Khamis, 8 April 2010

Ketumbit di mata

Bismillah walHamdulillah

Bangun pagi tadi susahnya nak bangun, sbb mata sakit (ketumbit). Tapi kuatkan semangat juga pergi kerja cari rezeki.he2.. Nak kongsi dengan sahabat2 semua tentang ketumbit saya ni. 

Ketumbit adalah jangkitan pada kelenjar minyak mengakibatkan bisul kecil di pinggir kelopak mata. Ada 2 jenis: Stye dan Chalazion.

Ni contoh gambar Style.


Stye macam jerawat pada hujung kelopak mata atas/ bawah & boleh tumbuh di bahagian luar atau dalam kelopak mata. Sebelum stye besar, kelopak mata akan membengkak, merah dan sakit & tubuh jerawat.

Punca : Jangkitan dari staphylococcal yang berada di hidung manusia. Bakteria ini akan berpindah ke mata jika kita kerap menggosok mata selepas menyentuh hidung yang bermukus...

Contoh Gambar Chalazion
Chalazion tidak mempunyai 'mata' seperti jerawat, nak sama mcm stye cuma ia tumbuh pada bahagian lebih jauh dari margin kelopak mata. Tumbuhnya macam stye, lama kelamaan  membesar menjadi benjolan besar tapi tidak menyakitkan

Punca : Pengumpulan bahan berminyak (antara pelincir air mata) akibat saluran air mata yang tersumbat menyebabkan bahan ini tidak dapat dirembeskan dengan sempurna....

Rawatan style dan chalazion: "warm compression"/ tuam dengan kain yang dicelup dengan air panas 2-4 kali sehari. Biasenya 2-3 hari susut. Ada juga petua orang kampung hilangkan sakit mata
Untuk ketumbit: Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel pada ketumbit sekali sehari. 

             Saya rasa jenis ketumbit mata saya chalazion, dan rawatan yang saya gunakan hanyalah dengan menitiskan toner mata as syifa herbs yang saya jual ni. Ini sbg ikhtiar moga mata saya cepat sembuh.
         
             Walaubgmnpun, alhamdulillah syukur dapat sakit mata, ini tanda Allah sayang pada kita. Sebagai kifarah dosa mata saya di dunia ini. Moga di akhirah kuranglah azabnya pada saya. InsyaAllah.. Inniakhofullah, sesungguhnya aku takut pada Allah swt (azabnya).

6 ulasan:

  1. oooo

    gitu ye? xtau lak.dr kecik kene..wat dek je.xamik port pong =)

    hehe..anyway,gud information

    BalasPadam
  2. OOO, perkongsian menarik. Penulisan bersahaja dan menulis dari hati...jatuhlah ke hati pembaca semula.

    My experience:

    Akk pernah rasa kedua-dua ketumbit, tapi bila kena Chalazion paling-paling drastik tindakannya akk buat operation kecil di hospital Muar.

    Hehehe, sebab waktu tu nak SPM lama sungguh Chalazion tu 'duduk' kat mata sampai ganggu tumpuan masa belajar. Last-last nak SPM tu akk ke hospital lah buat check-up. Baring atas katil then pegawai kesihatan tu letak lah kain hijau berlubang kat muka.

    Then dia ambik penyepit, sepit la kelopak mata. Dibius kemudian dia ambiklah gunting dan buang ketumbit tu...

    Dalam 30 minit la macam tu. Balik2 jadilah lanun mata satu.

    Alhamdulillah sihat dan tiada komplikasi.

    Tapi yang paling ingat waktu tu, selalu nangis...

    Sekian, perkongsian sebagai bertukar ilmu dan pengalaman.

    BalasPadam
  3. he2, sedikit informasi la untuk semua, terima kasih sudi share kakdiana dan kakfara.

    BalasPadam
  4. ermmmm...
    saya baru jew abez operation mte td..
    disebabkan oleh chalazion la....
    sy kene sjk dri awl thn lepas..
    saket mmg saket...
    tp,klau dibiarkan boleyh jadi lg besar n menyebabkan kanser...

    tp,alhamdulillah..
    operation lancar...
    just saket sgt2...
    :)


    ((pengalaman saye))

    BalasPadam
  5. hemmm..nmpknye saya ni terkne chalazion la ye.. da sminggu nie..xskit tpi bonjol ats mate.. dan ia keras..gatal2 sedikit..sya akn cube petua yang diberi.. insyaALLAH kalo saya memerlukn toner mta yang dijual.. sya akn buat pesanan..

    BalasPadam
  6. allaaa, susahlah nak buat gesel sudu tuh. tak pandai. :(

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails