Rabu, 30 Jun 2010

Memanggilnya dengan Panggilan yang Paling Disukai

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Pada zaman ini ramai orang menggunakan nama aneh yang mudah diucap saja. Lebih aneh lagi,  orang merasa bangga jika menyandang nama itu, sehinggga jika ada orang yang memanggilnya dengan menggunakan nama asalnya ia akan marah.

Apabila kita sudah menjadi umat Muhammad saw., kita mempunyai kewajiban agar memanggil orang lain dengan panggilan yang ia sukai, kerana hal itu dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengannya

Ada sebahagian ikhwan yang memanggil orang yang lebih tua/ lebih tinggi (pangkatnya) dengan menggunakan nama saja tanpa ada gelaran rasminya.

Sikap itu adalah bentuk penerapan dari makna ukhuwah islamiah. Ada seorang mahasiswa yang memanggil kawannya dengan "akh", ada juga yang tatkala mempersilakan penceramah hanya dengan menggunakan namanya saja dengan anggapan bahwa sikap itu lebih menjauhkan dari sikap riya'.

Padahal sebutan gelaran itu adalah wajar dan merupakan haknya, bukan buatnya sendiri. Lalu bagaimana orang lain dapat mengenal penceramah itu dengan betul, jika nama yang dimiliki oleh penceramah juga dimiliki oleh banyak orang?
Di mana-kah pula kita meletakkan sabda Rasul,
"Tempatkanlah orang lain pada posisi mereka?"
Di beberapa tempat ada yang memanggil dengan menggunakan nama penuh seperti: wahai, Abu Muhammad!/ wahai, Abu Hasan! Barangkali ini lebih halus didengar dan lebih dapat diterima oleh hati.
Petikan dari Buku Bagaimana Menyentuh Hati- Abbas As-Sisi

Selasa, 29 Jun 2010

Lebih Dahulu Mengucap Salam

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Jika Anda ingin berkenalan dengan seseorang, hendaklah Anda memulai dengan ucapan salam kerana sikap itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri selain mendapat pahala yang besar di sisi Allah.
Apabila Anda sudah berkenalan dan kemudian Anda berjumpa dengannya, hendaklah Anda mendahului menyapa dan mengucapkan salam agar pertemuan pertama tidak hilang dengan sia-sia.
Hal ini kerana pertemuan kedua merupakan penampung bagi pertemuan pertama.
"Sebaik-baik kamu adalah yang lebih dahulu mengucapkan salam."
Petikan dari Buku Bagaimana Menyentuh Hati- Abbas As-Sisi

Buang atas daun pisang

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

2010/06/30hadzlihady@hmetro.com.my
RAWANG: Malang sungguh nasib seorang bayi lelaki yang baru beberapa jam dilahirkan apabila ditinggalkan dalam keadaan bogel dengan hanya beralaskan daun pisang oleh ibu kandungnya sendiri di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar, Rawang di sini, pagi semalam.
    Perbuatan tidak berperikemanusiaan remaja berusia 18 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kain di bandar ini bagaimanapun menjerat dirinya sendiri apabila dia ditahan polis selepas seorang penduduk membuat laporan mengenai penemuan bayi berkenaan yang masih bertali pusat sejam selepas bayi itu ditinggalkan di belakang rumahnya, kira-kira jam 10 pagi.
    Ketika ditahan, remaja berkenaan berada dalam keadaan lemah dan letih dipercayai kerana baru melahirkan anak dalam sebuah bilik di rumah ibu saudaranya di kawasan sama.
    Difahamkan, remaja terbabit menumpang di rumah ibu saudaranya di sini selepas dia didapati mengandung hasil hubungan seks dengan teman lelakinya yang dikenali sejak Oktober tahun lalu dan sepanjang perkenalan itu, mereka dikatakan sudah dua kali melakukan persetubuhan haram.
    Bagaimanapun, sejurus mengetahui remaja itu mengandung, teman lelakinya yang selama ini dikatakan hanya mengambil kesempatan selepas menabur janji dan ungkapan cinta, menghilangkan diri.
    Difahamkan, teman lelakinya enggan bertanggungjawab menyebabkan kehidupan remaja terbabit terumbang-ambing sebelum dia mengambil keputusan menumpang di rumah ibu saudaranya. 
Remaja dari Taman Puchong Permai, Puchong, dekat sini itu terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya untuk mengelak jiran mengetahui dia mengandung.
    Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui seorang penduduk selepas dia mendengar tangisan ketika melalui kawasan berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada polis. 
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan laporan itu, anggota Unit Peronda Polis (MPV) Rawang bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit masih hidup dan cukup sifat.
    “Hasil siasatan dan beberapa maklumat yang diperoleh, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi terbabit kira-kira jam 11 pagi.
    “Suspek ditahan di rumah ibu saudaranya yang berusia 40-an,” katanya.
Menurutnya, ketika ditemui bayi malang itu dalam keadaan sihat dan tidak ada kesan lebam atau luka di badannya kecuali hanya sedikit kesan gigitan serangga.
    “Kami percaya bayi itu hasil hubungan terlarang suspek bersama teman lelakinya yang dilahirkan di rumah saudaranya itu dan polis tidak menolak kemungkinan ada individu lain membantu membuang bayi terbabit.
    “Polis akan mengambil keterangan ibu saudara suspek yang berkemungkinan besar bersubahat dalam kes pembuangan bayi itu dan gerakan mengesan teman lelakinya dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.
    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, manakala bayi dan suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan berikutan bimbang terdapat kecederaan dalaman pada bayi terbabit.
    Sementara itu, Harian Metro difahamkan remaja terbabit kurang bergaul dengan penduduk di kawasan itu dan beberapa jiran memaklumkan mereka pernah ternampak suspek, namun tidak mengetahui yang dia mengandung hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.

Pembunuhan Abu Jahal

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Anas Ibnu Malik r.a berkata:”Nabi SAW pada hari peperangan Badar berkata:”Siapakah yang akan melihat apa yang telah dilakukan Abu Jahal?” Kerana itu Ibnu Mas’ud pergi dan mendapati Abu Jahal telah dicincang oleh dua orang anak lelaki ‘Afra’ sehingga dia tewas, Ibnu Mas’ud memegang janggutnya dan berkata:”Engkau, Abu Jahal?” Abu Jahal menjawab:”Tidak ada kehinaan atas diri seseorang yang dibunuh oleh kaumnya atau dia berkata:”Kamu telah membunuhnya.”


(Bukhari dan Muslim)
Huraian
Hadith ini menerangkan tentang pembunuhan Abu Jahal dalam peperangan Badar. Menurut Muslim, Abu Jahal telah dibunuh oleh Mu’adz Ibn ‘Amr Ibn Jamuh dan Mu’adz Ibnu ‘Arfa’, atau Mu’adz Ibn Harits. ‘Arfa’ adalah nama ibunya. Sewaktu Ibnu Mas’ud menjumpai Abu Jahal, dia telah hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebenarnya Ibnu Mas’ud merasa terlalu marah terhadap Abu Jahal disebabkan berbagai kekejaman yang telah dilakukan terhadapnya sewaktu di Mekah dahulu. Maka sewaktu Abu Jahal sedang nazak, Ibnu Mas’ud telah memegang janggut Abu Jahal. Berkata Abu Jahal dengan suara yang terputus-putus:”Aku tidak merasa hina kerana aku dibunuh oleh kaumku sendiri. Dan Abu Jahal menunjukkan kepada ‘Arfa’ yang telah menewaskannya. 

Isnin, 28 Jun 2010

Ganjaran Diganda Pada Jumaat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
JUMAAT adalah hari istimewa, hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Bukan saja melakukan ibadat wajib, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah:
1) Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi sujud tilawah ke hadrat Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. 
Sabda Rasulullah SAW: "Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)
2) Membaca surah al-Kahfi. 
Ganjaran membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan Allah sepanjang minggu itu. 
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)
3) Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi. 
Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. 
Sabda Baginda SAW: ”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
4) Hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.
Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.
Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah.

Doa Rasulullah Sebagai Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sahl Ibnu Sa’ad r.a berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami dan ketika itu kami sedang menggali parit dan mengangkut tanah dengan pundak-pundak kami (bahu). Kemudian Rasulullah SAW berkata:”Wahai Tuhan ku, tidak ada penghidupan selain daripada penghidupan akhirat. Kerana itu ampunilah orang-orang Muhajirindan dosa orang-orang Ansar.
(Bukhari dan Muslim)
 
Huraian
Perang ini dinamakan Perang Ahzab kerana kabilah Arab bersekutu untuk memerangi Nabi SAW. Perang ini juga dinamakan sebagai Perang Khandak kerana nabi menyuruh supaya para sahabat menangkis serangan musuh dengan menggali parit di sekitar Madinah malahan baginda sendiri turun padang bersama-sama bermandi peluh menggali parit sebagai pertahanan. Parit ini digali atas saranan yang dikemukakan oleh Salman al-Farisi. Sebagai menghargai pengorbanan dan penat lelah umat Islam tersebut maka Rasulullah SAW memohon kepada Allah keampunan bagi para Muhajirin dan Ansar.

Utusan Terakhir Siri 6

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
624M (54 TAHUN), PERANG BADAR
Tentera Quraisy- 1,000 vs Islam- 313.
Berkat keimanan Muslimin & pertolongan Allah SWT, Muslimin berjaya.
Nabi SAW berdoa memohon bantuan-Nya lalu diturunkan 3000 Malaikat
70 musyrikin terbunuh & 70 tawanan
14 Muslimin syahid.
Pengajaran- ketabahan hati & semangat bersatupadu Muslimin dalam peperangan.
3000:1000
Kaum Quraisy geram atas kekalahan Badar.
Mereka mengumpulkan tentera lebih besar & mara ke Madinah.
Uhud- 7 Syawal, 3H (Jan/Feb 625M), di bawah Bukit Uhud (luar Madinah).
Tentera Musyrikin : 3,000 orang.
Tentera Islam : 1,000 orang, termasuk 300 munafikin.
625M (55 TAHUN)
•PERANG UHUD dan PERKAHWINAN DENGAN Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a

PERANG UHUD
•Baginda menempatkan 50 pemanah di lereng bukit sebagai benteng pertahanan Muslimin y menerima isyarat Nabi SAW.
•Namun mereka ingkar & turun apabila ternampak rakan mereka berlumba mengumpul hasil perang.
•Hilang benteng pertahanan. Musuh, diketuai Khalid ibnu Walid menembusi pertahanan kaum Muslimin.
•Menyebabkan kalah, 70 orang mati syahid.
PENGAJARAN UHUD
Punca kebinasaan- keingkaran mematuhi arahan Nabi SAW & ketamakan harta & kesenangan dunia.
627M (57 TAHUN)
•PERANG KHANDAK (PARIT) dan PERKAHWINAN DENGAN Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
PERANG KHANDAK
•Syawal 5H, 2 tahun selepas Uhud. Dikenali- “Perang Al-Ahzab’.
•Kaum Quraisy bongkak atas kemenangan Uhud dan rasa yakin akan menang lagi.
SALMAN AL-FARISI
•Atas saranan Salman Al-Farisi, kaum Muslimin gali parit sekitar kota Madinah sebagai benteng pertahanan.
Musyrikin (10,000) tidak dapat bergerak lincah kerana dihalang parit.
Serangan bertubi-tubi namun gagal.
Kehampaan mereka bertambah pedih- khemah mereka di luar Madinah dihancurkan ribut padang pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.
Mereka pulang ke Makkah dengan kekalahan.
MIMPI UMRAH
•Zulkaedah 6H, Rasulullah SAW bermimpi mengerjakan umrah.
•Mimpi para anbiya’- Perintah Allah SWT, baginda membuat keputusan mengerjakan umrah dan mempelawa para sahabat mengikut baginda.
Orang munafik enggan kerana percaya keputusan itu amat merbahaya.
SEKATAN UMRAH
•Baginda memerintahkan agar tidak membawa alat peperangan, kecuali alat musafir.
•Walaupun niat mulia, Quraisy khuatir kerana jika Nabi SAW hadir semasa musim haji, baginda berpeluang menyebarkan Islam & membuktikan kepalsuan tuduhan Quraisy.
•Quraisy menolak & menghalang kaum Muslimin masuk Makkah, dan mereka bersedia berperang walaupun dalam bulan haram.      
UTHMAN B AFFAN
•Uthman b Affan diutus ke Makkah- wakil baginda. Beliau dihalang.
•Tersebar berita palsu pembunuhannya.
•Beliau menasihati kaum Quraisy jika mereka menyerang kaum Muslimin, mereka akan melanggar perjanjian sendiri tentang tanggungjawab melindung setiap penziarah Kaabah.
•Sedangkan Muslimin datang untuk umrah
•Pelanggaran itu menjejaskan penziarahan ke Ka’bah dan merugikan ekonomi Quraisy.
627M (57 TAHUN), PERJANJIAN HUDAIBIYAH
•Mendengar penjelasan Uthman, Musyrikin setuju buat perjanjian dengan  Muslimin.
•Mereka bertemu baginda di Hudaibiyah dan menawarkan Perjanjian Hudaibiyah.
•Persetujuan dibuat agar perang dihentikan selama 10 tahun.
•Kaum Muslimin perlu pulang dan dibenarkan masuk Makkah tahun depan, hanya selama 3 hari.
KECEWA & SEDIH
•Beberapa sahabat kecewa dengan cara biadab Quraisy & bersedih tidak dapat menunaikan umrah pada tahun itu.
•Dengan hikmah, baginda berjaya mengawal kerungsingan itu kerana Allah SWT telah menyakinkan bahawa Perjanjian Hudaibiyah sebenarnya adalah “kemenangan besar” bagi kaum Muslimin:
•(Al-Fath 48:1)“Sesungguhnya Kami menangkan engkau dengan 1 kemenangan yang nyata”
KEMENANGAN HUDAIBIYAH
•Dengan P.Hudaibiyyah, Nabi SAW dapat mengajar dan melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya di Madinah.
•Juga kaum Quraisy mengiktiraf Al-Madinah, sebuah masyarakat yang sah.

Tanda Lemahnya Iman siri 7

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
 1) Tidak merasa bertanggung jawab untuk beramal demi agama Islam.
Tidak usaha untuk dakwah dan berkhidmat untuk Islam. Berbeza dengan karakter para sahabat Nabi Saw. Ketika mereka masuk Islam, secara spontan mereka merasa bertanggungjawab terhadap Islam. 
Sahabat Thufail b Amru ra, waktu antara dia masuk Islam dan berdakwah kepada kaumnya menuju seruan Allah azza wa jalla. Sungguh dia telah bersegera untuk berdakwah kepada kaumnya. 
Baru masuk islam, dia sudah merasa bertanggungjawab untuk segera pulang menemui kaumnya, lalu ia pulang dan menyeru mereka kepada Allah ta’ala. 
Dan hari ini, kebanyakan manusia menghabiskan masa yang sangat panjang antara keislamannya hingga sampai pada tahap dia harus berdakwah kerana Allah azza wa jalla.  
Para sahabat Nabi SAW terus melaksanakan tanggungjawab setelah keislaman mereka dengan mengadakan permusuhan dengan orang kafir dan berlepas diri dari mereka. 
Sahabat Tsumamah b Atsal ra, pemimpin penduduk Yamamah, ketika ditawan dan dibawa ke masjid dalam keadaan terikat. Rasulullah Saw menawarkan kepadanya untuk masuk islam dan Allah ta’ala memberikan cahaya ke dalam hatinya lalu memeluk islam.
Setelah itu, dia pergi untuk umrah. Sesampainya di Mekah, dia berkata kepada orang kafir, 
"Tidak akan ada sebutir gandum pun dari negeri Yamamah sampai kepada kalian hingga Rasulullah Saw mengizinkannya." (HR. Bukhari). 
Beliau memisahkan diri dari orang kafir, memboikot ekonomi mereka serta memberikan semua kemudahan miliknya untuk mengabdi diri di jalan dakwah seketika itu juga. Kerana keimanan yang benar dan kuat mengharuskannya untuk melakukan semua itu. 
2) Khuatir dan takut ketika ditimpa musibah/ masalah. 
Segala masalah dihadapi dengan gemetar, serabut, fikirannya kacau dan pandangan negatif. Bingung ketika ditimpa bencana/ musibah, semua penyelesaian di matanya sudah tertutup, dan diliputi rasa cemas yang menghantuinya hingga akhirnya dia tidak dapat menghadapi kenyataan hidup dengan fikiran tenang dan hati yang kuat. 
Semua ini adalah tanda dari lemah imannya. Kerana seandainya imannya kuat, dia akan tetap kuat dan teguh dalam menghadapi segala bencana yang paling besar dan ngeri sekalipun. Kerana dalam hatinya berbisik, bahawa "Allah sayangkan aku, dengan ujian ini Allah ingat pada aku dan bertambah beriman kepadaNya".
3) Suka berdebat yang menjadikan hatinya keras
Rasulullah Saw bersabda: "Tidaklah suatu kaum tersesat setelah mereka mendapatkan petunjuk kecuali kerana mereka melakukan perdebatan." (HR. Ahmad)
Perdebatan yang tidak didasari dalil dan tujuan yang benar akan menjauhkan pelakunya dari jalan yang lurus. Alangkah banyak perdebatan bathil yang terjadi di tengah manusia hari ini, mereka berdebat tanpa  ilmu, petunjuk dan Al-Qur'an. Cukuplah sabda Nabi Saw sebagai motivasi untuk meninggalkan perangai yang buruk ini: 
"Saya beri jaminan sebuah rumah di taman surga bagi siapa saja yang bisa meninggalkan perdebatan walaupun benar." (HR. Abu Dawud)
4) Bergantung kepada dunia, sangat mencintai dan memujanya
Kebergantungannya dengan dunia telah sampai pada tahap merasa sakit jika kehilangannya; seperti harta, pangkat, kedudukan dan tempat tinggal. Dia merasa sakit hati jika dia tidak mendapatkan apa yang orang lain ada. 
Dia akan sakit dan sangat tertekan jika melihat saudara seimannya mendapatkan sesuatu yang dia tiada. 
Bahkan timbul rasa dengki dan berharap agar kenikmatan tersebut lenyap dari saudaranya, sifat seperti ini telah melenyapkan keimanan yang ada pada dirinya. Sabda Nabi Saw:  
"Tidak akan terkumpul iman dan hasad dalam hati seorang hamba." (HR. Abu Dawud)
Dipetik dari Kitab: 30 Cara Mudah Masuk Jannah: Syarif Kamal 'Azb
 

Ahad, 27 Jun 2010

Tip Microsoft PowerPoint- 4

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ketika membuat presentation, ada pelajar yang menulis terlalu banyak ayat di slide powerpoint. “ini PowerPoint ke PowerSentence ni?” 
Jadi, jangan tulis terlalu panjang dalam powerpoint slide anda hingga ia menjadi powersentence. Tujuan PowerPoint digunakan ialah untuk meringkaskan isi-isi anda supaya mudah anda terangkan. 
Anda cuma menulis isi penting sahaja, kemudian anda terangkan tentang isi tersebut dengan lebih lanjut.
Ada beberapa akibat utama jika anda tulis panjang begini.
  1. Anda pasti akan cuba membaca apa yang anda tulis terus daripada skrin projector. Jadi akan mula menghadap skrin projector, bukan menghadap penonton anda. Tidak bagus bukan?
  2. Bukan sahaja anda yang akan membaca apa yang terpapar di skrin, penonton anda juga akan turut membacanya. Akibatnya, penonton tidak akan memberi perhatian kepada anda dan mula sibuk membaca. 
  3. Jika semua sudah anda tuliskan dan paparkan di skrin, apa lagi yang hendak anda terangkan?
  4. Presentation anda akan jadi sangat hambar dan membosankan kerana anda hanya membaca daripada skrin projector. 
Apa yang anda perlu lakukan ialah, ringkaskan ayat-ayat anda kepada kata kunci dan isi penting sahaja. Ingat, anda perlu terangkan dengan lebih lanjut tentang isi penting itu. Ini membuat anda kelihatan seperti anda benar-benar tahu tentang apa yang anda katakan itu.
Jadi mulai hari ini, ringkaskan apa yang anda tulis di slide powerpoint anda. Jangan takut untuk bercakap menghadap penonton. Ceritakan kepada penonton apa maksud isi penting yang terpapar di skrin projector anda.

Sebarkan Salam di Antaramu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Salam adalah asma Allah swt. Mengucapkan salam, baik kenal/ tidak kenal akan membangkitkan rasa tenang, mengeratkan ikatan dan menumbuhkan rasa cinta. Rasulullah sendiri telah berwasiat tentang itu.
Dari Abu Hurairah ra, Rasul bersabda,
"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai (kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku beritahu 1 perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!" (HR. Muslim)
Rasulullah saw. telah meletakkan tangan kita pada 1 kunci yang amat penting. Mengucap/ menjawab salam dapat menggambarkan sejauh mana seseorang beriltizam dengan ajaran Islam.
Terdapat perbezaan yang amat besar antara orang yang mengucapkan "Salam" lalu dijawab dengan "Salam" dengan orang yang mengucapkan "Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh" lalu dijawab dengan "Wa'alaikumus-salam wa rahmatullahi wa barakatuh".
Ada orang yang tatkala Anda mengucapkan "Assalamu 'alaikum", mereka menjawab dengan "Selamat Pagi"/ "Selamat Datang"/ jawapan lain.
Dengan mengucap dan menjawab salam, Anda dapat mengenali dan mengetahui tahap pengamalan mereka terhadap ajaran agama.
Terdapat sebahagian mengucapkan ”salam” sebagaimana seorang komandan militer memerintah anak buahnya, padahal mengucapkan salam merupakan ucapan selamat yang tersusun dari untaian kata-kata yang sangat indah, yakni "as-salam" (kesejahteraan), "arrahmah" (rahmat), dan "al-barakah" (berkah).
Ucapan salam hendaknya keluar dari lubuk hati yang paling dalam dan dikeluarkan dengan disertai perasaan kasih sayang kerana tujuan dari sebuah perkenalan adalah penerimaan hati.
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah saw. bersabda,
"Janganlah sekali-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu." (HR. Muslim)
Menjawab salam hukumnya wajib. Hal ini dapat membuat orang yang mengucap salam merasa tenang dengan apabila kita menjawab ucapan salam tersebut dengan ucapan salam yang lebih baik dan dengan wajah yang dihiasi dengan senyuman.
Allah swt. berfirman,
"Apabila kalian diberi penghormatan dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya/ balaslah penghormatan itu (dengan serupa). Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap sesuatu." (An-Nisa': 86)
Mengucapkan salam tidak terbatas pada orang yang kita kenal saja, tetapi lebih dianjurkan kepada orang yang belum kita kenal agar lebih memperluas perkenalan dan ukhuwah islamiah.
Dari Abdullah bin Mas'ud ra. bahwa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw.,
"Di antara ajaran Islam manakah yang paling baik?" Rasulullah saw. menjawab,
"Memberi makan dan mengucap salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." (Muttafaqun 'Alaih)
Para sahabat ra. adalah generasi yang paling faham terhadap nilai dan maksud ajaran ini. Dengan cara itulah generasi ini dapat merangkul banyak orang terhadap ajaran Islam.
Dari Thufail bin Abu Ka'ab ra. bahwa ia datang menemui Abdullah bin Umar ra., lalu keduanya pergi ke pasar. Thufail menceritakan,
 "Tidaklah Ibnu Umar melewati orang di tengah jalan/ menjual barang dagangan/ orang lain, kecuali la mengucap salam kepada mereka. Pada hari yang lain saya datang ke tempat Abdullah bin Umar, kemudian ia mengajakku ke pasar. Saya menjawab,
'Apa yang akan Anda perbuat di pasar? Anda tidak membeli, tidak bertanya tentang harga barang, tidak menawar, dan tidak duduk di tempat duduk (yang ada di pasar)? Lebih baik kita duduk di sini dan bercakap.' Abdullah bin Umar menjawab,
'Wahai Abu Bathan (panggilan bagi Thufail ra.), kita berjalan demi mengucapkan salam pada setiap orang yang kita jumpai.' (HR. Malik dan Al-Muwatha' dengan sanad yang shahih)
Mengucap salam di suatu tempat yang asing bagi kita, pada saat kita sangat memerlukan teman akan memberikan perasaan aman bagi kita dan membuat orang yang berhadapan dengan kita merasa simpati. Ada pepatah kuno mengatakan,
"Seandainya bukan kerana salam yang kau ucapkan sebelum kau berbicara, niscaya aku telah memakan dagingmu sebelum memakan tulangmu."
Dari Abu Hurairah ra., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda,
"Yang mengenderai kendaraan hendaklah mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki, yang berjalan kaki hendaklah mengucapkan salam kepada yang duduk, yang sedikit mengucapkan salam kepada yang banyak, dan yang muda mengucapkan salam kepada yang tua. Keutamaan orang yang lebih dahulu mengucapkan salam adalah sangat besar."
Dari Umamah ra., la berkata bahwa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah saw.,
"Ya Rasul, di antara dua orang yang bertemu, manakah yang lebih dahulu mengucapkan salam?" Rasul menjawab,
"Yang lebih mencintai Allah swt."
Dari Abdullah bin Mas'ud ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, ’As-salam' adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu." (HR. Bukhari)
Di antara taujih Khalifah Umar bin Khathab ra. adalah,
"3 hal yang dapat membuat kecintaan saudaramu terhadapmu menjadi tulus (hanya kerana Allah) ialah lebih dahulu mengucapkan salam, memanggilnya dengan panggilan yang ia sukai, dan memberinya tempat duduk dalam 1 majlis."
"Menjadi tulus" adalah sebuah ucapan indah yang dapat membersihkan rasa cinta dari tujuan duniawi.
Petikan dari Buku Bagaimana Menyentuh Hati- Abbas As-Sisi

Cara Membersihkan Kencing

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 Untuk kaum lelaki, apabila selepas membuang air kecil:
  1. Disunatkan berdehem 2/ 3 kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
  2. Urut alat sulit dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
  3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.
Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya:

  1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan memasukkan sedikit jari dan disapu-sapukan semasa dilalukan air bersih.
  2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata/ melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir/ berlipat itu.
Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.
Wassalam
Dr. Masitah Adam

Fakulti Perubatan Islam

SUMBER

Antara Sabar dan Mengeluh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
Riwayat al-Hakim
 
Huraian
1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6)
5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Menconteng buku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Kita tahu bahawa membaca adalah penting untuk menambahkan ilmu kita kan?
Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. 
Mungkin kerana terlupa/ tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.
Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut ;)
  • Garis perkataan/ nota yang penting
  • Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan
  • Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar
Dengan menconteng- garis, letak bintang dan menulis nota, kita akan dapaat menggandakan pemahaman kita pada apa yang di baca. Sejurus selepas habis memabaca buku tersebut, go through another round dan fokus pada contengan-contengan anda. Aksi melakukan ini kali kedua akan menggandakan ilmu dan pemahaman kita.
conteng.jpg
Contoh salah satu buku yang saya baca kena conteng… semua page lebih kurang camni
;)
Tambahan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga pernah cerita pada saya, beliau juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju…  atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.
Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?
Haa… patut kita sayang pada buku/ sayang pada ilmu yang kita terlupa?

Sabtu, 26 Jun 2010

Jalan Sehala

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangis kujatuh ke bumi
rahmatNya menyambut

membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih
aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala
aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails