Sabtu, 31 Disember 2011

Petua Penjagaan Kulit

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara asasnya ialah kelembapan kulit. Untuk menegangkan kulit muka, anda perlu pastikan kelembapan kulit muka sentiasa dijaga.

Langkah melembapkan kulit muka:
1. Ambil sebiji mentimun dan dibuang kulitnya.2. Potong halus-halus dan ramas hingga berair.3. Sapukan air mentimun tersebut pada muka. Biarkan selama 20 minit.4. Selepas 20 minit, cuci muka dengan air bersih.5. Keringkan muka dengan tuala lembut.6. Amalkannya tiga kali dalam seminggu. 
Selain melembapkan kulit muka, mentimun ni juga ada khasiat lain.


Mentimun yang dikisar dan ditambah dengan sedikit gula boleh dijadikan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan panas badan.

Seperkara lagi, mentimun ni boleh juga dijadikan ulam untuk merawat penyakit darah tinggi.
Caranya amat mudah iaitu makanlahlah beberapa hiris mentimun setiap kali makan nasi.


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2008/04/tegangkan-kulit-muka.html#ixzz1iBDAuEkn

Petua Penjagaan Kulit

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Anda dah sedia, begini caranya:
1. Cuci dan bersihkan muka anda dahulu.2. Kemudian keringkan muka anda.
3. Selepas itu, ambil sebiji telur dan asingkannya ke dalam bekas atau piring.4. Sapukan putih telur ke seluruh bahagian muka.
5. Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka selama sejam. 6. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka anda dalam tempoh tersebut.
7. Setelah lebih kurang sejam berlalu, bilas muka dengan air suam.8. Sebaik-baiknya amalkan dua hingga tiga kali seminggu sebelum masuk tidur.
Jika anda lakukan secara teratur dan konsisten, InsyaAllah anda pasti akan dapat merasai hasilnya.

Selamat Mencuba.

Jumaat, 30 Disember 2011

Hamka: Ulama serba boleh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Riwayat hidup

Nama  :  Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah.
Tempat lahir : desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjaau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
Tarikh lahir :16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah.
Ayah :  seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau
Jawatan : anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946)
Tarikh meninggal : 24 Julai 1981
Umur : 73 tahun.

Sifat-sifat Peribadi

1. Hamka seorang yang pintar dan bijak.
2. Beliau juga terkenal sebagai ahui kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab.
3. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam.

Pendidikan

1. Hamka mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Beliau mempelajari ilmu-ilmu asas agama serta mempelajari al-Quran sehingga khatam.
2. Pada tahun 1915 ketika beliau berusia 7 tahun, beliau memasuki sekolah desa di Padang Panjang. Pada tahun1918 pula beliau menuntut di sekolah datuknya, Muhammad Amrullah.
3. Hamka berpeluang mendalami pelajaran tafsir daripada Kiai Bagus Harikusomo di Tanah Jawa pada tahun 1924serta berpeluang daripada tokoh terkenal seperti Shamsurrijal dan Haji Fakhruddin. Kegiatan ilmiah yang dianjur oleh tokohtokoh tersebut adalah dalam seminar, ceramah, kuliah, perbincangan, serta persidangan.

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam
1. Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.
2. Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasilhasil karya yang ditulisnya.
3. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.
4. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.
5. Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah"Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930.

Hasil-hasil karya

1. Hamka telah menulis enam puluh buah buku selama dua puluh lima tahun.
2. Contoh karangan beliau dalam novel adalah seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk"Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain.
3. Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.
4. Antara hasil-hasil karya Hamka yang menggoncangkan semangat revolusi ialah "Revolusi Fikiran, "Revolusi Agama, "Adat Minangkabau, "Menghadapi Revolusi, "Negara Islam, "Sesudah Naskah Renville, "Muhammadiah Melalui Tiga Zaman, "Dari Lembah Cita-Cita Merdeka, serta "Islam dan Demokrasi .
5. Pada tahun 1929, Hamka menghasilkan buku-buku, "Agama dan Perempuan, "Pembela Islam, dan lain-lain lagi. 

Khamis, 22 Disember 2011

Kelas Iqra & Al-Qur'an

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Kelas Iqra' dan Al-Qur'an untuk Kanak-kanak dan Dewasa


Tempat: 
15, Jalan Temenggong 20B, Taman Sri Bahagia, 41200 Klang.


Maklumat Lanjut Hubungi:
Ustaz Jefri: 013-6646074
En Sham: 019-2542360


Yuran Hanya RM 50 sebulan

Eksplorasi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.



Album : Koleksi 16 Lagu Nasyid Terbaik Far East
Munsyid : Far East feat. Inteam
http://liriknasyid.com

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

Lagu: Fadzli Far East
Lirik : Ito Lara
Susunan Muzik : Eddy Marzuki
Gitar : Eddy Marzuki
Mixing : Greg Syafiq Hendersen

Selasa, 15 November 2011

Iwan Syahman dedah cerita insaf

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.





RASA keinsafan itu terdetik sejak tiga tahun lalu, sewaktu dia bersendirian memikirkan kehidupan lampau. Kegagalan perkahwinan kedua bersama bekas isteri, Wan Rafidah Abu Bakar menyebabkan sepi semakin mencengkam diri.

Ia sekaligus membuatkan kehidupan harian menjadi kucar-kacir dan seakan-akan tiada makna. Lelaki ini kemudiannya nekad untuk mencari ‘sesuatu’ yang mampu mengisi kekosongan rohaninya.

“Di kala saya sedang leka memikirkan makna kehidupan sebenar, tanpa disedari minda saya menerawang entah ke mana.
“Semuanya ibarat air yang dituang ke dalam gelas. Bila penuh, ia tertumpah di atas lantai seolah-olah tiada erti. Saya anggap kehidupan saya seperti pembaziran,” dedah awal lelaki ini pada pertemuan di pejabat Utusan Malaysia, pagi Isnin lalu.

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu dangdut kontemporari sekitar tahun 1990-an ini mengakui bahawa 

‘kehanyutan’ lampau berpunca dari kelalaian dari perintah Maha Pencipta. Apabila terlalu leka dengan keseronokan sementara dunia.
Namun begitu, Iwan bersyukur kerana diberi hidayah bagi memulakan episod hidup baru.

“Saya akui punya sedikit pengetahuan asas agama. Saya perlu banyak mengimbas dan mengulangkaji ibadah yang saya tinggalkan sebelum ini.
“Banyak ilmu keagamaan diketahui selepas menyertai kumpulan tabligh. Ternyata kumpulan itu amat sesuai buat diri saya yang jahil agama,” katanya jujur.
Katanya, perubahan yang dilakukan itu berniat tulus murni. Tidak pernah ada tujuan menunjuk-nunjuk.
“Saya pernah mengalami zaman jahiliah seperti mana umat terdahulu. Macam-macam jenis maksiat pernah dilakukan. Tapi biarlah urusan yang lepas itu lepas,” jelasnya lembut.

Hidayah & dangdut

Wan Syahman Wan Yunus, 50, atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan Dangdut ini adalah antara artis yang menerima hidayah mengejut seperti komposer Sham Kamikaze dan pelakon drama Mek Salmah Dari Scotland, Catriona Ross.

Justeru itu, penghijrahan ke arah kebaikan tersebut tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif dalam industri seni tanah air.
Tambahan pula Iwan adalah antara peneraju irama dangdut yang kerap kali dikaitkan dengan Ratu Dangdut, Amelina.

“Dalam soal ini, saya pernah berserah kepada-Nya dan dia beri saya petunjuk. Tapi bukan dengan memilih lagu bergenre dangdut. Kalau saya teruskan juga, macam mana dengan wang penghasilannya?
“Saya perlu lebih menitik beratkan tentang sumber kewangan kerana mahu mencari keredaan Tuhan. Tidak mahu terlibat sama sekali dengan masa silam saya. Justeru, cara terbaik adalah membuat lagu-lagu berunsur dakwah. Mengajak orang membuat kebaikan dan mengingatkan mereka,” katanya berterus-terang.

Merujuk tentang persoalan mengguna pakai nama pentas Iwan Syahman menggantikan Iwan Dangdut, lelaki ini punya alasan sendiri.
“Saya berharap agar penghijrahan ini bersifat menyeluruh. Bukan setakat dalaman malahan keseluruhan diri saya. Nama itu terpaksa ditukar sebab saya lebih selesa dengan jati diri sendiri.
“Biarpun saya tahu risiko yang terpaksa diterima selepas perubahan itu. Memang ada yang tak perasan apabila saya perkenalkan diri dengan nama Iwan Syahman berbanding Iwan Dangduti,” jelasnya.

Pemilik E-Wan Entertainment ini juga berharap agar album dakwah berjudul Segalanya Allah yang mengandungi sepuluh buah lagu itu mampu mengubati kerinduan di kalangan peminatnya.

Antara lagu berunsur nasihat yang terkandung dalam album itu adalah Segalanya Allah, Shalat Dulu, Fadhilat Shalawat, Semua Allah Punya, Kalimah Toyyibah, Seksa Neraka, Pengasih dan Ke Taman Syurga.

Mengulas tentang keluarga barunya, Iwan memberitahu bahawa dia cukup bahagia dengan perkahwinan ketiganya bersama Evie Surriyanti, 25, yang dinikahi 20 Februari 2009.

Wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia itu telah banyak menyokong perubahan niat barunya itu. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran permata hati, Wan Nur Sumayyah yang kini berusia setahun enam bulan.

Segala aktiviti harian Iwan dikongsi dalam laman sosial www.facebook.com/ Iwan Syahman atau boleh dihubungi menerusi e-mel eone@hotmail.com.

Shalat Dulu – Iwan Syahman

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Tunggu sebentar solatlah dulu

Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim
(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskanlah safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah
Allahumma salli `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama sallayta `ala ibrahim wa`ala ali ibrahim
Wabarik `ala muhammad wa`ala ali muhammad
Kama barakta `ala ali ibrahim wa`ala ali ibrahim
(2x)
Bertasbihlah Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
Bertahmidlah Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Bertakbirlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bertahlillah La llaha illa Allah, La llaha illa Allah, La llaha illa Allah
Tunggu sebentar solatlah dulu…..

Isnin, 14 November 2011

Pakar Home Tuisyen

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Assalamualaikum dan Hi Hello..

saya Cikgu Ija. Full time tutor utk SPM, PMR dan UPSR di Shah Alam dah berpengalaman hampir 3 tahun.
Semoga pelajar saya yg akan menghadapi exam SPM mingguni dapat menghadapi dengan tenang dan relaxs, InsyaAllah dapat jawab semua soalan dengan betul dan tepat
dan result kamu semua Gempak
utk yg dah lepas exam UPSR dan PMR, Wah, tengah Honeymoon lah ye kamu semua



Okla, seronok sebenarnya menjadi Guru Tuisyen sepenuh masa (bg yg memang minat mengajar d suka mengajar) 
1) Dapat kongsi segala Rahsia ilmu 
2) Dapat pengalaman baru apbila setiap backgroud family yg berlainan 
3) Dapat belajar cara baru mendidik apabila setiap pelajar memiliki tahap faham yg berlainan 
4) Dapat diingati sebab jadi "Cikgu" hu2, xlah, sebenarnya menjadi guru banyak saham baiknya di akhirat kelak.InsyaAllah5) Banyak lagi
Kepada pelajar/ Parent/ Penjaga yang nak saya guide tahap kefahaman dan pendidikan pelajar boleh sms/ call saya
019-6347991 cikgu ija
013-4619365 cikgu win

available sekitar shah alam
oh ye
Bayaran antara RM 40-50 sahaja per Jam
terima Kasih semua
Wasallam

Isnin, 24 Oktober 2011

10 Kisah Penghijrahan Artis Bertudung

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jika kita lihat, semakin ramai artis wanita di Malaysia yang mula bertudung. Alhamdulillah, perubahan mereka ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut bertudung... So Jom kita selongkar Kisah2 Artis dan penghijrahan bertudung mereka..!! 

1* Wardina Safiyyah
Syukur sekarang Wardina dah tak lalu zaman tue dan terus bertudung. Padahal kalau ingat balik rambut Wardina memang lawa mengalahkan artis-artis yang ada sekarang. Yang tambah kagum, populariti Wardina tetap maintain. So tak ada reason untuk artis lain cakap bertudung nie membuatkan saham diorang jatuh.

Kami masih teringat lagi masa Wardina jadi mangsa majalah playboy Malaysia (Mangga). Masa tue Wardina ngan Sarimah memang tengah top.

"Orang akan menilai kita melalui pakaian kita, dan pakaian kita ini menzahirkan siapa kita. Saya mahu dikenali sebagai seorang wanita muslim" 
Wardina,2011 

Tidak mampu menyembunyikan rasa sebak, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu. Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau. "Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.

"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Lagi ttg Catriona

3* Irma Hasmie
Biarpun mulanya dia kelihatan sukar memberikan komen pasal perkara ini, namun akhirnya Irma Hasmie akur kerana pasti suatu hari nanti umum tetap jua akan mengetahui perubahan yang dilakukan dan kini dia mengesahkan akan kekal bertudung biarpun masih berada dalam dunia glamor.

"Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
"Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
"Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini," jelas Irma. 

4* Farah AF
Ceritanya bermula di malam israk mikraj "Farah selalu terfikir apabila melakukan perkara yang disuruh Allah S.W.T, ia masih tidak sempurna jika Farah tidak bertudung. Masalah itu sering membelenggu jiwa Farah selama ini, terutamanya sebelum tidur," katanya bersungguh-sungguh." 

Siapa sangka di sebalik suka-suka sekadar memenuhi tuntutan program Rasa Halal Orient untuk bertudung, dalam diam ia mencambah peralihan yang sangat berharga. Seiring peningkatan usia, Farah yang semakin dewasa sedar di mana landasannya kini sebagai wanita Muslim.

“Sedikit sebanyak pembabitan saya mengacarakan program Rasa Halal Orient di Astro Oasis memberi dimensi indah untuk saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan. Alhamdulillah, saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang terbentang di depan mata kita ini.
“Keluarga banyak menyokong. Ia terjadi secara semula jadi tanpa sebarang paksaan. Kenangan selepas menunaikan solat Isyak pada malam jatuhnya hari Israk Mikraj itu cukup bermakna hingga mencuit hati saya untuk bertudung,” katanya yang mula minat mengumpul tudung pelbagai corak.

5* Liza Hanim
Apa yang pasti, keputusan yang dibuat oleh ibu kepada dua anak perempuan iaitu Marsya Qistina, 7, dan Marissa Qaireen yang berusia setahun lebih itu mendapat keizinan daripada suaminya.

"Tiada paksaan untuk saya bertudung. Saya ikhlas mengenakannya dan Insya-Allah ia akan berterusan," ringkas jawapan yang diberikan penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu.

Bertudung sejak dua bulan lalu, kata Liza, dia sebenarnya telah lama merancang untuk membawa perubahan dari segi penampilan diri seiring peningkatan usia yang kini telah mencecah 31 tahun.
Dua tahun lamanya dia menanam azam namun, baru dua bulan lalu hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan.

"Pada April lalu fikiran saya kuat ingin bertudung dan tiba-tiba suatu hari apabila bangun daripada tidur terus hati saya berkata ingin memakai tudung.
"Untuk itu, saya terus berjumpa suami dan meminta keizinan daripadanya. Alhamdulillah, suami saya menyokong dan menyuruh agar saya tetapkan hati untuk terus bertudung selepas ini.

6* Norkhiriah
Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat. Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini.

Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik. Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit

7* Raja Farah
Sudah dua bulan saya memakai tudung dan ini telefilem pertama saya dengan imej baru. Ia adalah penghijrahan kekal saya sebagai isteri orang. Saya beralih arah memakai tudung atas kehendak sendiri dan sudah tiba masanya untuk saya berubah demi kebaikan. 

Syukur suami juga memberikan sokongan dengan hasrat saya untuk berubah penampilan. 

Apapun, saya memang sudah menyimpan hasrat hendak memakai tudung sejak belum berkahwin lagi. Malah, saya mulakan dengan berselendang dulu.

8* Siti Nurdiana
"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelas Siti Nordiana.

Menurut Siti Nordiana lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.

Sementara itu, Siti Nordiana ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.

9* Anne Hot FM
Kata Anne, tiada sebab khusus mengapa dia mengambil langkah untuk bertudung. Cuma gerak hatinya berasakan sudah tiba masanya dia menutup aurat. Ikutkan sudah lama nalurinya ingin tampil begitu, sejak sebelum dia berkahwin lagi. Akhirnya yang diimpikan benar-benar menjadi kenyataan.

“Saya rasa selesa bertudung kerana sebelum ini pun sedikit sebanyak saya sudah mula membiasakan diri mengenakan tudung di rumah bersama anak saudara yang lain. Saya jenis manusia yang tidak suka membuat perubahan secara drastik dan terburu-buru.

“Tak kiralah dalam soal bertudung atau hal apa-apapun, saya mahu betul-betul bersedia sebelum merealisasikannya. Alhamdulillah, keluarga termasuk suami merestui apa yang saya lakukan ini. Secara kebetulan, saya juga mempunyai emak saudara yang berhijrah seperti saya beberapa bulan lalu.lalu.

10* Diana Amir
 Semuanya bermula apabila pada hari raya ketiga, Diana berkesempatan berjumpa dengan temannya yang terlebih dulu sudah memakai hijab. Berkongsi perjalanan hidupnya, pada malam itu Diana menilai dirinya dan merenung masa akhiratnya. “Kenapa mesti berdegil sedangkan dalam al-Quran sendiri sudah menjelaskan mengenai perihal bertudung. “Jadi, tidak ada alasan lagi kenapa saya menangguhkan perkara yang baik. 

“Apabila sudah menutup aurat, semuanya terjaga. Dari segi percakapan, perlakuan, pergaulan dan pemakaian, semua perlu dilakukan seimbang dengan imej bertudung kerana saya tidak mahu dikatakan bertudung hanya kerana terikut-ikut,” katanya. 
Diana lebih selesa dengan penampilan terbarunya kerana merasakan dirinya lebih terjaga daripada pandangan umum. 

Talkshow Nisa' & DACS 30/10/11

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Jumpa Di SANA...

Catriona Ross Pakai Tudung

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Terharu sungguh membaca kisah Catriona Ross bertudung. Paling terharu dengan reaksi suami Catriona Ross yang ternyata bangga dan sangat menghargai apa yang dilakukan oleh Catriona Ross. Semoga Catriona Ross akan kekal bertudung. Nampak sangat-sangat cantik kan bila Catriona Ross bertudung?
catriona ross
Di bawah ialah kata-kata Catriona Ross tentang reaksi suaminya apabila dia bertudung:-
Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung…dia (suami) nampak sangat terkejut dan bertanya, ‘bila’, saya kata ‘pagi tadi’…dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya
Untuk makluman, Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai tahun lepas kalau tak silap. Menarik sungguh cerita bagaimana dia bermula memakai tudung. Benarlah kata orang, hidayah itu datang tak kira waktu dan tempat. Untuk Catriona Ross, ianya berlaku ketika menemani teman-temannya membeli tudung.
Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung…mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai. Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama…saya akan memakainya
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Catriona Ross atas penghijrahan ini. Untuk makluman, Catriona Ross ada menjalankan perniagaan pakaian menerusi laman web Facebook.
Jom soroti perkembangan terbaru Cat


Talkshow "Ini Kisahku"
Satu Program Bual Bicara ini menampilkan seorang selebriti terkenal  dan juga bekas Mat Rempit yang mana mereka ini telah nekad mengambil keputusan untuk melakukan Penghijrahan dan Perubahan dalam hidup beliau.


Talkshow "Ini Kisahku"
menampilkan
1*Catriona Ross, seorang pelakon terkenal
2* Asmawi Askor, bekas Mat Rempit/ undergroundness
dan 3*Muna Izzah sebagai Motivator


Kita jumpa nanti di
Talkshow "Ini Kisahku"pada Ahad, 30/10/2011
jam 8.30- 11.00 malam
Bertempat di Tapak Pasar Malam Seksyen 24, Shah Alam

lagi tentang Catriona Ross

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails