Ahad, 29 Ogos 2010

Si Kaca Mata


Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-5406-75-1
Tarikh Terbit: 9 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 256

Seman seorang penglipurlara pada kanak-kanak di kampungnya. Dia juga suka meniru gaya Mr. Bean, pelawak yang amat digemarinya. Seman diibarat seorang idola bagi kanak-kanak yang meminati cerita Seman. Perangai lurus bendulnya itu membuatkan rakan sebayanya Nasuha, Param dan Jefri sering mengejeknya seperti orang tidak siuman. Sedangkan pada kanak-kanak di kampung itu, Seman adalah penghibur hati mereka. Namun kedatangan seorang tetamu di rumah Nenek Gayah mendebarkan Seman. Siapakah tetamu itu? Mengapa hingga begitu hebat impaknya kepada Seman?

Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
  1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
  2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
  3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…
Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:
  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
  3. Cash transaction only :)  
Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategy anda dalam menjalankan perniagaan ;)  
Dengan ini, saya pun buka satu kategori baru dalam Tip Satu Minit: 9/10 iaitu tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam. Setuju?

sumber

Pemergiannya Satu Istirahat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.”
(al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian
Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. 
 
Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT. 
 

Rabu, 25 Ogos 2010

My Memory


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-967-5406-55-3
Tarikh Terbit: 28 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 208

Adilah sedaya upaya memperbaiki hubungannya dengan rakan-rakan iaitu Reen, Am, Hakim dan Afra. Dia bertekad mahu menjadi kawan yang baik dan sibuk mengimbau kenangan zaman sekolah. Namun sikap pelik Adilah yang terlalu beria mahu berbaik dengan semua orang rupa-rupanya adalah satu petanda sesuatu akan berlaku....

Bab 1- Tiada Lagi Rahsia  1
Bab 2- Surat Mama  23
Bab 3- Merdeka!  41
Bab 4-Kawan yang Baik  55
Bab 5- Memori Hakim  79

Bab 6- Hati yang Terusik  99
Bab 7- Cuba-cuba Jadi Rajin  119 
Bab 8- Memori Adilah   139
Bab 9- Terima Kasih, Kawan  159
Bab 10- Selamat Tinggal Semua.... 173


Jika berminat boleh membuat Tempahan.

Keyakinan dalam Berdoa


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”
Huraian
      Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa. 

     Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat.

2 +ve lawan 1 -ve… siapa menang?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Katakan  dalam satu group, ada 10 ahli. 
Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. 
Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif.
Apa akan terjadi pada group itu bila mengandungi 2 orang positif, dan 1 orang negatif?
2 positif lawan 1 negatif, siapa akan menang?
Jawapan: Yang 1 negatif akan menang :(
Ini kerana, sesuatu yang “negatif” lebih senang di sebarkan.
Perkara  negatif juga lagi senang untuk “berjangkit” & Yang negatif lagi senang untuk difikirkan.
Contohnya, kalau dalam satu pejabat, ada 2-3 orang yang berfikiran positif… dan ada sorang sahaja berfikiran negatif. 
Yang negatif tu pasti akan menjatuhkan moral dan semangat teman-teman pejabat yang lain, tak kira walaupun ada 2-3 orang lain yang bersemangat, positif & mempunyai keyakinan tinggi.
Mempunyai 1 orang berfikiran negatif dalam group/kumpulan/kenalan anda adalah agak berisiko, kerana bila-bila masa sahaja ia dapat berjangkit dengan ahli-ahli lain :)
So, berhati-hati with negative people around you. Ianya berjangkit dengan orang lain… takut2 terjangkit kepada anda

Pentingnya pemasaran perniagaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Pemasaran perniagaan adalah amat penting dalam sesuatu perniagaan. Kata seorang pakar perniagaan:
“Marketing is too important to be left to the marketing people!”
Maksudnya, sekiranya anda memiliki perniagaan, usah 100% beri tanggungjawab pemasaran kepada bahagian pemasaran. 

Anda sebagai pemilik harus mengetuai pemasaran perniagaan anda sendiri oleh kerana pemasaran adalah amat penting dalam kejayaan perniagaan anda.
95% perniagaan kecil-kecilan gagal dalam tahun pertama oleh kerana kurangnya strategi pemasaran!

Isnin, 23 Ogos 2010

Belajar Mengaji Al- Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jom Belajar Mengaji Al- Quran
Terbuka pada semua peringkat umur
Mari Mengaji:
  • Belajar Mengaji di rumah sendiri
  • Bijak Tajwid
  • Iqra' & Al-Qur'an

Hubungi kami sekarang untuk tempahan
irmy 019-6347991

irmy_ija@yahoo.com

Amalan suami semasa isteri mengandung.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah AnNahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

5 perkara yang memepengaruhi jiwa & harapan orang yang berdoa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

1) Dengan berdoa, semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
2) Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
3) Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan arahan Allah.
4) Percaya dengan kesungguhan hati & keimanan kepada Allah SWT.
5) Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Format Laptop/ PC


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


FORMAT PC/ LAPTOP

Standard Instalation:
·   Window XP Professional
·   Microsoft Office 2007
·   Multimedia Softwares (winamp, VLC media player  etc)
·   Anti-virus (avira)
·   Mozilla Firefox
·   Adobe Reader
·   WinRAR & WinZip
·   Lain2: atas permintaan

HARGA : RM 50
irmy (019-6347991)
win (013-4619365)
Kami datang kepada anda.
irmyjuliza.blogspot.com

Ahad, 22 Ogos 2010

Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-5406-56-0
Tarikh Terbit: 27 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 176

Ikuti kisah Puteri Arabella yang tampil membuat kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya gembira di hari lebaran.

Kali ini Puteri Dian Adelia terpaksa menggayakan gaun merah jambu yang bukan warna kegemarannya. Walaupun begitu, dia bahagia kerana dapat membantu kawan baiknya Izyan menyelesaikan masalahnya.

Hayati kisah Puteri Farisya yang gembira dapat membantu kanak-kanak miskin bergembira di hari raya. Walaupun sibuk dengan membuat kebajikan, dia tidak lupa dirinya sendiri. Gaun merah jambu tetap menjadi pilihan hati.

Selepas pelbagai ujian dilalui, akhirnya Puteri Qaira dapat berkongsi baju raya berwarna merah jambu bersama teman baharunya Rafika.

Puteri Humaira menerima hadiah istimewa bagi dipakai pada hari raya. Gaun merah jambu yang diberikan ayahandanya sungguh bermakna baginya.

Jika berminat boleh membuat Tempahan.

Tip mesra suami isteri bahagia (2)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
 
Tonton rancangan TV yang melucukan dan mampu membuatkan anda berdua ketawa. Keserasian ialah apabila anda sependapat untuk perkara yang sama dan ketawa merupakan elemen yang perlu ke arah hubungan yang lebih serasi.
Dinner di rumah! Jangan lupa berpesan pada suami anda agar pulang awal ke rumah untuk kejutan istimewa. Tetapi jangan nyatakan apa rancangan anda agar ia tetap rahsia.
Anda boleh memasak makanan kegemarannya, tutup lampu dan nyalakan lilin di meja makan, tapi jangan lupa! pakai baju tercantik yang pernah pasangan anda hadiahkan ketika menyambut kepulangannya nanti.

Sebagai isteri, sentiasa tingkatkan kemahiran memasak anda. Hati suami boleh ditambat melalui perutnya! Air tangan isteri mampu mengeratkan kasih sayang anda dan pasangan.

Sekiranya pasangan anda memiliki rambut yang panjang, sikat rambutnya perlahan-lahan dengan lembut sekali. Teknik ini sangat berkesan lebih-lebih lagi ketika si dia baru selesai mandi dan bersedia untuk tidur.


Pakai pakaian atau tudung yang dihadiahkan pasangan ketika keluar bersama. Anda pasti tampil istimewa di hadapannya!
Sekali sekala amalkan makan bersuap dengan pasangan anda. Meskipun sudah melalui majlis makan beradab, tidak bermakna anda tidak perlu mempraktikkannya lagi. Ia pasti mengimbau kenangan hari bahagia anda berdua selain tampil romantis ketika makan bersama.
Simpan gambar pasangan anda di dalam telefon bimbit atau dompet anda. Lebih baik lagi jika gambar anda berdua ketika bercuti. Setiap kali menatap gambar tersebut, secara tidak langsung anda akan teringat saat manis ketika bercuti dengan si dia.

Main suatu permainan dengan pasangan, misalnya teka-teki. Jika si dia gagal memberikan jawapan yang tepat, jangan lepaskan begitu sahaja sebaliknya berikan denda. Apakah dendanya? Anda cadangkanlah sendiri!
Cipta jargon yang hanya difahami oleh anda dan pasangan.

Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”
(al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian
1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk melipatgandakan amal kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi atau personal dan merupakan rahsia antara seorang manusia dengan Tuhannya.
2. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadatnya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Sabda Rasulullah yang bermaksud :Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.

Bercakap dikhalayak ramai


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Di hari cuti begini, adakah anda berminat untuk mengetahui bebarapa tips dan teknik untuk memajukan cara anda berkomunikasi di khalayak ramai? Jika anda berminat, anda berada di tempat yang betul sekarang ini. Saya akan kongsikan beberapa tips dan teknik dalam beberapa hari ini untuk membantu.
Mari kita mulakan dengan pembuka tips ini semua. Saya mahu anda lakukan sesuatu.
keyakinan diri 
Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. 

Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.

Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.
Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?
Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.
Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak….
Selamat mencuba!

Nama Perniagaan Anda

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dalam menamakan perniagaan anda, pastikan nama perniagaan anda mempunyai kaitan dengan fungsi perniagaan anda.
Satu kesilapan dalam menamakan perniagaan adalah memberi nama yang tiada kaitan dengan perniagaan yang di jalankan. Nama perniagaan anda juga bertindak sebagai strategi promosi perniagaan anda.
Nama yang efektif adalah apabila nama perniagaan anda disebut, fungsi atau industri perniagaan anda turut diketahui. :) 

Sabtu, 21 Ogos 2010

Puasa Lidah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

 
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membantalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.
2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.
3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.

Teknik Memori SmartStudy


Harga: RM 22.00 / RM 25.00
ISBN-13: 978-967-369-020-6
Tarikh Terbit: 9 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 232
Membantu anak atau pelajar mengingati apa yang diajar dengan cara mudah dan menyeronokkan.

Apakah bahasa yang digunakan oleh memori kita? Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, ataupun bahasa Cina? Tidak ada satu pun, bukan? Menurut pakar memori dunia, Kevin Trudeau, memori berkomunikasi melalui gambar.

Teknik Memori SmartStudy adalah ciptaan Osman Affan dan hasil gabungan kerja dan ilham beribu-ribu pelajar dalam program SmartStudy Memory Skills. Buku ini turut memuatkan ilustrasi menarik lagi melucukan, tips mengingat, latihan, dan contoh bagi setiap teknik yang diajar.

Teknik Memori SmartStudy: (buat dalam peta minda) Akronim Akrostik Audionim Cerita kreatif Nombor ceria Hafal fakta di dalam jadual

Osman Affan adalah jurulatih profesional dalam bidang motivasi dan teknik kemahiran belajar. Beliau mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003 dan mula mengajar teknik-teknik kemahiran belajar dan motivasi kepada pelajar pada peringkat sekolah rendah, menengah, kolej, dan universiti.

Pengenalan
1) Harapan dan impian penulis
2) Antara faham dan ingat
3) Prinsip asas mengajar teknik memori
4) Pengenalan kepada Teknik Memori SmartStudy
5) Peraturan asas
6) Bab 1 Bahasa Memori
7) Bab 2 Akronim
8) Bab 3 Akrostik
9) Bab 4 Audionim
10) Bab 5 Cerita Kreatif
11) Bab 6 Nombor Ceria
12) Bab 7 Hafal fakta dalam jadual 13

Jika berminat boleh membuat Tempahan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails