Jumaat, 31 Disember 2010

Aku Ingin MencintaiMu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Edcoustic
Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
 
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
 
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Perniagaan Ummatan Wasatan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan


Dalam surah Al-Baqarah, Allah menggelar umat kita sebagai ummatan wasatha. Yang bermaksud yang Terbaik.  
Wasatha juga bermaksud Adil seperti disebut dalam al-Asas fit Tafsir.
Ummatan Wasatha = Terbaik + Adil
Sekiranya konsep ini dipegang dalam perniagaan, perniagaan kita perlulah perniagaan yang terbaik dan adil. Keuntungan yang kita dapat juga adalah yang terbaik dan adil. Usaha yang kita lakukan juga perlu yang terbaik dan adil.
Bila dalam perniagaan, bila usaha kita terbaik, produk kita terbaik, dan perniagaan kita keseluruhan adalah terbaik, memang tiada sebab kita tak boleh dapat untung yang terbaik- sehingga boleh digelar jutawan.
  • Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlu dapatkan untung yang terbaik. Bukanlah untung yang sikit-sikit.
  • Sebaiknya jadi jutawan atau billionaire, dan bukannya sekadar “bisnes cukup-cukup makan” atau “untung sikit-sikit je” … atau ramai selalu sebut “boleh la… surviving!”
  • Sebaiknya perniagaan terus berkembang dan maju, dan bukan di takuk lama seperti 5-10 tahun yang lalu. Atau 5-10 hari yang lepas.
Itulah dianya perniagaan konsep ummatan wasatha. Terbaik dan adil.
Bagaimana caranya? Jawapannya dalam surah Al-Imran yang menyebut tentang golongan ulul albab.  
Iaitu golongan yang berakal + berilmu + berfikir.

Masalah tak fokus

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi 
Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada 1 masa, macam2 nak dibuat, sampai 1 pun tak jalan. Masalah besar juga.
Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday.  
Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat.  
Dan bila terlalu banyak difikiran maka, kita hilang fokus.
So nak buat macam mana?
Permudahkan hidup kita. Simplify your life.
Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.
Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.

Rancang dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.

Roh Harum Dan Ruh Busuk

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila roh orang mukmin keluar dari tubuhnya 2 malaikat menyambut dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat. 
Kata Abu Hurairah selanjutnya:” Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya. kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit,”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”
(Muslim)

Huraian
Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang beriman. 


Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:
"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat2 mencabut nyawa orang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal :50). 
Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat. Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. 

Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat.Insaflah...

Isnin, 27 Disember 2010

Hargai otak kita - ubah suara dalaman


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
mindpower.jpgOtak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel, lebih hebat daripada komputer. Hargai otak dan gunakan dengan sempurna. 

Saintis mengatakan, kebanyakan manusia hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan otak kita. Dan masih banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai.
Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem, yang mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat.
Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat mencungkil keupayaan sebenar otak kita.
Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan kita tidak boleh.
Hargai otak kita. Apa yang kita fikirkan dalam otak kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita.

Ahad, 26 Disember 2010

Mental Sihat siri 2

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Belajar menangani kritikan dengan baik.
  • Kritikan yang jujur dan membina memberi maklumbalas tentang diri anda bahawa anda:
    • Ambil tahu tentang orang lain atau
    • Menyebabkan orang lain tidak menyukai anda, atau
    • Anda didatangi masalah.
Anda boleh belajar menerima kritikan dan mengambil keputusan sama ada perlakuan itu yang anda pilih untuk diubah.
Bila anda dikritik, anda boleh:
  • Berada dalam keadaan santai
    • tarik nafas panjang
    • nyatakan atau lafazkan perkataan "tenang" (relax).
    • bayangkan anda berada ditempat yang selamat untuk beberapa saat.
Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.
► Jika kritikan itu membina dan bertepatan dengan diri anda :
  • Terima kesilapan dan akui kritikan itu betul.
  • Memohon maaf.
  • Ambil langkah untuk membetulkan keadaan tersebut.
► Jika kritikan tepat tetapi tidak membina :
  • Akui kesilapan
  • Beri jawapan yang tegas terhadap kritikan yang menyinggung perasaan.
  • Ambil langkah pembetulan.
► Jika kritikan tidak tepat :
  • Dapatkan maklumat lanjut
  • Betulkan kesilapan maklumat yang dibangkitkan.
► Jika kritikan tidak mesra, dan ketepatanya merupakan hanya satu pandangan :
  • Cari jalan persetujuan.
  • Minta pendapat dan cadangan.
Fikirkan untuk menggunakan komponen bahasa tanpa lisan bagi komunikasi yang asertif contohnya duduk dengan tegak dan meyakinkan, nada suara yang terang dan tegas serta pandang tepat ke mata pendengaran. Langkah-langkah ini juga akan membantu anda memberi jawapan dan dihormati.

Belajar menjadi diri sendiri
  • Buang keinginan supaya semua orang menyukai anda.
  • Buangkan fikiran jika seseorang tidak menyukai anda, anda perlu bersedih atau anda telah gagal.
  • Buangkan fikiran jika ingin disukai orang, anda perlu melakukan apa yang orang suruh buat.
Jika anda meluangkan semua masa anda membuat apa yang orang lain suruh buat, anda tidak akan berpeluang menjadi diri anda sendiri.

Belajar untuk menyukai diri sendiri.
·         Adalah BOLEH untuk menyukai diri anda dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda.
·         Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda.
·         Anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda.
·         Anda boleh berhenti dari membuat perkara yang anda tidak sukai.
·         Anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda.
Belajarlah berkata "TIDAK"
Berkata "TIDAK" seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri. Anda berhak untuk berkata tidak bila anda disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ada kalanya anda perlu bertindak tegas.

Rancang masa anda dengan baik.
  • Buat satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan amalkan.
  • Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan.
Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup.
Beri diri anda masa untuk menyelaras dari satu perubahan ke perubahan yang lain. Contohnya jangan membeli kereta, rumah, berkahwin dan bertukar kerja dalam satu masa.

Bina keluarga bahagia.
  • Mesra, kasih, sayang, dan berbudi bahasa kepada ahli keluarga anda.
  • Beri mereka sokongan sewaktu diperlukan.
  • Luangkan sedikit masa untuk berbual, bermain dan bersantai bersama keluarga.
  • Rumah kami syurga kami - Jadikan rumah anda tempat yang aman dan menyeronokkan untuk kembali setelah penat sehari suntuk bekerja.
Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda.
Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelsaian untuk anda.

Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
  • Sentiasa pasrah
  • Sentiasa jujur tanpa prasangka.
  • Berhati mulia

Mental Sihat siri 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
  • Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
  • Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
  • Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)
  • Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
  • Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
    • Selesa dengan diri sendiri
    • Selesa dengan orang lain
    • Selesa dengan persekitaran
    • Dapat memenuhi tuntutan kehidupan
  • Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik
  • Mengamalkan cara hidup sihat
  • Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
  • Berfikir dengan positif
  • Buat keputusan secara bijak
  • Cari kawan
  • Dengar suara hati anda
  • Belajar menangani kritikan dengan baik
  • Belajar menjadi diri sendiri
  • Belajar untuk menyukai diri sendiri
  • Belajarlah berkata "TIDAK"
  • Rancang masa anda dengan baik
  • Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
  • Bina keluarga bahagia
  • Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
  • Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
Mengamalkan cara hidup sihat
  • Makan makanan seimbang
  • Dekat dengan Tuhan
  • Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
  • Cukup tidur dan rehat
Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
  • Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
  • Mensasarkan matlamat yang boleh dicapai.
  • Belajar menerima apa yang anda tidak boleh tubah.
Berfikir dengan positif- Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.

Buat keputusan secara bijak.
  • Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
  • Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
  • Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.
Cari kawan
  • Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama.
  • Menghormati pandangan mereka dan bersabar.
Dengar suara hati anda
  • Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
  • Suara hati/perasaan akan memberitahui anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
    • Mencari teman bila kesunyian.
    • Menangis bila bersedih.
    • Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:
  • Keseorangan
  • Disayangi
  • Ketakutan
  • Kesedihan.
  • Tiada upaya
  • Malu
Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalm hati akan lebih mengganggu perasaan anda.

Mujahid Pahit krn Syurga Manis

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

" Jalan Mujahadah itu Indah "
Terimalah kesusahan y sementara demi kesenangan y abadi,
Dunia tempat menyemai, Akhirat tempat menuai.
Jalan menuju Allah swt adalah jalan menuju syurga, tak ternilai harganya
" Tega & rela menerima susah y sementara demi kesenangan abadi"
Orang BijakSANA- rela korbankan kesenangan DUNIA krn ingin senang AKHIRAT
Orang BijakSINI- rela korbankan kesenangan AKHIRAT krn ingin senang DUNIA
" Syurga itu dipagari ujian & kesukaran, Neraka itu dipagari dgn penuh kenikmatan & keseronokan" al-Hadith

Selasa, 21 Disember 2010

Nabi Musa as sbg model superhero Islami

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Nabi Musa dapat dijadikan model superhero Islami kerana beberapa faktor yang hanya ada pada beliau:
1. Beliau mempunyai kekuatan fizikal luar biasa.
Nabi Musa tidak menyedari beliau mempunyai kekuatan fizikal yang luar biasa. Pada suatu masa beliau menumbuk seorang lelaki Qibti, tiba-tiba lelaki itu mati akibat satu kali tumbukannya itu.
Pada suatu hari yang lain Nabi Musa dapat mengangkat batu besar yang biasanya hanya dapat diangkat oleh 10 orang lelaki.
2. Beliau mempunyai kuasa sakti.
Dalam peristiwa lain, beliau dapat mengeluarkan lengannya dari dalam bajunya, dan lengannya bercahaya-cahaya.
3. Beliau mempunyai senjata sakti.
Senjata sakti Nabi Musa adalah tongkatnya
Pada suatu masa beliau dapat menukar tongkatnya menjadi ular yang besar, yang menelan ular-ular para pawang diraja Firaun Mesir.
Pada masa yang lain, dengan menggunakan tongkat saktinya, beliau membelah lautan.
4. Beliau mempunyai kedudukan yang mengatasi status manusia biasa.
Pada suatu peristiwa, Nabi Musa dapat bercakap secara langsung dengan Tuhan, suatu perkara yang tidak ada manusia lain pernah mengalaminya, meskipun nabi-nabi lain.

Rembulan Tenggelam di wajahmu

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Harga: RM 17.50 / RM RM19.50
ISBN-13: 978-983-3892-71-6
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Kategori: Islam, Gaya Hidup, Keluarga, Perhubungan, Novel Dewasa, Novel Islami, Novel Sosio Budaya
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Tutup mata kita. Tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. Mari berfikir sejenak. Bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, "Aku berikan kamu kesempatan hebat. Lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawabnya sekarang. Lima pertanyaan. Apakah pertanyaan pertamamu?"
 
Maka adakah kita akan bertanya: Apakah itu cinta? Adakah hidup ini adil? Adakah kaya itu segala-galanya? Adakah kita memiliki pilihan dalam hidup? Apakah makna kehilangan?
 
Ray, tokoh utama dalam kisah ini, ternyata memiliki kecamuk pertanyaan sendiri. Lima pertanyaan sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya.

Salahuddin Al-Ayyubi_siri 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

(Petikan dari Abul Hassan ali Nadwai, Saviors of Islamic Spirit. Saya mencadangkan supaya sudara/saudari membeli dan membaca buku ini)
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234). Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin
Apabila Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahawa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenagannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan iaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam. Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia menjuarai perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. 

Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluahkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya.
Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumoukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerena ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Sabtu, 18 Disember 2010

Kisah Fatimah Az-zahra

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Suatu hari Rasulullah SAW menyempatkan diri berkunjung ke rumah Fatimah az-zahra. Setiba di kediaman putri kesayangannya itu, Rasulullah SAW berucap salam lalu masuk. Ketika itu beliau mendapati Fatimah tengah menangis sambil menggiling Syaiir (sejenis Gandum) dengan penggilingan tangan dari batu. Seketika itu Rasul bertanya kepada putrinya. “Duhai Fatimah, apa gerangan yang membuat engkau menangis ? Semoga Allah tidak menyebabkan matamu berderai.” Fatimah menjawab, “Wahai Rasulullah, penggilingan dan urusan rumah tangga inilah yang menyebabkanku menangis.”

Kemudian duduklah Rasulullah SAW di sisi Fatimah. Lalu Fatimah melanjutkan. “Duhai Ayahanda, sudikah kiranya Ayah meminta kepada Ali, suamiku untuk mencarikan seorang jariyah (budak perempuan) untuk membantuku menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan rumah?”

Maka bangkitlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Dengan tangannya beliau mengambil sejumput gandum, lalu diletakkannya tangan beliau di penggilingan seraya membaca “Bismillah.” Ajaib, dengan seizin Allah SWT penggilingan tersebut berputar sendiri. Sementara penggilingan itu berputar, Rasulullah bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa, sehingga habislah gandum itu tergiling.. “Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT.” Maka penggilingan itu pun berhenti berputar.

Lalu dengan izin Allah pula penggilingan itu berkata dengan bahasa manusia, ”Ya Rasulullah, demi Allah yang telah menjadikan tuan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya. Seandainya tuan menyuruh hamba menggiling gandum dari timur hingga ke barat pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT, “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu, keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar lagi keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan-Nya. Maka hamba takut, wahai Rasulullah, jika kelak hamba menjadi batu di neraka.” Lalu bersabdalah Rasulullah SAW, ”Bergembiralah, karena engkau adalah salah satu Mahligai Fatimah az-zahra di dalam surga.” Maka bergembiralah penggilingan batu itu.

Lalu Rasulullah bersabda: ”Jika Allah menghendaki, niscaya penggilingan itu akan berputar dengan sendirinya untukmu. Tapi Allah menghendaki dituliskannya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskannya beberapa kesalahanmu. Dan diangkatnya beberapa derajat untukmu. Bila seorang wanita menggiling gandum untuk suami dan anaknya, Allah akan menuliskan baginya setiap butir gandum yang digilingkannya satu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.“
Kemudian Rasulullah meneruskan nasehatnya, ”Wahai Fatimah, wanita yang berkeringat ketika wanita itu menggiling gandum untuk suami dan anaknya, Allah akan menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh parit. Wanita yang meminyaki dan menyisiri rambut anaknya, serta mencuci pakaian mereka, Allah akan mencatat pahalanya seperti memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang telanjang. Sedangkan wanita yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya, Allah akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautsar di hari kiamat.”

Rasulullah SAW masih meneruskan nasehatnya, ”Wahai Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jika suamimu tidak ridha, aku tidak akan mendoakanmu. Tidakkah engkau ketahui, ridha suami adalah ridha Allah SWT, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah SWT?”

“Apabila seorang wanita mengandung janin, maka beristighfarlah para malaikat. Dan Allah mencatat tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit karena akan melahirkan, Allah akan mencatatkan pahala baginya seperti pahala orang-orang yang berjihad. Apabila ia melahirkan, keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaan saat ibunya melahirkannya. Apabila ia meninggal dalam melahirkan, ia meninggalkan dunia ini tanpa dosa sedikit pun. Kelak ia akan mendapati kuburnya tersebut sebagai taman-taman surga. Dan Allah mengaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah. Dan beristighfarlah seribu malaikat untuknya di hari kiamat.”

”Wahai Fatimah, wanita yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta dengan niat yang benar, Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan akan mengenakan seperangkat pakaian hijau, dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut ditubuhnya, seribu kebaikan (setiap helai seribu kebaikan). Wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah memandangnya dengan pandangan Rahmat.”

”Wahai Fatimah, bagi wanita yang menghamparkan alas untuk berbaring atau menata rumah dengan baik untuk suami dan anaknya, maka berserulah para malaikat untuknya: ‘Teruskanlah amalmu, maka Allah telah mengampunimu dari dosa yang lalu maupun yang akan datang”

”Wahai Fatimah, wanita yang mengoleskan minyak pada rambut dan jenggot suaminya, serta rela memotong kumis dan menggunting kuku suaminya, Allah akan memberinya minuman dari sungai-sungai surga. Dan kuburnya akan menjadi taman di surga. Dan Allah akan menyelamatkannya dari api neraka, serta selamat dari titian Shirotul Mustaqim.”

Dari Abdullah bin Amr Al Ash ra, Rasulullah SAW bersabda: “Dunia adalah suatu perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang shalihah.”(HR. Muslim).

Selasa, 7 Disember 2010

7 macam pahala

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Anas r.a., ada 7 macam pahala yang tetap diterimanya walaupun selepasnya mati:
1.    Sesiapa yang mendirikan masjid, selagi masjid itu digunakan untuk beramal ibadat.
2.    Sesiapa yang mengalirkan air sungai, selagi ada orang yang minum daripadanya.
3.    Sesiapa yang menulis mushaf, selagi ada orang yang membacanya.
4.    Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.
5.    Sesiapa yang menanam tanaman, selagi ada yang memakannya baik dari manusia/ burung.
6.    Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7.    Anak yang soleh, yang selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
8.    Orang yang mengajar al_Quran, selagi anak mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan 3 :
1.    Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2.    Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3.    Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sabtu, 27 November 2010

Tips Kewangan: Formula 70/30

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

70% adalah peruntukan bagi perbelanjaan selama sebulan termasuk rumah, kereta,makan & shopping! 
Jika tidak cukup, lakukan penjimatan yg realistik sehingga mencukupi 70% daripada pendapatan anda. 
Contoh, gaji RM2000 sebulan, RM1400 (70%) adalah utk perbelanjaan.
Baki 30%  (RM600) adalah untuk jana kekayaan!
Dalam 30% itu, bahagikan kepada 3:
-10% (RM200) guna untuk ibubapa/ kebajikan, orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Pahalanya akan menggandakan wang anda. InsyaAllah.
-10% (RM200) gunakan untuk bisnes/ sbg modal permulaan. Contohnya: pergi kursus/ seminar, beli buku, program dan sebagainya. Belajar sesuatu yang baru dengan membuka minda & bercampur dengan usahawan lain.
-10% (RM200) SIMPAN untuk masa depan, inilah kunci kejayaan kerana ianya bakal meledakkan akaun bank dalam senyap.
Nota: SIMPAN RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun;
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. 
Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan. 
Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.
 Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, jomguna Formula 70/30 mulai hari ini. Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.

Jumaat, 26 November 2010

Perniagaan berubah - perlu flexible!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
 Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Seringkali kejayaan sesuatu perniagaan datangnya bukan pada jenis perniagaan yang mula-mula diceburi. Perniagaan berubah, begitu juga dengan kejayaan.
Sebagai contoh, handphone yang popular ketika ini NOKIA, pada asalnya merupakan syarikat membuat kertas.
Sering kali juga kita dengar kisah kejayaan daripada mereka yang tidak menceburi sesuatu bidang itu ketika belajar. Diri saya sebagai contoh, pada asalnya mengambil jurusan Ekonomi & Finance (ITM)- tetapi, kejayaan yang dijumpa adalah dalam bidang Internet & motivasi (perniagaan).
Beri peluang untuk diri anda menjadi flexible. Ubah mengikut pengalaman.

Armagedon 2012


Armagedon: 2012
Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

rujuk sini

Tiada Tertanding Dan Tidak Sebanding

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:”Allah berfirman:”Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernh telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia.”
 
(Bukhari)
Huraian
Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah itu. 
Ingatlah...Tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA

Without You

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Without You Lyrics Sami Yusuf: Without You- 2009
Lyrics: Conner Reeves; Melody: Sami Yusuf

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity (kehidupan)
Where love winds a path unseen

Out of the wilderness(tanah gersang)
You beckoned(memberi isyarat) my every step
I stumbled(tersadung) sometimes and yet
I never once looked back

‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You (3x)

Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?

I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze(angin sepoi2)
Rise like a kiss to thee(kamu)

So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You

Khamis, 25 November 2010

Tips Mengendalikan dan Menahan Marah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

BERWUDHU & SOLAT Mengurangi panasnya “bara” amarah di dalam hati. Solat akan membuat pernafasan Anda menjadi lebih relaxs. Ini dapat menurunkan tekanan psikologis/ stress.
 LEBIH RELIGIUS Jika selama ini Anda kurang aktif dgn kegiatan keagamaan, kenapa tidak segera memulakannya? Berada di dalam kump Spiritual membantu diri mencapai prospek filosofi yang positif & akhirnya mengekang segala kesinisan, amarah & agresif.
 SERINGLAH KETAWA Amarah dan gelak memang tidak sama dan tak mungkin berlaku dlm 1 waktu. Jika Anda mahu ketawa, tak ada salahnya Anda mentertawakan diri sendiri pada saat suasana mulai tidak mententeramkan hati…maka marah yang keluar akan reda. InsyaAllah
MENDENGARKAN Cubalah untuk menutup mulut, diam…dan dengar. Byk bukti, bahwa diam dpt merendam rasa marah. Setelah itu, apabila Anda berbicara, maka nada bicara Anda akan terdengar lebih bijak. Ini bisa membuat orang lain belajar dari Anda.
 LETAK DIRI ANDA DI TEMPAT ORANG LAIN Ini akan membuat Anda dapat merasakan apa yang mereka rasakan. Maka, orang lain akan lebih menghargai Anda.

MEMAAFKAN Betapa parah pun luka Anda di “hati”, cubalah untuk memaafkan…meskipun menurut Anda hal itu tidak mungkin untuk dimaafkan. Cubalah melepaskan marah dengan memaafkannya. Percayalah, Anda akan merasakan “beban” yang membuat hidup Anda jauh lebih ringan untuk dijalani.
 TOLERANSI Belajar menerima orang lain seadanya, bukan ingin menjadikan mereka sesuai mengikut kehendak Anda. Maka pada saat Anda berbicara, itu akan lebih didengari oleh orang lain.
 MILIKI SAHABAT KARIB 
Seorang sahabat karib, boleh dipercaya, dan dapat memberikan sokongan buat Anda pada saat amat memerlukannya. 
BAHASA POSITIF  
Gunakan bahasa positif namun simple, dengan nada suara yang rendah yang dapat membuat rasa marah reda. Jauhi dari mengungkapkannya dengan nada tinggi dan keras, apalagi jika sampai memaki hamun.

MEMELIHARA BINATANG 
Memelihara haiwan kesayangan adalah tindakan bagus dan baik, sebagai langkah awal Anda untuk belajar memperhatikan alam sekeliling Anda. Penelitian psikologi, menunjukkan bahwa secara fizik dan emosi, pemilik haiwan kesayangan lebih baik dibandingkan yang tidak memilikinya.

Ahad, 17 Oktober 2010

Sifat Golongan Miskin di zaman Rasulullah saw

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Tidak pernah meminta-minta

Peka antara 1 sama lain

Bantu-membantu

Tidah pentingkan diri, pemurah dan mengutamakan saudaranya.

Tidak makan lebih daripada sahabat miskin lain

Tidak bergantung pada orang lain

Ada harga diri

Khamis, 14 Oktober 2010

Masa Khatam Al-Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.
Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau hafaz 30 juzuk Al-Quran? Cuba lihat jadual dibawah…

 Kalau kita terlampau sibuk sekali pun, sekurang-kurangnya kalau kita baca 1 ayat Al-Quran setiap hari, maka dalam 17 tahun akan datang, Insya’Allah kita akan khatam juga.

Tapi kalau ya pun, takkan lah nak baca 1 ayat jer, ye tak? Paling kurang pun kalau kita baca 1 atau 2 mukasurat setiap hari dengan istiqomah, sekurang-kurangnya dalam masa setahun, kita sudah pun boleh khatam Al-Quran…

Tidak mengapalah kalau kita Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Apa Pun, kerana membaca Al-Quran itu saja pun, sudah boleh Di Jadikan Penenang Jiwa… Tapi kalau faham, lagi bagus!

4 Perkara Sebelum Tidur

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
" Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, yaitu :
1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...
" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika.?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an." 
"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat " 
"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi kamu." 
"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails