berpegang pada qaidah fiqh, Sesuatu itu adalah haram selagi tiada nas atau hadis yang membenarkannya”, sedangkan para pengamalnya berpegang pada qaidah, Sesuatu itu adalah harus selagi tiada nas atau hadis yang jelas mengharamkannya”
Justeru, hal ini tidak akan selesai melainkan dalam hati umat ini ada cinta untuk bersatu dan berlapang dada dalam masalah ijtihad dan khilafiah.
Para pencinta tidak mahu tenggelam dalam pergelutan fuqaha, biarkan mereka dengan hal mereka kerana itulah tugas mereka. Para fuqaha juga mengatakan mana mungkin lautan api dapat direnangi kerana ia memandang dengan akal, namun para pencinta tetap mengatakan bahawa mereka sanggup berenang di lautan api kerana ia memandang dengan jiwa.
Kalimah dan perbuatan orang yang bercinta adalah datang dari pancaran jiwa yang dalam, ia diluar batasan akal untuk memahaminya, sedangkan batasan akal hanya bertindak di atas logik. Kaum Muktazilah mentafsirkan al-Quran dan Nas berdasarkan huraian yang boleh diterima logik akal sedangkan logik akal amat terbatas untuk menyelami rahsia kalam Illahi dan sabda RasulNya.
     Ramai kaum sufi yang menjadi mangsa fitnah disebabkan kalam cinta yang diungkapkan, malah para musuh mereka melihatnya sebagai makanan untuk dihidangkan pada umum agar racun fitnah dilihat benar. 
Berhati-hatilah wahai saudaraku di zaman ini, fahaman kaum Muktazilah yang berlindung di sebalik Ahlu Sunnah wal Jamaah! 

1 jam seminggu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Mereka yang berjaya dari segi kewangan adalah mereka yang mengambil masa yang lama memantau dan meninjau keadaan kewangan mereka. Walaupun sebelum mencapai apa-apa kejayaan kewangan.
Berapa lama masa yang anda beri untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu?
Tanamkan tabiat memberi sekurang-kurangnya 1 jam setiap minggu untuk berhenti dan semak keadaan kewangan semasa.
Ramai antara kita seakan “malu” hendak duduk dan pantau keadaan kewangan semasa kita kerana “takut” melihat keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.
Mereka yang ingin berjaya dalam kewangan mesti meletakkan masa khas sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu untuk melihat kedudukan kewangan senidiri. 

Allah Tidak Pernah Penat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang Rasulullah SAW dan bertanya kepadaku : 
”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. 
“Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap (istiqomah walaupun sedikit).”
(al-Bukhari) 
 
Huraian
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. 


Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ 
Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut.  
Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.

21 Rahsia Fasih BI


Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-5564-83-3
Tarikh Terbit: 18 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 232

Tahniah kerana anda memilih bagi memiliki buku ini! Selain menjimatkan wang, masa dan tenaga bagi mempelajari bahasa Inggeris, anda juga dapat mempraktikkan pelbagai teknik menarik yang unik seterusnya fasih berbahasa Inggeris dalam urusan seharian. Fasih berbahasa Inggeris mampu meningkatkan potensi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih tinggi.
Aplikasi rahsia menarik di dalam buku ini:
  • Mengapa perlu menjadi bayi kembali?
  • Apakah konsep WWE?
  • Bagaimana strategi menangkap bahasa?
  • Praktikkan kaedah GLUE
  • Hiburkan suasana dengan humor
  • Teknik berkenalan dengan perkataan
Walaupun kita mempunyai pelbagai dialek, namun ia tidak menghalang kita fasih berbahasa Inggeris. Semuanya terbukti dengan aplikasi 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris yang sudah dipraktikkan bersama para peserta dari seluruh negeri di Malaysia melalui bengkel yang dianjurkan oleh Coach Sha dan Coach Ridz.

Sabtu, 12 Februari 2011

3 keutamaan jika doa tidak makbul

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ust Armen Halim Naro, Lc

Bagaimana seandainya doa anda tidak makbul? Maka Allah swt tetap memberikan 3 keutamaan/ pahala pada mereka yang berdoa.
1- Allah gantikannya dengan menyelamatkan kita dari musibah
2- Allah berikan terus di dunia tapi dalam bentuk yang lain
3- Allah simpan untuk Dia berikan pada kita di Akhirat kelak
Kalau Allah tidak mengkabulkan doanya juga bererti, Allah telah menjauhkannya dari musibah yang nilainya setimpal atau lebih bernilai dari apa yang ada dalam doanya.

Misalnya, dia berdoa kepada Allah untuk mendapatkan kereta Mersedes.
" Ya Allah berikanlah kereta Mercedes, jiran sebelah telah beli kereta Mers"
Dan dia bersungguh bermunajat pada Allah dengan serius untuk mendapatkan kereta Mers itu. Sudah 10 tahun dia meminta doa untuk mendapatkan kereta Mers, jangankan kereta mers, isteri pun namanya memang Cedes. Isteri dapat tapi kereta Mers masih tak dapat lagi.
Maka, bergembiralah engkau wahai Mukmin, Allah tidak mengkabulkan doamu kerana Allah telah menggantikannya dengan terhindarnya kamu dari musibah yang mungkin parah buatmu seumur hidupmu.
Inilah yang kita kurang fahami kerana apabila kita terhindar dari ditimpa musibah, adakah ianya sungguh bukanlah sebuah kenikmatan? Kenapa begini dan kenapa tidak begitu?
kerana kita tidak pernah menghayati dan berfikir apa hikmah di sebalik kejadian yang menimpa diri kita.
Satu cerita dari seorang sahabat, apa katanya?
Alhamdulillah, saya baru sahaja balik dari menunggang motor. Kebetulan di depan saya ada sebuah lori panjang yang membawa motor dan saya berhasrat ingin memotongnya.
Lalu sewaktu saya cepat2 ingin memotongnya, tiba2 saya seperti ditarik mendekati lori itu sehingga dekatnya hampir 1 cm sahaja lagi. Kemudian kata dia ada 1 cm lagi kalau seandai dia tidak pegang handle motornya kuat2, mungkin sy sudah ada di hospital menanggung sakit yang teruk dan  kalaulah saya hidup pun mungkin akan keluar beratus ribu untuk kos perubatan saya, MasyaAllah.  Dan sekarang Alhmdulillah, saya selamat. Ianya lebih berharga dari segala-galanya.
Kita kadang2 kurang mensyukuri nikmat ratusan ribu yang baru dikurniakan oleh Allah swt tadi dengan diselamatkan oleh Allah azzawajalla dari musibah tersebut.
Anda baru sahaja dapatkan wang bernilai ratusan ribu yang diberikan oleh Allah azzawajal dengannya.
Dari mana datangnya wang itu? 
mungkin dari doa yg kita inginkan dan dari seharusnya boleh mendapat ratusan ribu tapi masih tak dapat2 juga. Maka, ratusan ribu itu jugalah yang anda dapat dengan cara terselamat dari musibah itu.
Cerita seorang isteri bersama anaknya keluar pergi ke suatu tempat dan waktu itu kita di rumah. Tiba-tiba, isteri telefon.
"Alhamdulillah bang, helmetnya pecah, tapi alhmdulillah kami sihat dan tiada apa2 berlaku."
Dan kalau seandainya, kepalanya pecah. Berapa pula dia perlu keluarkan duit untuk membiayai perubatan anak dan isterinya dan megembalikan kepala isterinya? Subhanallah

Jadi dijauhkan dari musibah adalah sebuah kenikmatan yang harus kita syukuri

sambungan dari sini
SUMBER

3 cara makbul DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ust armen Halim Naro, Lc
Saya mengesyorkan belajar beribadah dari doa, kemudian kita tingkatkan dalam solat dan seumpamanya hinggalah terbit rasa kusyuk beribadah pada Allah swt.
sabda Nabi saw
"Akan datang nanti di akhir zaman sebanyak itu orang yg solat dan sebanyak itu juga orang yang tidak khusyuk"
Bagaiman khusyuk hati boleh hadir sedangkan ikatannya dengan dunia, dengan harta adalah sangat kuat.

Maka seandainya jika kita mulakan melatih diri khusyuk dengan doa, maka itu adalah semudah2 cara dan teknik untuk belajar khusyuk dalam solat. Maka cari waktu2 yg mustajab untuk berdoa.

Ibnu Qayyim ra mengatakan: 
Orang yang berdoa seperti orang yang memanah.
Orang yang memanah,  
1-harus ada sasaran, 
2-harus ada panah yang lurus
3-harus ada tenaga yang menarik panah tersebut sehingga dia kan meluncur terus tepat pada sasarannya.
3 syarat ini harus ada pada seseorang untuk dimustajabkan doanya oleh Allah swt, maka 1-sasarannya adalah Allah, hendaklah dia berdoa kepada Allah swt dan tidak berdoa kepada selainNya.
Kerana berdoa kepada selainNya adalah kelemahan & kehinaan
Panah yang lurus adalah 2-doa yang datang dari Rasulullah saw, ramai orang berdoa dengan mengarang2 doanya.

"Ya Allah berikanlah aku harta yang banyak"
"Ya Allah, masukkan anak saya ke sekolah ini dan itu"
"Ya Allah, berikan saya isteri begini dan begini..."

Subhanallah
Bagaimana kita akan tahu bahawa kekayaan yang nanti Allah berikan akan memberi manfaat kepada kita?
Daripada mana pula kita tahu, ketika anak kita diterima di sekolah pendidikan, sekolah dan pendidikan itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat anak anda?
Berdoalah sesuai dengan doa Rasulullah saw yang ada dalam al-Quran dan sunnahnya kerana ia adalah panah yang kukuh.
Fahami sedikit demi sedikit doa itu
Dan alangkah bagusnya buku karangan Sheikh Abdul Razak Bin Abdul Husin Al-Badar- Fiqh doa. Fahami di sana Fiqh doa Rasulullah saw
3-Tarikan anak panah pula adalah kekuatan/ kepentingan doa yang dipinta.
Seseorang yang merasa doanya tidak penting sebenarnya tidak inginkan doa tersebut, lalu bagaimana dia akan khusyuk dalam berdoa?
Doa yang akan dikabulkan oleh Allah azzawajal adalah doa orang yang benar-benar terdesak, menginginkan& berhajatkan doa tersebut.

Apa kata Ibn Qayyim,
Tidaklah tercipta 3 syarat ini (Allah, RasulNya & kesungguhan) kecuali Allah swt akan kabulkan 3 syarat tersebut dan mengkabulkan doa itu.

Jumaat, 11 Februari 2011

Ruh tanpa Rasul adalah mati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Dalam al-Quran terdapat sebutan tentang “NUR”. 
 يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ قَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ ڪَثِيرً۬ا مِّمَّا ڪُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن ڪَثِيرٍ۬‌ۚ قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬ وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١٥)
“Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan.” (al-Maidah : 15)
Dalam Tafsir al-Jalalain Imam al-Suyuti rahimahullah menyatakan  makna nur itu ialah “Rasulullah saw”.

Dalam Tafsir al-Qurtubi dinyatakan begini : “Telah datang kepada kamu Nur dari Allah iaitu cahaya, dikatakan “Islam” danMuhammad dari al-Zajjaj. Dan “kitab” itu dikatakan al-Quran.

Dalam Tafsir al-Tabari disebutkan : “Telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad saw yang dengannya dicerahkan kebenaran, dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

Dalam Tafsir ibn Kathir tentang ayat ini dinyatakan : “Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah Taala memberi khabar berkenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad saw dengan bimbingan hidayat dan agama yang hak kepada semua ahli bumi.”
“Alam tanpa manusia adalah mati. Manusia tanpa ruh adalah mati. 
Ruh tanpa Rasul adalah mati.”
Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah sumber cahaya kerahmatan bagi sekelian alam.  
Tanpa Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam, ruh dan alam ini dalam kegelapan dari cahaya Allah. 
Baginda adalah penghubung antara alam ketuhanan dan alam manusia. 
Baginda adalah pintu bagi para perindu Ilahi. 
Memasuki pintu lain daripada Baginda adalah sesat. 
Cahaya kerahmatan Baginda tetap kekal merahmati alam walaupun jasad Baginda tiada lagi di bumi ini…
Maklumat tentang alam ruh tetap tersimpan pada ruh bagaikan cip komputer. Ia hanya dapat dibuka dengan kod mengucap dua kalimah syahadah, mentaati perintah dan ajaran Rasul.  
Apabila mereka menerima dengan ikhlas bahawa Nabi Muhammad saw adalah Nabi, maka nur kerahmatan akan melimpah dalam jiwa dan memimpin mereka kepada Allah.
Semakin bersih seorang itu dalam amalannya, maka semakin melimpah nur pada jiwanya.  
Kekuatan nur yang melimpah akan dapat membuka kembali cip maklumat alam ruh sehingga mereka akan terkasyaf kembali di alam ruh. Segala pandangan dan perjanjian di alam ruh dahulu akan terbuka, maka mengenal mereka akan hakikat diri, hakikat nur dan rahsia Ilahi secara kasyaf.

Sebaiknya untuk mencapai hakikat ini, perlukan bimbingan para mursyid yang benar. Jika sukar memiliki, banyakkan selawat dan benar dalam mengamalkan sunnah, insya Allah dengan keberkatan selawat, kita dapat pemeliharaan Allah daripada kesesatan.
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه بها عشراً
“Barang siapa yang berselawat padaku satu selawat sekali, nescaya Allah berselawat padanya 10 selawat.” (riwayat Muslim)

Selawat dan salam pada HabibuLlah Rasulullah saw!

Banyakkan selawat atas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya… dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan Ihsan dan menanggalkan kekotoran syirik pada batinmu!

Petikan : Allah - Syariat dan Hakikat 
SAMBUNGAN DARI SINI

Penghubung antara kita dengan Allah

Bermula agama dengan wajib mengimani rukun Iman yang 6, iaitu :

1.    Beriman kepada Allah
2.    Beriman kepada Rasul
3.    Beriman kepada Malaikat
4.    Beriman kepada Kitab
5.    Beriman kepada Hari Akhirat
 6.    Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Syaikh Ahmad Al-Fathani[1] menyatakan  kunci utama keimanan rukun Iman adalah keimanan kepada RASUL[2] kerana 
Rasul adalah penghubung antara kita dengan Allah dan segala alam ghaib.
Akal manusia amat terbatas untuk mencari jawapan kepada semua persoalan dan misteri kehidupan. Akal hanya boleh mengetahui pada hukum zahir sahaja, malah sehingga kini pun, banyak rahsia alam yang zahir ini masih lagi tak dapat ditemui jawaban oleh para pemikir.

Mata melihat mayat di hadapan, akal tiada dapat memberi jawaban misteri di sebalik mayat tersebut. 
Bagaimana keadaannya selepas mati?? dan ke mana ia akan pergi??
Tanpa Rasul, manusia bertuhankan khayalan akal sehingga timbul pelbagai ajaran yang disandar pada agama seperti adanya dewa di langit, inkarnasi (kelahiran semula) dan lainnya, sedangkan ia sama sekali jauh dengan hakikat agama.
Agama ialah pengetahuan yang disandarkan kepada Rasul dan kitab Allah yang diturunkan kepada mereka. Justeru itu manusia amat berhajat pada Rasul untuk memberi jawaban bagi segala persoalan akal. 
Maka jawaban kehidupan ini hanya dapat dihuraikan apabila adanya keimanan seorang itu kepada Rasul. Ini kerana pada Rasul, Allah memberi penglihatan dan pengetahuan tentang hakikat diri manusia, rahsia alam zahir dan alam ghaib.
Keimanan adalah kepercayaan yang ditasdiq pada hati TANPA RAGU. 
Para sahabat memulakan keimanan mereka dengan beriman kepada Rasulullah sallaLlahu alaihi wassalam[3] melalui proses kajian dan penelitian siapa Muhammad sallaLlahu alaihi wassalam dari sudut akhlak, kehidupan, keluarga, tanda-tanda keNabian dan sebagainya sebelum mereka berbai’ah dengan dua kalimah syahadah.
Dengan keimanan pada Rasul tanpa ragu, membawa mereka mengimani segala rukun Iman yang lain dengan yakin. Akal mereka menolak seorang Rasul itu berdusta, tiada amanah, tiada bijaksana dan menyembunyikan ilmu.

Beriman kepada sifat wajib bagi Rasul disimpulkan kepada 4, iaitu:

1. Amanah - Kepercayaan
2. Siddiq - Benar
3. Fathanah- Bijaksana
4. Tabligh - Menyampaikan 

Selawat dan salam pada HabibuLlah Rasulullah saw!

Banyakkan selawat atas Nabi wahai saudaraku, cintai sunnahnya… dengannya kamu akan memiliki cahaya yang membuka pintu ketauhidan Ihsan dan menanggalkan kekotoran syirik pada batinmu!

Daun Stevia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu
Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.
Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.


“Pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

“Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.
“Jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula,” katanya

Beliau menjelaskan stevia mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.


Katanya, stevia sudah dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.

Beliau menjelaskan sebelum ini ramai yang meragui khasiat stevia kerana kajian ke atas tikus di makmal mendapati pengambilan bahan pemanis secara banyak dan berterusan menyebabkan haiwan itu mandul.


“Tiada kajian khusus ke atas manusia dilakukan dan jika mahu dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Paraguay, sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana mereka tidak memakan stevia secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak. Masyarakat itu memakan stevia bagi menghilangkan rasa pahit ubat saja dan bukannya dijadikan bahan wajib bagi setiap hidangan.


“Malah, satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula,” katanya.


Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Kelebihan Sayidina umar Dalam Ilmu Agama!

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:
” Rasulullah SAW pernah bersabda:” Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya:” Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).” 
Huraian
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang tafaqquh (mendalam ilmu agamanya). Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang kisah Sayidina Umar Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa zaman jahiliah. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuk syaitan sendiri. 
Apakah rahsianya Sayidina Umar boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar mendalami ilmu agama. Sungguh banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah beliau. Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau mengubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau berhijrah dan lain-lain. 
Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil. Mukmin yang mendalam ilmu agamanya memang lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang seluk-belok agama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW bermaksud: Seorang Faqih adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang 'Abid (orang yang banyak beribadat)”
(at- Tirmidzi dan Ibnu Majaah)

Dunia Yang Lebih Indah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Artis: Firdaus

menjadi fitrah manusia hidup di dunia
perlu sesama begitu adanya
pabila duka mengusik indahnya suka
dan seharusnya bangkitlah di jiwa

rasa peduli menolong sesama

bukan hanya bicara
tindakan yang utama

di sini kita dengan segala yang dipunya

semuanya fana, titipan semata
lihat mereka saudara kita di sana
dalam nestapa di manakah cinta?
rasa peduli menolong sesama
bukan hanya bicara
tindakan yang utama
cuba rasakan setiap tangisan
tak berhenti berharap akan huluran tangan
memberi cinta dan harapan
bersama kita melangkah kaki
menuju dunia yang lebih indah

pernahkah kita bayangkan jadi mereka

belum tentu kan mampu, cuba sedari
tanya diri sendiri
apakah ada simpati

Menuai Hidayah Iman

Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-59-8
Tarikh Terbit: 22 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 192

Pasti anda mahu tahu
  • Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya?
  • Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia?
  • Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman.
  • Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.
Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah.
Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai.

Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.

Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.

Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.

Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.

Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.

Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.
Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.

Hari2 Motivasi diri

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi

1-Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2.
Kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!
2-Hargai diri kita sendiri.
Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!
3-Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar.
Tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang. ;)
4-Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup.
bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita ;)

5-Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita.
apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails