Ahad, 17 Oktober 2010

Sifat Golongan Miskin di zaman Rasulullah saw

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tidak pernah meminta-minta

Peka antara 1 sama lain

Bantu-membantu

Tidah pentingkan diri, pemurah dan mengutamakan saudaranya.

Tidak makan lebih daripada sahabat miskin lain

Tidak bergantung pada orang lain

Ada harga diri

Khamis, 14 Oktober 2010

Masa Khatam Al-Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.
Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau hafaz 30 juzuk Al-Quran? Cuba lihat jadual dibawah…

 Kalau kita terlampau sibuk sekali pun, sekurang-kurangnya kalau kita baca 1 ayat Al-Quran setiap hari, maka dalam 17 tahun akan datang, Insya’Allah kita akan khatam juga.

Tapi kalau ya pun, takkan lah nak baca 1 ayat jer, ye tak? Paling kurang pun kalau kita baca 1 atau 2 mukasurat setiap hari dengan istiqomah, sekurang-kurangnya dalam masa setahun, kita sudah pun boleh khatam Al-Quran…

Tidak mengapalah kalau kita Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Apa Pun, kerana membaca Al-Quran itu saja pun, sudah boleh Di Jadikan Penenang Jiwa… Tapi kalau faham, lagi bagus!

4 Perkara Sebelum Tidur

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
" Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu :
1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...
" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." 
"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat " 
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi kamu." 
"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

Selasa, 5 Oktober 2010

Rahsia Memimpin Wanita


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. 
9/10 (90%) daripada wanita adalah perasaannya.
1/10 (10%) adalah pertimbangan akalnya. 
Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.

Bahasa samada lisan/ tulisan adalah alat bagi membangkitkan perasaan di dalam dada wanita. Kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.
Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. 

Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. 

Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.

Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. 
Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. 

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, 
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. 

 AKAL SENIPIS RAMBUTNYA- TEBALKAN DENGAN ILMU
HATI SERAPUH KACA- KUATKAN DENGAN IMAN
PERASAAN SELEMBUT SUTERA- HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. 


 Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. 
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. 
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, 
mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, 
bahkan mereka pula membengkokkan .

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN 
SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. 



Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. 
 Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. 
Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. 
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA,
jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails