Sabtu, 31 Julai 2010

Nasihat utk meninggalkan dosa & maksiat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
"Setiap anak adam itu melakukan dosa dan sebaik2 yang melakukan dosa itu adalah orang yang mahu bertaubat." (Sabda Nabi saw daripd Anas b Malik, diHasankan oleh al-Albani)
Dosa & maksiat adalah tabiat manusia & manusia tak lari dari dosa kecuali yg dimaksumkan oleh Allah swt di kalangan Nabi & RasulNya.
Sabda Nabi saw:
"Jika seandainya kalian tidak berdosa maka Allah swt akan buang kalian & Allah akan datangkan orang yg berdosa kemudian dia beristighfar kepada Allah, kemudian Allah mengampunkan mereka"
Jika seandainya kita tidak berdosa bagaimana Allah swt menampakkan kasih sayangNya kepada kita?
Jika seandainya kita tidak berdosa bagaimana Allah swt memberikan rahmat, keutamaanNya pada manusia?
Jika seandainya kita tidak berdosa bagaimana kita dapat merasai nikmatnya bermunajat kepada Allah?
Adam as, kedudukannya lebih baik setelah dia melakukan dosa dari sebelum melakukan dosa, kedudukannya lebih baik setelah berdosa daripada sebelum berdosa.
Kata Allah swt:
"Wahai Adam dahulunya kau datang kepada aku sebagaimana datangnya Raja kepada Raja, akan tapi sekarang, engkau datang kepada Aku sebaimana datangnya budak kepada majikannya"

Dan alangkah nikmatnya menjadi budak kepada Allah, hamba Allah, menghambakan diri kepada Allah azzawajalla.

Ibnu Qayyim menyatakan:
Rintihan orang yg berdosa lebih aku cintai daripada tasbih orang2 yang sombong beribadah kepada Allah swt
Orang2 yg sombong bertasbih lebih hebat dari tangisan orang yg melakukan dosa.

Ibnu Qayyim menyatakan dalam Kitab Wabilsoyyib:
Berapa byk dosa seseorang yang menghantarkannya kepada syurga & berapa banyak pula  pahala seseorang seseorang yang soleh menghantarkannya kepada neraka/
Amal baik seseorang menghantarkannya kepada neraka. 
Kenapa?
Kerana ketika seseorang hamba melakukan maksiat kepada Allah swt, dia bawakan dirinya bahawa dia adalah orang yang berdosa, hamba yang seharusnya beribadah, memenuhi drinya dengan cinta, tunduk, tawakal. 
Sekarang dia telah berpaling, kemudian dia telah kembali bertaubat, bersimpuh, bertawakal dan bemunajat kepada Allah
dan dengan dosanya yang tersebut, dia dapat bermuamalah dalam ibadahnya kepada Allah yang akan memasukkannya di dalam syurga.
Ada sebuah kisah mengharukan dari seorang wanita yang telah berzina sehingga dia hamil.
Ghamidiah datang kepada Rasulullah saw dan mengatakan:
"Ya Rasulullah, sungguhnya aku hamil hasil dari zina, maka sucikan diriku"
Kemudian, Rasulullah saw melihat dan menolak: Baliklah wanita itu. Kemudian dia datang lagi: 
"Ya Rasulullah, saya mengerti bahawa engkau akan menolak aku sebagaimana engkau tolak Maiz"
"Tidak, aku tidak akan tegakkan hukuman sampai engkau melahirkan anakmu itu"
9 bulan Ghamidiah tersebut dibelenggu oleh maksiatnya, dibelut oleh zina dan perbuatan maksiatnya kepada Allah swt, akan tetapi belunggu maksiat itu menghantarkannya untuk bertaubat kepada Allah swt. 9 bulan dia datang lagi kepada Rasulullah saw. Dia bawa bayi tersebut kemudian dia menyatakan
" Ya Rasulullah saw, akulah wanita yang dahulunya datang kepada engkau yang menyatakan kepada engkau bahawa aku berzina kemudian sucikan aku. Ini dia anakku Ya Rasulullah, sucikan diriku"
"Tidak, aku tidak akan tegakkan hukuman sampai engkau menyusukan anakmu itu"
Panas maksiat masih membakarnya sehingga dia terus terpaku atas maksiat tersebut dan bertaubat pada Allah. Pulang lagi wanita itu dalam keadaan berputus asa, dalam keadaan sendirian, kesedihannya kerana dia sudah bosan dengan kekotoran badannya, dia hendak mensucikan dirinya kepada Rasulullah.

Kemudian 2 tahun lebih, dia menyusukan anak tersebut dan untuk ketiganya dia tak mahu ditolak, diambilnya potongan roti kemudian diletakkan di tangan anak tersebut. Kemudian dia datang lagi.
"Ya Rasulullah, saya wanita yang dahulunya datang kepada engkau, berzina dan kemudian engkau suruh aku pulang kemudian engkau katakan harus dilahirkan dahulu kemudian kau pulangkan lagi,  kemudian engkau katakan harus menyusukan dahulu kemudian kau pulangkan lagi saya, kemudian ini dia anakku Ya Rasulullah, sucikan diriku"
"Periksa dia, apakah dia mempunyai gila/ semacamnya kemudian tegakkan kepadanya hukuman."
Dilaksanakanlah hukum rejam setelah sekian lama ditunda. Kemudian Khalid B Walid melemparnya sampai darahnya memercik ke wajah Khalid. Kemudian Khalid mencelanya.
Rasulullah saw berkata: 
"Jangan cela dia wahai Khalid. Sungguh wahai Khalid, dia telah bertaubat, jika seandainya dibahagikan taubatnya kepada seluruh penduduk Madinah yang melakukan maksiat, nescaya sudah cukup bagi Allah untuk mengampuni mereka(penduduk Madinah)"
Taubat, jadi orang yang melakukan maksiat hendaklah bermuamalah dengan taubatnya, dengan maksiatnya, bermuamalah untuk dia dapat merasakan halawatuliman, kemanisan iman
Sesungguhnya iman memiliki manis, jadi rasakan itu...

"Ya Allah, kami menzalimi diri kami sendiri, seandainya engkau tidak ampunkan kami maka kami akan rugi"


Bagi orang yang ditimpakan oleh Allah swt melakukan maksiat, 
  1. Jujurlah bertaubat kepada Allah, fahami tentang hakikat taubat dan bertaubatlah sejujur2nya
  2. Bergaullah dengan orang2 yang soleh dari kalangan muslimin yang mana mereka mengingatkan kita kepada akhirat dan amal soleh 
  3. Jauhilah teman2 yang buruk dan 
  4. Selalukan untuk duduk ditempat yang bersih di masjid2 Allah, Majlis Ilmu dan 
  5. Hidupkan diri bersama sahabat, tabi'in. Bacalah sejarah mereka, hidupkanlah dala diri. 
Sesungguhnya menyibukkan diri dengannya akan menghilangkan maksiat kita kepada Allah swt. Maksiat muncul kerana kekosongan hati, maksiat datang kerana kita tidak menegakkan kebenaran pada waktu itu.
Ketika kebenaran kita tidak tegakkan, maka akan datang kebatilan menyerang diri kita.
Maka sibukkan diri dengan kebenaran, hadiri majlis ilmu, penuhi diri kita dengan zikir kepada Allah swt dengan solat 5 waktu, dengan berbicara dan berbincang mengingat akhirat bersama orang2 soleh, membaca buku, menjadualkan untuk sosial, menziarahi orang sakit.
Sibukkan diri, menziarah kubur, berinfak, bersedekah, bergotong royong, pergi ke tempat2 kesedihan orang yang ditimpa musibah, berangkatlah, sibukkan diri dengan itu.


Di Madinah, ada seorang pemuda yang mana dia menyatakan dirinya setiap Asar dia harus berangat ke rumah sakit. Dia tidak memiliki harta seperti anda, fakir, miskin.
"Saya tidak memiliki harta yang dapat disedekahkan, akan tetapi saya mempunyai kata2 untuk menjadi pembalut kesediahn untuk orang yang sakit"
Maka dia datang ke rumah sakit setiap asar, ketika hendak Maghrib dia solat berjamaah, itu setiap harinya. Masyallah.
Harus ada kebaikan yang kita banggakan nanti dihadapan Allah swt
“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)
Bahkan jika dosa kita sebanyak air di tujuh samudera, ampunan Allah lebih banyak dari itu. Jika dosa kita saeluas langit dan bumi, ampunan Allah lebih luas dari itu.
“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah)
Bersegeralah menuju ampunan Allah, niscaya Allahpun akan segera mengampuni kita semua, Bergegaslah menuju ampunan Allah dengan melaksanakan taubat yang sebenarnya. Penyesalan yang mendalam karena telah berbuat dosa. Bertekad untuk berhenti melakukannya serta tidak mengulanginya di masa datang. Lakukanlah taubat sebelum nyawa sampai di tenggorokan ketika sakaratul maut, atau sebelum matahari terbit dari barat.

Khamis, 29 Julai 2010

Tarikh UPSR, PMR, SPM....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Hari berganti hari, pejam celik, pejam celik sehari lagi umur bertambah...
habis minggu ni dah nak bulan Ogos, dikesempatan yang masih berbaki ini, penulis dari blog i am the best nak ucapkan Good Luck, Belajar rajin-rajin
Masih ada masa lagi untuk belajar sebelum peperiksaan bermula
Semoga kejayaan menjadi milik orang-orang yang beriman, InsyaAllah
Penulis di sini dah habis semua exam, UPSR, PMR dan SPM... Penulis sekarang dah berjaya menggenggam Ijazah Sains Biologi di UiTM Shah Alam
Penulis sekarang dah berjaya juga bekerja di sektor awam, dah pun cukup setahun..
Semuanya alhamdulillah mudah, nampak macam mudah...
padahal untuk mencapai tahap ini, banyak ujian dan dugaan yg Allah swt lebih mengetahui kepayahannya

Penulis amat2 bersyukur kerana dikurniakan segala nikmat, kereta, motor dan segala kemewahan...
Penulis ada Myvi dan motor Lagenda... (Bukan nak riak)
Alhamdulillah, Penulis bersyukur sangat, moga Allah bg kemudahan pada penulis nak bayar loan kereta lagi 8 tahun...

Penulis berharap ianya tidak melalaikan dari mengerjakan kerja-kerja dakwah kepada Islam..

Jadi, apa lagi yang penulis ingin capai??
Penulis bimbang juga kerana masih banyak lagi impian yang tak tercapai
Penulis ingin sangat bekerja sendiri, berniaga dan menjadi usahawan berjaya selepas ini
Penulis juga mahu membina rumah tangga, InsyaAllah tahun depan.
Penulis mahu beli mesin untuk mak dan abah yang berharga RM xxxx.00..
Penulis mahu hidup berdikari, mampu membuat keputusan sendiri tanpa bergantung pada orang lain..
Penulis mahu belajar cara komunikasi yang berkesan.
Penulis mahu menjadi manusia yang terbimbing dam membimbing, mampu berkongsi masalah dan menyelesaikan masalah.
Penulis mahu keberkatan hidup.
Macam- macam lagi.....
Penulis mahu banyak perkara, tapi Allah lebih tahu perkara mana yang amat sesuai untuk penulis, sebab Dialah Tuhan yang Maha Adil, tak pernah sedetik pun lalai terhadap penulis
Malah penulis ini, banyak lalai untuk bersyukur kepadaNya...
Penulis juga seorang hamba, yang hina, banyak lagi perlu belajar & mengajar.
Penulis banyak silap pada manusia, apalagi pada Tuhan.
Penulis mintak maaf pada semua manusia.
Mohon ampun pada Tuhan. Astaghfirullah hal azim....
Itu sahaja dari penulis, sebelum terlambat, bagi adik2 di sana, penulis nak ucapkan

Rabu, 28 Julai 2010

Manusia dilahirkan cemerlang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ketahuilah, tuhan tidak menciptakan kita untuk gagal. Tuhan menciptakan manusia dalam keadaan cemerlang. Kitalah sendiri yang menjatuhkan diri kita ke tempat yang hina.
"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik. 
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang paling rendah
(kerana tindak-tanduknya yang salah).
Quran: At-Tiin, ayat 4-5"
  
Apakah bukti bahawa manusia diciptakan dalam keadaan cemerlang? 

Manusia diciptakan daripada percantuman di antara benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovum). Di dalam setiap ejakulasi (pancutan mani), sebanyak 200 juta hingga 300 juta sperma dibebaskan ke dalam faraj perempuan. 

Sebahagian besar sperma yang lemah mati di dalam faraj. Sperma yang kuat dan cemerlang akan terus berenang untuk satu jarak yang sangat jauh (5000 kali ganda saiz badannya) untuk mencari ovum di dalam tiub Fallopio. 

Sperma merupakan perenang yang sangat pantas dan hebat. Berbanding dengan saiz badannya, sperma hanya mengambil masa 5 saat sahaja untuk berenang sejauh 100 meter. (Manusia terpantas berlari pada kelajuan 9.7 saat untuk 100 meter). 
Hanya lebih kurang 400 sperma sahaja yang berjaya sampai ke kawasan ovum. Daripada jumlah ini, hanya satu sperma sahaja iaitu sperma yang paling kuat dan paling cemerlang berjaya menembusi membran ovum dan mempersenyawakannya. (Rusli Nordin, 1992) 

Sewaktu bayi perempuan masih berada di dalam rahim ibunya pada minggu ke-6 atau ke-7, terdapat lebih kurang 6 juta sel seks primer. Apabila bayi ini lahir, kebanyakkan sel yang lemah akan mati dan tinggallah lebih kurang 400,000 sel seks primer. 

Apabila seseorang perempuan mencapai umur akil baligh, jumlah sel pembiakan ini hanyalah lebih kurang 50,000. Di dalam setiap kitaran haid, hanya satu sahaja sel pembiakan (ovum) menjadi matang. (Rusli Nordin, 1992) 

Ovum kelihatan seperti bulan penuh yang dikelilingi mahkota bersinar (korona radiata). Ovum merupakan sel yang terbesar di dalam badan manusia. Seumur hidup seorang perempuan, lebih kurang 400 ovum sahaja yang menjadi matang. 

Daripada jumlah ini, hanya satu ovum yang cemerlang sahaja berjaya bercantum dengan sperma yang cemerlang untuk membentuk manusia. (Rusli Nordin, 1992) 

ITULAH DIRI ANDA!
ANDA ialah manusia yang cemerlang. Kekalkanlah kecemerlangan itu dengan sentiasa meningkatkan pengetahuan. Jangan leka dengan pelbagai keseronokan yang melalaikan. 
Belajarlah! Jika anda gagal, itu menunjukkan usaha anda masih belum cukup. Berusahalah sehingga anda berjaya. Janganlah berputus asa kerana anda tidak berasal daripada sperma yang berputus asa. 
 
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Tuhan. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir
Quran: Yusof-ayat 87


RUJUKAN
Rusli Nordin, Prof. Madya Dr (terj). 1992. Perkembangan manusia menurut al-quran dan hadis: kejadian manusia menurut ilmu perubatan dan al-quran. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn Bhd.
H. Oemar Bakry. 1988. Tafsir Rahmat. Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Catatan Amal Hingga hari Akhirat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ada bagi Allah satu Malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang mengucapkan sesuatu selawat kepadaku melainkan Malaikat itu menyampaikannya kepadaku."
Ammaar bin Yasir r.a
 
Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w adalah satu ibadat yang sangat dituntut dari setiap umat Islam dalam setiap masa.
Ii) Ia sebagai menandakan ingatan, cinta dan kasih terhadap baginda di mana jasa dan pengorbanan baginda amat besar sekali terhadap Islam dan perkembangannya.
Iii) Orang yang tidak membiasakan dirinya dengan berselawat adalah dianggap sebagai orang yang tidak mengenang budi (tidak menyanjung) baginda sehinggakan syarak melabelkan mereka sebagai orang yang bakhil.
iv) Disebabkan besarnya fadhilat berselawat tersebut, maka Allah S.W.T telah menetapkan malaikat yang khusus bertugas sebagai penyampai selawat yang diucapkan terus kepada baginda.

Impian Mira





Harga: RM 14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-983-3892-56-3

Tarikh Terbit: 5 May 2010
Jumlah Muka Surat : 192

Sinopsis
Sejak ayah dan ibunya berpisah, Mira merasai seluruh dunia memusuhinya dan Mira mengambil keputusan untuk membalas memusuhi dunia. Gara-gara kelakuan Mira di sekolahnya di Johor, Mira terkenal sebagai gadis nakal. Namun apabila ibunya bertukar kerja di Kuala Lumpur, Mira tekad  mahu berubah dan menjadi gadis baik di sekolah barunya.

Siapa sangka, di sekolah baru, Mira bertemu dengan pemuda yang digilai ramai di sekolah lamanya dahulu, Azlan! Mira jadi tidak keruan memikirkan kemungkinan Azlan bercerita tentang kenakalannya di sekolah lama. 


Masalah Mira tidak terhenti di situ sahaja, dengan tidak semena-mena Mira dipulaukan oleh teman-teman di sekolahnya. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya. Hanya Sudin yang percaya Mira tidak seburuk yang disangka.


Jika berminat boleh membuat Tempahan.

Idea Iklan Tuisyen

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.







Selasa, 27 Julai 2010

Kemenangan Hudaibiyah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


628M (58 TAHUN)
  1. SERUAN KEPADA RAJA-RAJA DAN PEMBESAR-PEMBESAR NEGERI
  2. QURAISY LANGGAR PERJANJIAN HUDAIBIYAH
  3. PERKAHWINAN DENGAN Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
  4. PERKAHWINAN DENGAN Safiyah bt. Huyay

SERUAN
         Halangan perang selama 10 tahun menghilangkan khuatir Nabi SAW terhadap ancaman Quraisy.
         Baginda memanfaatkan peluang dgn menjalin hubungan:
         Raja, pembesar negeri, pemimpin suku & ketua agama Kristian - pengirimkan surat & duta untuk penerangan & mengajak mereka masuk Islam.

SURAT & DUTA
         185 surat dikirim.
         Baginda melantik duta sebagai pengutusnya dari kalangan para sahabat yang mulia, cerdas, berilmu Islam yang mendalam serta mengetahui keadaan negeri itu.
         Kaisar Rum, duta- Dehyah bin Khalifah Al-Kalbi
         Raja Parsi- Abdullah bin Huzafah Assuhami
         Raja Ghassan- Syujak bin Wuhaib
         Muqauqis (Mesir)- Hatib bin Abi Balta’ah
         Raja Bahrain- Al-Alaa Ibnu Hadhrami.

ISLAM FOR ALL
         Warkah dan duta Nabi SAW diterima baik walaupun ada disalahlaku & biadab seperti Khosru Parvez, Raja Parsi, mengoyaknya.
         Selain menyebarkan da’wah Islam, pengiriman surat dan duta membuktikan bahawa Islam bukanlah agama orang Arab tetapi semua manusia.

LANGGAR P.HUDAIBIYAH
         Tanggapan Quraisy- kaum Muslimin kalah di Mu’ta membuat mereka bongkak & berazam musnahkan Islam.
         Niat itu mencetuskan pembunuhan Bani Khuza’a (berpihak Muslimin) oleh ‘Ikrima dari Bani Bakr (sekutu Quraisy), 629M
         Selepas pembunuhan itu, kaum Quraisy mencabuli P.Hudaibiyah.

QURAISY CEMAS
         Atas pengaduan Amr b Salim, baginda mengumumkan:
         “Amr b Salim, engkau mesti dibela,”
         Makkah harus dibebaskan. Quraisy cemas dan mengutus Abu Sufyan ke Madinah untuk damai tetapi dia tidak dilayani.

SERANGAN CEPAT
         Tentera Islam >10,000 berangkat ke Makkah.
         Mereka diperintah bergerak cepat supaya Quraisy tidak sempat mengadakan tentangan & menyerah tanpa tumpahan darah.
         Sebelum serangan, Abu Sufyan didapati mengintip dan dihadapkan kepada Nabi SAW.
         Dia insaf dan memeluk Islam.

SELAMAT
         Abu Sufyan- Pembesar Makkah
         Baginda minta beliau mengumumkan perlindungan kaum Makkah supaya penaklukan dilakukan tanpa pertumpahan darah.
         Abu Sufyan pulang dan berteriak:
         “Muhammad datang dengan kekuatan yang tak dapat kamu lawan. Barangsiapa datang ke rumah Abu Sufyan, menutup pintu rumahnya dan masuk ke dalam masjid, orang itu selamat.”

PENAKLUKAN MAKKAH
         13 Ramadhan 8H (629M), baginda masuk Makkah tanpa tentangan (kecuali kump yang dikalahkan Khalid ibnu Walid).
         Baginda terus ke Ka’bah, bertawaf 7 kali & berkhutbah:
         “Menurut pendapat kamu, apakah yang akan kuperbuat kepada kamu sekarang?”  
         “Yang baik-baik, saudara pemurah, sepupu pemurah.” Jawab mereka.
         Lantas baginda mengistiharkan:
         “Pergilah kamu sekalian. Kamu sudah bebas.”

PENGAMPUNAN UMUM
         Quraisy & seluruh Makkah diberi pengampunan umum.
         Cara pengampunan ini membuat penduduk Makkah sedar tentang ketinggian & keluhuran peribadi Nabi SAW & ajarannya.
         Peristiwa itu diketahui qabilah Arab lain & mempengaruhi sikap mereka terhadap Islam.
         Qabilah Arab memeluk Islam beramai-ramai & utusan mereka datang menemui baginda (9H).

BERHALA MUSNAH
         Baginda masuk Ka’bah & memusnahkan berhala dengan lafaz:
         “Dan katakanlah, yang benar sudah datang, dan yang palsu segera hilang; sebab kepalsuan pasti akan lenyap.” (Al-Isra’, 17:81).
         Bilal diminta azan, diimamkan Nabi SAW.
         Sejak itu, selama >1400 tahun tiada pernah putus Bilal dan pengganti bilal menyeru azan 5 kali setiap hari.

MAKKAH DIBANGUNKAN
         Baginda tinggal di Makkah- 15 hari. Makkah dibangunkan & diajar mendalami hukum agama.
         Kunci Ka’bah diserah pada Uthman b. Talha kemudian anaknya yang tidak boleh berpindah tangan.
         Pengurusan Air Zamzam diserah pada Abbas.
         Makkah-distihar Tanah Haram, “haram” pembunuhan, memburu & mencabut tumbuhan.
         Makkah diamankan dengan iman & tauhid hingga sekarang.

Isnin, 26 Julai 2010

Uslub & Marhalah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (di sini kita hanya membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah).
Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup yang menguasai mereka pada hari ini.
Mereka hidup dengan kefahaman yang silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan dan lain-lain.
Kita hendaklah memindahkan mereka kepada suasana kehidupan baru; kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang lengkap sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w.
 Kita juga perlu memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna dan memahami cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling sempurna dan betul.
Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman/ kelumpuhan iman di jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini.
Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam secara mereka sedari/ tidak.
Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal/ hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu.
Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang salih.
Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam dengan tertib dalam menaiki tangga menuju martabat para ‘amilin adalah suatu yang pasti dan maha penting.
Ini kerana tanpanya boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lau mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan. 

Kita akan mulakan dakwah dengan menyeru seorang yang lalai.
Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya dari satu marhalah ke satu marhalah. Kita sebutkan berdakwah kepada golongan  ini di sini adalah sebagai menjelaskan bagaimana memulakan dakwah dengan golongan ini.
Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, terdapat individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah.  
Orang yang seperti inilah yang patut diberikan keutamaan demi menjimatkan waktu dan usaha.
Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya. 
Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. 
Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur.
Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar.
Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api.
Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur. 
Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur.
 Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan.
Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang nyenyak tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedang enak tidur dan tidak mahu diganggu. Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi sedar.
Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya dan melihat api yang sedang membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri.
Kata-katanya bahawa dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu. 

Demikianlah sikap daie terhadap mad’unya (orang yang diseru).
Dia mesti bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan.
Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. 
Baginda menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti”.
Di dalam pengertian ini al-Iman asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:
“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu danvdia menggugurkan buah kepada mereka”.
Petikan dari Dakwah Fardiyyah; Mustafa Masyhur

Tip mesra suami isteri bahagia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Tulis puisi yang menggambarkan perasaan dan penghargaan anda terhadap si dia. Lebih bagus sekiranya anda dapat menghafal dan menyampaikan puisi tersebut di hadapannya dengan sepenuh hati. Sekiranya anda kreatif menyampaikannya, tidak mustahil dia akan menangis di atas penghargaan anda terhadapnya.
Lakukan aktiviti kegemaran bersama. Sekiranya si dia suka berkebun, temani dia melakukan aktiviti kegemarannya meskipun anda kurang gemari. Tidak mustahil si dia akan menemani anda melakukan aktiviti kegemaran anda pula selepas ini. Sebarang aktiviti yang dilakukan bersama lazimnya akan lebih bermakna dan membuatkan anda berdua lebih gembira.
Peluk pasangan anda sekerap yang mungkin. Terutamanya ketika si dia akan keluar bekerja. Bisikkan ke telinganya bahawa anda sebolehnya tidak mahu dia keluar tanpa anda walaupun seketika dan berharap dia akan pulang segera.
Meskipun tidak kemana-mana, cubalah untuk kelihatan menarik dengan berhias walaupun ketika berada di rumah.
Bayangkan anda memakai kemeja si dia yang besar dan labuh di badan anda… anda mungkin mendapatinya kelakar, tetapi boleh jadi juga ia kelihatan berbeza di mata si dia.
Selepas seharian penat bekerja, mengapa tidak jika anda tawarkan diri mengurut bahu/ kaki pasangan. Selain menghilangkan stress, si dia juga akan menjadi lebih relaks.
Amalkan aktiviti mandi air suam bersama selepas seharian penat bekerja. Hilangkan ketegangan fikiran dengan berendam di dalam tab mandi dengan si dia. Pejamkan mata untuk beberapa ketika sambil si dia menyabunkan badan anda. Jangan lupa letakkan beberapa titis pewangi ke dalam tub mandi untuk kesan sensual dan ketenangan.
Pastikan pencahayaan bilik tidur yang tidak terlalu terang. Pasangkan lampu aroma terapi dengan wangian lavender untuk menimbulkan mood romantik.
Sekiranya anda berdua sudah memiliki anak, utamakan pasangan anda lebih daripada anak-anak. Hakikatnya, pasangan memerlukan perhatian berbeza daripada anda. Oleh itu, dahulukanlah si dia dalam apa jua perkara.
Pada hujung minggu, bawalah pasangan anda berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Lanjutkan aktiviti anda berdua dengan menikmati makan malam di sana.
HARAP MAKLUM- INI HANYA UNTUK PASANGAN YANG SUDAH MENIKAH SAHAJA
SEMOGA TIP INI DAPAT MEMBINA RUMAHTANGGA SEKARANG YANG KIAN RAPUH.

Bisikan Syurga


Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-967-5783-01-2

Tarikh Terbit: 18 May 2010
 
Sinopsis

Sarah adalah cerminan manusia masakini yang menakjubkan.  Dia memiliki hati yang lembut, halus, penuh empati dan menyenangkan sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengannya.  

Namun, di sebalik kekuatan pesona peribadinya, dia bersama-sama beberapa orang rakannya menyimpan misi utama iaitu memurtadkan orang-orang Muslim. Tanpa diduga, dengan keindahan suara Salsabila, yang hidup dalam tekanan, penindasan, prahara jiwa dan kemiskinan, Sarah terlontar ke pintu Syurgawi. Penuh kemelut dan intimidasi memang, tetapi hidayah sangat tidak terbendung.


Novel yang sarat dengan konflik hidup dan idealisme ini menghadirkan kesaksian mengharukan tentang rahsia Ilahi dalam menyentuh jiwa-jiwa manusia yang lemah dan fana.


Jika berminat boleh membuat Tempahan.

Lihat pada kecantikan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Lumrah manusia melihat kepada kecantikan. Setuju?
Sebab itu juga dalam perniagaan, segala persembahan kita mesti cantik. 
Dari logo, laman web, packaging, design, business card, cara pemakaian, keterampilan, semuanya kena cantik.
apple.gifA lesson yang kita perlu ambil adalah daripada Syarikat Apple. Pernahkah anda memasuki kedai Apple/Mac? Semua produk keluaran Apple cantik-cantik belaka. Daripada sekecil-kecil iPod nano yang very sleek looking, iPod touch yang kelihatan seperti teknologi 10 tahun akan datang, siapa pernah lihat MacAir pasti jatuh cinta dengan laptop yang hanya beberapa milimiter tebal, desktop iMac juga boleh tahan. Pendek kata, Apple menggunakan “kecantikan” untuk menarik pelanggan! (pasti produk & functionality juga berkualiti tinggi)
Tahukah anda Steve Jobs pengasas Apple juga mengasas PIXAR (syarikat animasi yang buat Cars, Toy Story, Monsters Inc, Inredibles dll). Pixar juga menggunakan strategy yang sama dalam mementingkan kecantikan.
Dalam perniagaan anda juga, pastikan kesemua aspek design adalah cantik belaka, dan bukan ala kadar sahaja. Gunakan kecantikan untuk menarik emosi manusia.
So, take a step back dan lihat semua aspek persembahan perniagaan anda dari bahan marketing hingga produk. Dan tanya…
Cantik tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails