Sabtu, 27 November 2010

Tips Kewangan: Formula 70/30

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

70% adalah peruntukan bagi perbelanjaan selama sebulan termasuk rumah, kereta,makan & shopping! 
Jika tidak cukup, lakukan penjimatan yg realistik sehingga mencukupi 70% daripada pendapatan anda. 
Contoh, gaji RM2000 sebulan, RM1400 (70%) adalah utk perbelanjaan.
Baki 30%  (RM600) adalah untuk jana kekayaan!
Dalam 30% itu, bahagikan kepada 3:
-10% (RM200) guna untuk ibubapa/ kebajikan, orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Pahalanya akan menggandakan wang anda. InsyaAllah.
-10% (RM200) gunakan untuk bisnes/ sbg modal permulaan. Contohnya: pergi kursus/ seminar, beli buku, program dan sebagainya. Belajar sesuatu yang baru dengan membuka minda & bercampur dengan usahawan lain.
-10% (RM200) SIMPAN untuk masa depan, inilah kunci kejayaan kerana ianya bakal meledakkan akaun bank dalam senyap.
Nota: SIMPAN RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun;
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. 
Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan. 
Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.
 Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, jomguna Formula 70/30 mulai hari ini. Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.

Jumaat, 26 November 2010

Perniagaan berubah - perlu flexible!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
 Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Seringkali kejayaan sesuatu perniagaan datangnya bukan pada jenis perniagaan yang mula-mula diceburi. Perniagaan berubah, begitu juga dengan kejayaan.
Sebagai contoh, handphone yang popular ketika ini NOKIA, pada asalnya merupakan syarikat membuat kertas.
Sering kali juga kita dengar kisah kejayaan daripada mereka yang tidak menceburi sesuatu bidang itu ketika belajar. Diri saya sebagai contoh, pada asalnya mengambil jurusan Ekonomi & Finance (ITM)- tetapi, kejayaan yang dijumpa adalah dalam bidang Internet & motivasi (perniagaan).
Beri peluang untuk diri anda menjadi flexible. Ubah mengikut pengalaman.

Armagedon 2012


Armagedon: 2012
Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

rujuk sini

Tiada Tertanding Dan Tidak Sebanding

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:”Allah berfirman:”Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernh telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia.”
 
(Bukhari)
Huraian
Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah itu. 
Ingatlah...Tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA

Without You

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Without You Lyrics Sami Yusuf: Without You- 2009
Lyrics: Conner Reeves; Melody: Sami Yusuf

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity (kehidupan)
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness(tanah gersang)
You beckoned(memberi isyarat) my every step
I stumbled(tersadung) sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You (3x)

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze(angin sepoi2)
Rise like a kiss to thee(kamu)

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Khamis, 25 November 2010

Tips Mengendalikan dan Menahan Marah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

BERWUDHU & SOLAT Mengurangi panasnya “bara” amarah di dalam hati. Solat akan membuat pernafasan Anda menjadi lebih relaxs. Ini dapat menurunkan tekanan psikologis/ stress.
 LEBIH RELIGIUS Jika selama ini Anda kurang aktif dgn kegiatan keagamaan, kenapa tidak segera memulakannya? Berada di dalam kump Spiritual membantu diri mencapai prospek filosofi yang positif & akhirnya mengekang segala kesinisan, amarah & agresif.
 SERINGLAH KETAWA Amarah dan gelak memang tidak sama dan tak mungkin berlaku dlm 1 waktu. Jika Anda mahu ketawa, tak ada salahnya Anda mentertawakan diri sendiri pada saat suasana mulai tidak mententeramkan hati…maka marah yang keluar akan reda. InsyaAllah
MENDENGARKAN Cubalah untuk menutup mulut, diam…dan dengar. Byk bukti, bahwa diam dpt merendam rasa marah. Setelah itu, apabila Anda berbicara, maka nada bicara Anda akan terdengar lebih bijak. Ini bisa membuat orang lain belajar dari Anda.
 LETAK DIRI ANDA DI TEMPAT ORANG LAIN Ini akan membuat Anda dapat merasakan apa yang mereka rasakan. Maka, orang lain akan lebih menghargai Anda.

MEMAAFKAN Betapa parah pun luka Anda di “hati”, cubalah untuk memaafkan…meskipun menurut Anda hal itu tidak mungkin untuk dimaafkan. Cubalah melepaskan marah dengan memaafkannya. Percayalah, Anda akan merasakan “beban” yang membuat hidup Anda jauh lebih ringan untuk dijalani.
 TOLERANSI Belajar menerima orang lain seadanya, bukan ingin menjadikan mereka sesuai mengikut kehendak Anda. Maka pada saat Anda berbicara, itu akan lebih didengari oleh orang lain.
 MILIKI SAHABAT KARIB 
Seorang sahabat karib, boleh dipercaya, dan dapat memberikan sokongan buat Anda pada saat amat memerlukannya. 
BAHASA POSITIF  
Gunakan bahasa positif namun simple, dengan nada suara yang rendah yang dapat membuat rasa marah reda. Jauhi dari mengungkapkannya dengan nada tinggi dan keras, apalagi jika sampai memaki hamun.

MEMELIHARA BINATANG 
Memelihara haiwan kesayangan adalah tindakan bagus dan baik, sebagai langkah awal Anda untuk belajar memperhatikan alam sekeliling Anda. Penelitian psikologi, menunjukkan bahwa secara fizik dan emosi, pemilik haiwan kesayangan lebih baik dibandingkan yang tidak memilikinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails